Setelah masa berlalu hari ni dah 17 Ramadhan. Aku setakat ni berjaya puasa penuh lagi. Harap-harap tak kena ganti puasalah tahun.
Orang kata perempuan hamil je yang berjaya puasa penuh. Anak dara agak susah nak dapat peluang itu. Jadi Nisha cadangkan aku layan video Jung Kook nyanyi lagu pied piper mana tahu boleh jadi hamil, terus aku piat dia dengan lidi abah aku.
Bercakap tentang 17 Ramadhan, hari ini adalah hari Nuzul Al Quran. Guys, kalau tak ingat aku sumpah aku pergi merayap atas katil budak yang tak ingat tu lepas tu gigit dia. Hari ni juga sekolah kami cuti. Oh yeah.
Macam tahun-tahun lepas juga, mak aku akan sukarela masakkan makanan dan hantar pergi masjid. Malam ni orang masjid jemput pelajar tahfiz untuk baca Al Quran disamping ada majlis pemberian wang zakat.
Jadi petang ni aku tak dibenarkan mereput di bilik. Abah aku pun balik kerja awal demi bantu mak. Nisha pun sama. Aku paksa jadi kuli aku. Mula-mula dia tak nak tapi lepas aku cakap aku bagi dia topup seringgit baru nak bergerak.
"Nisha, kau nak aku tolong ke tak tu?"
"Eh tak apa.. Aku terer bab menguli tepung ni.. Tengok arr bini siapa?"
"Pak cik berjanggut hoohoo."
Nisha jelir lidah.
"Ni satu lagi.. Aku bukan nak mengumpat tapi--"
"Biasanya mak cik bawang atau keyboard warrior nak mengumpat dia buat ayat mukaddimah macam tu." Pintas aku.
Nisha baling tepung.
"Weh! Janganlah.. Kotor rumah aku aduyaii."
"Padan muka. Aku nak meluahkan kegusaran aku ni."
"Haha ok,ok. Ceritalah sebelum mak aku balik dari tandas."
"Mak aku lah. Sibuk nak ajak bakal menantu pilihan dia ke rumah aku masa raya nanti. Konon nak taaruf. Aku tak nak, Mimi. Aku tak nak nikah dengan pak Janggut tu. Kenal pun tak."
"Sebab tu mak kau ajak jumpa. Orang kata tak kenal maka tak cinta!" Aku cuba positifkan dia.
"Tak nak, Mimi. Aku nak Jhope! Aku nak Jhope! Aku tak kira aku nak Jhope.. JEYHOPEEEE!!!!"
"Nisha, nak apa?" Tiba-tiba je mak aku keluar. Terkejut dia weh. Cepat-cepat keluar. Bimbang Nisha dalam bahaya agaknya.
Kami saling berpandangan.
"S-saya nak Jeyruk mak cik. Jeruk. Buat berbuka nanti. Mengidam hehe."
Vongok la, buat malu je.
Lepas dah siap memasak, kami naik ke atas untuk solat berjemaah. Abah dengan mak aku solat di bilik sendiri. Aku pula ajak Nisha berjemaah berdua kat bilik aku.
Lepas solat kami bersantai kejap di atas permaidani dalam bilik aku. Persiapan makanan yang selebihnya akan diselesaikan oleh mak aku. Sikit je lagi yang tak siap.
"Kau buat apa tu?"
"Ha? Tak ada apa pun, Mimi. Aku tengah update post kat aplikasi Weverse. Mintak-mintaklah 'suami' aku nampak lepas tu bagi balasan. Amin. Kau aminkan lah sekali. Doa dibulan ramadhan mudah makbul." Ujar Nisha.
"Oh ok. Aku pun teringin juga kalau dia notice aku huhu.. Ahhh tak adil! Tuhan bagi semua benda kat Jung Kook kecuali aku, jodoh dia!"
Tengah meroyan sebab seratus post aku hantar tapi satu pun tak di balas, aku terus menukar aplikasi kepada Facebook.
Aku scroll laju-laju.
"ALLAHUAKBAR!"
"Kenapa weh, Mi? Ada gambar orang buat maksiat ke dalam tu?" Soal Nisha sambil merayap ke arah aku.
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas