Ramadhan

223 29 6
                                    

Alhamdulillah hari ini masuklah jua satu ramadhan. Moga ramadhan kali ini tak seperti ramadhan tahun lepas.

Ramadhan tahun lepas, aku rasa macam nak mati tak tahu tak? Ada ke patut bighit biarkan bts comeback waktu tu?

Tu ok lagi, yang tak ok nya ya Allah 'suami ku' till jannah forever sanggup dia dedahkan auratnya yang menggoda gila nak mati dalam mv Fake love dah la tu buat mimik muka macam nak kiss orang. Dia sedar tak bini dia ni rapuh.

Aku sampai beratus kali mengucap semata-mata tak nak tengok video tu di siang hari. Bila masa berbuka je, jiran aku berlari nak pergi hisap rokok, aku pula berlari ke belakang rak semata-mata nak tengok video tu sampai terlanggar pinggan-pinggan dalam rak. Terkejut mak aku.

Kali ini aku bersumpah, kalau sekali lagi bighit mengulangi perkara ni, siap kau bang shi yuk, aku makan ginjal dia dengan ginjal bts pun aku telan sekali.

"Mimi, bangun cepat. Dah masuk waktu sahur." Kejut ibu aku. Dia dah banyak kali kejutkan aku tapi aku tak bangun juga tapi bila dia sentuh je telefon aku, aku terus terbangun. Ajaib!

Sempat juga aku periksa Whatsapp. Manalah tahu Jimin ada hantar ucapan apa-apa ke tapi dia online pun tak. Aku nak hantar sesuatu tapi malu. Nak jumpa dia tapi tak boleh. Ikutkan hati nak je aku meniarap atas syiling rumah dia, mana tahu ada lubang boleh intai dia.

Masa aku ke dapur, ibu aku tengah sibuk memasak. Walaupun aku memasak tak pandai, aku tetap pergi tolong ibu aku. Wajib bagi aku walaupun dia tak minta pun aku tolong dia.

Sesiapa yang ada ibu yang lembut, hargailah. Jangan disebabkan ibu tak suruh atau tak marah, kau biar je dia buat kerja rumah sorang-sorang. Sekalipun tolong basuh pinggan je tapi kalau kau mampu kau bantulah ibu kau.

Jangan kau buat tak reti je. Aku takut juga kalau nanti kau akan selalu dipertemukan dengan kawan-kawan yang selalu ambil kesempatan atas kebaikan kau sebagai balasan atas sikap kau yang tak reti hargai ibu kau yang baik tu. Ngeri weh.

Masa bersahur hari pertama memang bersemangat betullah. Terutama kalau dapat bersahur dengan keluarga. Masa tengah makan sempat juga aku bayang tentang seronoknya bersahur dengan bakal keluarga baru aku nanti, Jimin dan anak-anak dia.

Jimin kan selalu jadi ketua, jadi semua benda dia reti urus. Bayangkan masa bersahur dia bagi arahan dekat aku dengan suara lembut dia tu, ''sayang biar baby, hidang lauk, sayang cedukkan nasi ya?". ya Allah. . Cair aku atas meja makan.

"Mimi, kenapa mimi tuang air basuh tangan dalam pinggan ayah?"

"ALLAHUAKBAR, maaf ayah, Mimi tak perasan!"

"Haish."

Aduh, baru berangan kejap dah jadi macam ni. Kalau aku berangan lebih lagi tadi, tak pasal-pasal jag air aku sumbat bawah kopiah abah aku haih.

Hari ini aku dapat pergi awal ke sekolah. Seronoknya. Nampak gayanya setiap pagilah aku dapat berjumpa dan bercakap dengan abe Jimin. Jangan risaulah, aku janji aku tak melebih. Aku tahu aku berpuasa.

Dalam bas, sempatlah juga aku dengar ceramah oleh Da'I wan. Katanya dlm bulan ni ada tiga fasa iaitu fasa rahmat, keampunan, dan fasa diselamatkan dari neraka. Lepastu dia ada cakap kalau kita berdoa mudah makbul.

Jadi memang baguslah kiranya aku betul-betul berdoa setiap hari sampai cukup 30 hari. Mana tahu aku beruntung dan Allah nak makbulkan doa aku.

Aku rancang semua benda aku nak doa, tak kira pasal dunia atau akhirat. Aku nak doa agar semua orang masuk Syurga dengan bts sekali pun aku doa masuk syurga. Satu lagi disebabkan Jimin buah hati aku, aku pun teringin nak doakan agar kami berjodoh. Part tu aku mesti ulang banyak kali hahaha. Mana tahu termakbul..

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now