Selepas kelas pendidikan jasmani dan kelas matematik, masa rehat pun tiba. Masa ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua. Aku pun.
"Jom beli makanan. Kau nak makan apa mimi?"Soal Nisha sambil matanya memerhati katak yang terapung dalam longkang.
"Nasi baru kenyang. Jom." Aku menarik tangan Nisha secepat mungkin. Nisha ni abnormal sikit orangnya. Aku takut juga kalau budak ni gigit kaki katak tu sebab aku tengok anak mata dia makin lama makin membesar.
Kami pun berjalan masuk ke kantin. Sambil tu kami sempat menyamakan kaki kami. Kalau nisha kiri aku pun kena gerak kaki kiri. Apesal ibu jari kaki dia bergetar tapi aku tak. Mana adil. Jadi nak adil aku getarkan ibu jari tangan aku. Bijak!
Nisha bergerak ke bahagian minuman dulu sebab dia cakap air kalau lambat beli nanti habis. Sebenarnya dia suka kat mamat yang jual air. Hensem jugalah. Selalu bagi air free kat Nisha. Aku pernah minta, tapi dia bagi air suam je huhu.
''Makan banyak, patutlah gemuk." Budak lelaki tingkatan satu sempat lagi mengejek aku.
Aku buat-buat tak dengar. Malas aku nak layan. Aku takut nanti aku meroyan mampus kepala dia aku kepit bawah perut aku ni.
Kadang aku rasa dunia ni tak adil. Aku makan sikit orang kutuk, aku makan banyak pun orang kutuk. Orang kurus macam jin bts makan banyak takde orang nak kutuk pula. Kata comel lah apa lah.
Ok, aku terbawa-bawa guys, sorry Jin sayang.
Nisha pernah cakap, makan je banyak-banyak sebab apa bezanya, makan sikit pun kena ejek. Diri kita lebih penting. Orang lain sila meninggal.
"Cari tempat dulu lah. Baik aku cop cepat-cepat."
Kedebushhhhh
Aku terlanggar seorang pelajar lelaki. Mee sup yang aku pegang tumpah ke atas baju dan kasutnya.
Mampusss...
"Wei, kau buta ke apa hah,
gemuk?!""Maaf. Aku tak sengaja." Sumpah aku tak perasan dia lalu tepi aku tadi.
"Kau tak ada otak ke hah? Dah lah gemuk nak mampus, muka hodoh. Geli aku. Kalau nak main langgar-langgar main dengan orang lain. Tak hingin aku. Menyampah betul aku tengok kau yang berlemak macam ni!"
Dia membentak dan menghina aku depan semua pelajar. Aku rasa terhina sangat. Semua berhenti makan dan pandang aku. Satu kantin pakat tengok aku.
Budak lelaki semua pandang aku. Budak perempuan pula pandang aku dengan muka kesian tapi tak ada yang berani bela aku. Aku malu sangat-sangat.
''Aku betul-betul minta maaf."
"Senangnya kau, perempuan. Perempuan gemuk memang bodoh-bodoh semua ke?"
Aku menunduk. Dada aku terasa sesak. Aku tahan diri dari menangis depan orang ramai. Aku betul-betul rasa terhina.
"Mimi, jom pergi jangan layan orang macam ni." Nisha menarik tangan aku meninggalkan kantin.
"Hoi, kau nak ke mana hah!"
Sewaktu melangkah aku ternampak Jimin di tengah kafe. Jadi dari tadi dia memang ada kat sini rupanya. Dan dia hanya tengok saja aku dipermalukan? Dia buat tak tahu je? Sampai hati kau Jimin.
Kena hina macam tu pun aku dah rasa hancur, tambah lagi bila aku tahu Jimin pun sama macam orang lain yang hanya tengok saja aku kena seteruk itu.
Aku benci kau Jimin.
Tanpa sedar aku menangis di bahu Nisha. Puas Nisha pujuk aku tapi tak berjaya. Peduli apa aku. Aku nak nangis juga!
Sepanjang kelas aku tidur. Cikgu ingat aku sakit jadi dia biarkan saja. Tadi juga ada beberapa pelajar kelas aku yang tengok apa yang jadi kat kafe dan mereka pandang aku dengan wajah kesian. Aku rasa macam aku orang yang menyedihkan sangat.
Jimin? Lantak dialah. Aku sakit hati. Mulai hari ni dia bukan crush aku lagi.
Setelah semua balik barulah aku keluar dari kelas. Nisha terpaksa balik dulu sebab mak dia datang awal.
Dan sekali lagi aku menangis dalam kelas. Hina sangat ke jadi obes? Aku minta ke nak jadi macam ni hah?
"Baik aku pergi tandaslah. Basuh muka. Malu aku, hingus dah meleleh."
Aku dengan lemahnya berjalan ke tandas. Aku rasa tak ada mood sangat nak hidup dan enjoy.
Sampaikan waktu depan mangkuk tandas pun aku menangis. Aku sedih.
"Eh, kau tengok tak tadi masa kat kafe, Arman mengamuk."
Aku terdengar orang mengumpat pasal aku. Baik aku dengar dulu. Aku pun tutup balik pintu tandas. Bukan aku nak sangat dengar tapi nak keluar sekarang macam memalukan pula.
"Arman tu panas baran. Tak boleh orang cari pasal sikit, nak melenting je kerja."
"Aku kesian kat kakak tu tapi siapa je yang berani dengan Arman bodoh tu."
Yeashhhh Bodoh dia bagi. Joget sikit!
"Tapi ada seorang ni yang berani dengan dia. Aku tak kenal nama tapi abang si Jia."
Kejap, abang si Jia tu Jimin lah kan? Jimin crush aku tak maksud aku bekas crush. Bekas sampah!
"Kenapa cakap macam tu?"
"Sebab lepas Arman mengamuk dia pergi tandas, aku tengah tunggu Lara masa tu, jadi aku nampak abang Jia macam tengah marah-marah dia."
Jimin marah dia. Kenapa? Sebab dia hina aku ke? Betul ke apa yang aku tengah fikir sekarang ini?"
"Dia marah pasal apa?"
"Pasal, jap aku nak basuh tangan."
Aku menekapkan telinga di pintu tandas. Serius aku teringin sangat nak tahu. Betul ke dia marah budak tu sebab aku? Bagi dia, aku ni siapa?
"Cakaplah, aku nak tahu."
"Dia cakap jangan ganggu adik aku Jia. Kau tahu kan Amar syok kat adik dia. Tu je."
VGHJKGFLSAEFHTTBV
TU JE?????????
CUMA SEBAB ADIK DIA???Aku rasa nak mengamuk sangat-sangat. Habis segala benda gila aku buat sampaikan aku cuba nak panjat dinding dan naik meroyan dalam syiling yang berlubang tapi asyik jatuh saja. Aku give up. Aku serabut. Serabuttt!!
Dan akhirnya aku menangis dalam kekecewaan. Aku lupa aku bukan kekasih dia. Aku hanya orang yang suka dia dari jauh. Aku malu dan sedih sangat-sangat.
(Maaf sangat-sangat sebab ada ayat penghinaan. Rasa sedih dan berdosa je nak taip macam tu.. Tapi saya pun gemuk juga. Masa kecik dulu pernah la kena kutuk tapi bila dewasa orang lain dah berfikiran lebih rasional agaknya. Dah matang so dah tak ada hal-hal macam tu lagi.)
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas