Misi Memujuk Jimin 2

239 33 13
                                    

Bersambung dari episod yang lalu..

Aku menarik nafas sedalam mungkin. Jika aku tak buat sekarang, mungkin sampai Jung Kook free hair pun aku takkan dapat buat.

"Jimin! Angry kiss is the best kiss!"

"Huh? Apa kiss?"

Dengan sekali rentap, kerusi yang ada di hadapan kami jatuh ke lantai.

Jimin terkejut. Muka dia nampak cemas bila ekspresi wajah aku berubah lain macam. Aku mendekatinya tanpa rasa takut. Rasakan Jimin!. Siapa suruh buat aku jadi sampai macam ni.

"M-mimi, k-kau kenapa?"

"Hana

Dul

Set


KEKE


CHALLENGE


OH YEAH!!!!!!!"

Aku menyeret kerusi dengan tangan sambil menyanyi:

"Jimin, do you love me? Are you sulking? Say you never ever left from beside me, cause I want you and I need you. Oh baby, yo--"

"Dah habis?" Jimin tercegat sambil buat muka macam menyampah gila nak mati.

Dia berdecit.

Aku terkedu. Kerusi tadi jatuh terbongkang tertiarap depan aku.

Wait, aku gagal ke?

"Nilah remaja zaman sekarang. Asal benda viral je mesti nak tiru. Tik tok la, syantek la, keke challenge. Entah apa-apa."

Hampir terbang tudung dengan anak tudung sekolah aku bila kena sound dengar Jimin. Muka aku mula merah macam udang kena bakar. Terasa disiat-siat kulit aku kerana terlalu malu. Tak pernah aku rasa semalu macam ini seumur hidup ku.

Lepas kasi 'setempek' atas muka aku, Jimin blah macam tu sahaja. Maaf tak, gelak pun tak. Sempat juga aku tengok dia menggelengkan kepala sebelum melangkah keluar meninggalkan aku keseorangan. Aku rasa terhina guys.

Hana

Dul

Set

Huaaaaaaaaa air mata aku mengalir sebab aku malu tahap gaban. Betullah aku cakap tadi, benda ni memalukan. Kenapa aku buat huaaaa..

Ini semua salah Nisha. Dia suruh aku contohi 'laki' dia, Jhope. Dia pujuk aku suruh join keke challenge macam Jhope sebab benda tu dah trending dekat Twitter. Aku yang bongok pergi percaya.

Huaaaaaaaaaaaaaaa

Aku balik dengan sebaknya. Aku spam beribu mesej dalam wattpad Nisha. Aku suruh dia putuskan Jhope. Idea dia macam mangkuk, sebab dia aku malu.

"Aku patut lempang kau Nisha, macam mana Jung Kook lempang bontot suami kau. Maksud aku bakal ex suami kau." Aku menangis atas motor senyap-senyap nasib mak tak sedar.

Skip

Keesokannya aku ke kelas seperti biasa. Tak sanggup aku nak ponteng. Peperiksaan akhir tahun dah nak dekat tapi masa-masa macam ni pula aku ada masalah rumah tangga.

CANNOT BRAIN WEH..

Jimin tak datang awal macam biasa. Sah dia benci kalau terpaksa terserempak dengan aku. Sedih. Padahal aku rela datang awal demi misi MEMUJUK CHIMCHIM AH PHEWIT.

Sebenarnya jiwa raga aku lagi sedih bila aku dapat tahu dia sebenarnya datang awal tapi pergi melepak di kelas Syahir. Sanggup dia masuk kelas lewat demi elakkan diri dari aku. Sayu. Btw, Syahir dah masuk balik dah dalam fanfic ni.

Tahniahla. Korang mesti happy en?

Subjek pertama untuk hari ini adalah Biologi. Makmal Biologi sekolah aku uzur sikit. Kerusi pun tak cukup. Kena pinjam dari makmal Kimia.

Tabahlah nak..

Aku dan Nisha masuk paling akhir tapi Nisha sempat berebut kerusi dengan Jailani. Lepas dah berjaya dapatkan kerusi, dia dapat pula 'hadiah' carutan dari Jailani. Aku? Hemp. Habuk pun tak dapat.

Aku berjalan di belakang Abu yang juga tidak cukup kerusi. Kami berdua je yang perlu ambil kerusi dalam makmal Kimia. Tiba-tiba aku rasa macam ada makhluk lain melintas di sebelah aku.

Weh, Jimin weh.

Tak say hello pun.

Hurm.

Jimin mengetuk pintu. Almaklumlah kelas Kimia tengah ada orang. Nasib bertiga, kalau aku sorang tadi haih malu guys.

Kami dibenarkan masuk. Gila ah, budak kelas Syahir rupanya. Kecil je dunia ya. Paling aku rasa nak membunuh, bila Syahir gelak-gelak bila tengok aku. Member dia pun dua kali lima.

Eh, hina sangat ke kalau aku gempal? Ada aku korek makan lemak kau ke hah?

"Ada pun kerusi." Aku terus menarik kerusi yang terletak di bahagian belakang makmal.

Masa tengah tarik, tak tahu macam mana tapi kerusi tu terlekat. Tak payah la tanya kenapa terlekat, aku tengah serabut. Tutup mulut tu guys!

"Mimi, kenapa?" Soal Abu.

"Terlekat. Susah."

"Jimin, tolong ah dia. Tangan aku penuh aku bawa dua kerusi ni. Kerusi Jailani sekali." Abu separa berbisik dengan Jimin.

Aku pandang Jimin tapi dia pandang Abu.

"Pandai-pandailah dia." Jawab Jimin lalu berjalan keluar meninggalkan aku.

Guys, aku tanya jangan marah, salah ke kalau menangis sebab crush/boyfriend?

"Kenapa tu? Susah nak ambil ke?ni kat tepi aku ada kerusi lebih. Meh datang ambil." Syahir melambai ke arah aku. Masa cikgu mengajar pun sempat lagi bercakap.

Nak nangis aku dibuatnya. Syahir goyang dumang pun reti hargai aku. Kau Jimin? Ini ke cinta sejati?

Skip

Aku menuju ke kedai runcit MAK MAROH JUAL MAHAL untuk membeli barang masakan yang dikirim oleh ibu ku. Aku malas tapi duduk rumah meroyan buat apa kan?

Nasib aku malang sebab terserempak dengan Jimin. Masa-masa macam ni pula nak terjumpa bagai.

Nak aku cakap kejodohan apakah yini?

Hell, no.

Geli aku.

Aku nak lari ke bahagian yang jauh dari dia tapi macam aku cakap hari ini nasib aku malang, kami bertembung jua. Face to face. Ya tohan, aku benci tengok muka dia.

Apa entah nama dia, jejari, jejantas, jambatan ahh entah.

Aku ingat dia nak senyum ke apa tapi dia blah macam tu je. Macam aku tak wujud pula. Dia merajuk ke nak minta putus sebenarnya?. Aku dibiarkan tergantung sepi. Kau ingat muka aku macam Hakiem Rusli ke, Gila?!

Allahu jangan mencarut Mimi.

Dia ku lihat telah pun siap membayar segala mak nenek yang dibelinya. Aku pun apalagi terus ikut dia. Aku dah siap sinsing lengan.

Nak tumbuk tapi pipi comel pula. Agak-agaknya kalau aku kakikan dia boleh tak? Aku benci jantan merajuk beb ya Robbi!!!

Belum sempat aku menyerang, hati ku pula yang diserang. Jimin meraup rambutnya. Oh yes seksi tapi bukan sebab tu yang buat hati aku macam diserang kaki snsd Suga tapi, tapi...

ATAS MOTOR JIMIN ADA AWEK LAIN BEB!!!

AWEK HARI TU!

YANG PAKAI TUDUNG IKAT TENGAH!

OH EMANG LAGI GILA, LAGI PENGEN DIKAKI, PENGEN BERDUAAN DENGAN KAKI MU JUNGKOOK..

HIKS HIKS HIKS

JIMIN I'M SO DONE, BRO.

YOU NEED TO GET YOUR PUNISHMENT

Aku tinggalkan urusan ku dan bagaikan minah rempit, aku kejar motor Jimin dari belakang.....

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now