Lepas kejadian Jimin cakap dia ingat FattyAshik tu Nisha, aku terus tak ada mood. Rasa nak memonteng saja hari ni tapi nanti cikgu denda. Terpaksalah aku bertahan.
"Kau kenapa Mimi? Moody semacam?" Tanya Nisha. Dia risaukan aku la tu.
"Tak ada apa." Aku menjawab tapi muka masih disembamkan di atas meja.
"Kalau ada masalah kau kena cerita. Kalau sakit aku pergi beli ubat kat koperasi tak pun aku bawa kau ke bilik kesihatan." Pujuk Nisha.
"Aku ok."
"Janganlah macam ni. Aku tahu kau tak ok."
Nisha menggosok belakang aku. Sayu aku rasa. Air mata aku keluar pula masa tu. Sedih tahu tak? Aku rasa nak marah tapi nak marah kat siapa?
Jimin?
Bukan salah dia. Aku yang tak nak mengaku.
Nisha?
Dia juga tak bersalah dan tak ada perasaan langsung kat Jimin.
Apa aku nak buat? Aku patah hati. Aku sedih. Sedih sangat-sangat.
"Mimi, cikgu dah masuk."
Aku segera mengangkat kepala sebab cikgu BM dah masuk.
"Mimi kau nangis?"
"Tak ah. Aku senggugut je." Aku berdalih lagi.
"Kau tak pernah senggugut sebelum ni. Pelik."
Walaupun tak ada mood aku tetap belajar macam biasa. Betul lah cikgu cakap jangan bercinta masa belajar sebab kalau frust, pelajaran pun boleh terjejas.
Loceng kedua berbunyi menandakan bermulanya waktu rehat bagi budak tingkatan 4 dan ke atas.
"Mimi, kau nak kirim makanan apa? Biar aku belikan. Atau nak ubat painkiller ke?"
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Tak apalah aku pergi beli makanan kesukaan kau. Kali ni aku belanja."
Belum sempat aku berkata tidak dia dah pun keluar.
Bila dah tinggal aku sorang dalam kelas, aku pun meneruskan aktiviti menangis aku tadi. Kali ni lagi teruk dan kuat.
"Huaaaaa hisk hisk huaaaa hisk.."
Muka ku tutup dengan tapak tangan.
Tiba-tiba aku rasa macam ada orang tepi aku. Aku dah mula gelabah. Serta-merta aku berhenti menangis.
Aku yakin bukan Nisha sebab takkanlah cepat gila Nisha berjalan. Aku belum cukup bongok nak percaya yang Nisha boleh berjalan secepat kelajuan cahaya.
Lap air mata dulu, kau nangis kenapa, guys?. Tak malu nangis sebab laki?
Aku mengangkat kepala untuk melihat gerangan siapa itu.
"Opocot! Hidung aku besar!"
Sorry melatah, hehe..
Mana taknya, kat depan aku ada JAILANI. Ala, makhluk 'terindah' yang selalu kutuk aku sebagai gergasi.
"Kau nangis kenapa?" soalnya.
Dah kenapa dia ni? Tiba-tiba layan aku baik. Takkan dia syok kat aku. Orang kata kalau bad boy biasanya sukakan perempuan lembut.
Lagipun dia tak ada lah hodoh mana. Muka dia ada iras-iras L infinite.
Ramai juga la akak-akak tingkatan enam yang suka kat dia. Agaknya tu lah yang buat dia jadi berlagak."Kau bimbangkan aku?"
"Hek eleh perasan gila kau ni! Weh duit aku terbang. Ada bawah meja kau. Tepi, aku nak ambil."
La, duit je. Menyampah betul lah aku. Jailani dan duit dia dan semua pasal dia menyakitkan hati aku.
JAILANI TETAN!!!!!!!!! !!!!!!
Akhirnya Nisha dan beberapa rakan kelas aku termasuk Jimin mula memasuki kelas kembali.
Aku terpandang sesuatu kurang menyenangkan hati.
Kau tahu apa aku nampak?
Jimin nak keluar balik. Nisha masih kat depan pintu. Waktu tu Nisha nak ke kiri tapi Jimin tersilap pilih kiri juga. Jadi Jimin ubah ke kanan tapi Nisha pula tersilap ke kanan.
Hiyarkkkkkk benci aku! Nak je aku hantukkan kepala mereka. Nak kiss sangat kan? Kiss je lah. Eh, aku merepek apa ni? Ahh lantaklah. Tengok tu Jimin senyum arkhhhhh.
Aku dah siap bangun untuk tamatkan 'drama' tersebut. Nasib baik aku sempat bergerak separuh jalan sahaja sebab Jimin dah berjaya keluar dahulu. Kalau tak... Habislah korang berdua.
"Eh, kenapa bangun? Nanti sakit. Duduk dulu." Nisha menarik tangan aku. Aku pandang dia kecil besar saja waktu tu.
"Nah air mineral aku belanja."
Air mineral je? Sedih aku.
"Aku nak cerita kat kau ni. Pasal crush kau mimi."
Mata aku meluas. Teringin gila nak tahu.
"Masa aku nak ambil air kesukaan kau. Aku tak perasaan pun dia ada kat tepi. Pastu ada budak lelaki gila mana entah, dia berdiri kat belakang aku. Dia sengaja sandarkan tubuh dia di belakang aku. Gatal. Aku yang dah menunggu lama terpaksa berundur dan bagi peluang kat dia. Geram aku. Lepas tu.."
Nisha menggigit roti.
"Cepatlah sambung."
"Lepas tu dia tiba-tiba berpaling ke belakang dan tanya aku nak apa sebab dia boleh tolong ambilkan. Baik betul crush kau. Tolong ambil dan bayar. Patutlah kau suka dia. Ececeh.."
Kau tahu Nisha, dia baik sebab dia ingat kau cintakan dia huaaaaaaaa.....
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas