Merentas Cinta

391 55 57
                                    

Hari ini adalah hari yang paling aku menyampah dalam dunia. Kenapa? Hari ini hari mencarut sedunia ke?

Tak. Bukan. Hari ini adalah hari larian merentas desa kat sekolah. Hwaarghhh aku tak suka. Dah lah aku kalau bab berlari siput pun sanggup berzumba depan aku lepas tu siap buat 'cengkerang drop' depan garisan penamat semata-mata nak mengata aku.

Ahhhh stressnya...

Nisha dan aku telah pun berada di padang bersama pelajar-pelajar lain. Sekarang adalah sesi memanaskan badan.

Aku rasa aku dah panas terutama pipi aku sebab Jimin nampak hot giler hari ni walaupun hanya nampak dari jauh.

"Weh tengok Jimin ler tu kan?" Usik Nisha sambil menggetel hujung tudung aku. Dia siap cabut keluar benang lagi.

"Mana ad---"

Aku terpaku seketika. Jimin tengah mengacak rambut sendiri. Tolonglah Jimin Janggut! Kenapa time aku pandang kau masa tu jugalah kau nak acah seksi hah?

HIYAAAARKKKK...

"Seksi bhai." Nisha memberi reaksi yang sama.

Nisha mohon mengucap. Aku tahu 'suami' aku seksi walaupun Jung Kook lagi seksi hua hua hua.

Jimin gelak?. Aduh weh... Kenapa dia nampak menggoda masa gelak weh. Tengok tu si Fauzan tengah acah-acah peluk dia.

Jangan woi aku jealous. Aku nak juga.

"Dah, dah lah tengok mereka mimi sayang, jom kita panaskan badan."

"Aku rasa aku memang dah panas sekarang."

"Oh mungkin akibat dosa setelah tengok lelaki bukan muhrim."

ADUH SENTAP BEB, NISHA.

Tak jadi aku nak tengok Jimin lama-lama. Aku dan semua yang ada terus melakukan aktiviti senaman. Kami perlu push up 80 kali, lompat bintang kaki tak boleh kena lantai dan bergolek dari kiri ke kanan sambil tengok crush bergolek opss..

Akhirnya, tibalah masa yang ditunggu oleh semua..

Aku nak balik huhu. Aku tak nak sertai. Tahun lepas aku sampai ke garisan penamat paling lambat. Budak lelaki pakat kutuk aku tahu tak?. Sedih.

Pelajar lelaki akan dilepaskan dahulu memandangkan trek laluan mereka tidak sama dengan perempuan tapi pada check point enam hingga sepuluh baru mereka akan melalui jalan yang sama. Tak faham ke? Pergi tanya pengetua sekolah aku.

''Satu dua tiga mula!!!!"

Maka berlarilah kami kaum-kaum hawa keluar dari sekolah tercinta dan merentasi kawasan desa yang indah.

Pokok kelapa kena panah petir, ayam tengah membuang air besar, pak cik tua boroi tengah jemur baju, mamat hensem korek hidung dan macam-macam lagi pemandangan indah menjadi santapan mata kami. Kampung ini memang menarik.

"Aku tak larat lah Nisha. Berhenti kejap boleh?."

"Janganlah Mimi. Tengok semua orang dah ke depan. Kuatkan kaki mu wahai Mimi." Pujuk Nisha sambil meneguk air mineral.

"Yalah. Jom."

Aku paksakan juga kaki ku berlari. Kalau ikutkan hati nak je aku berlari sampai ke rumah aku terus. Lepas tu layan vlive dalam mesin basuh huhu..

Akhirnya sampai juga ke check point ke lima. Aku rasa semua manusia dah sampai ke sekolah balik kecuali kami berdua.

"Mimi, aku rasa cukup sampai di sini saja hubungan kita."

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now