Padang

414 52 73
                                    

Tadi sebenarnya aku tipu je, cakap datang awal bagai padahal aku lah yang paling lambat hohoho... Bangga diri kejap.

Sesampainya ke kelas, dah tak ada orang langsung. Hanya ada beg dan kerusi serta meja. Aku sempat bayang, manusia satu-persatu menghilang dan hanya tinggal Jimin dan aku.

Dan akhirnya dia pun menghilang huhuhu sedih. Skodeng ff itu di wattpad aku guyss.

Lepas dah letak beg di kerusi aku pun berlalu ke padang sekolah. Pagi ni ada subjek pendidikan jasmani. Subjek paling aku benci. Kenapa?

Masa berlari, siapa yang paling lambat?

AKU

Masa bangkit tubi siapa yang paling sikit boleh buat?

AKU

Masa kira bmi dan berat siapa yang paling rasa tersinggung?

AKU JUGA. SEDIH

Terkedek-kedek aku ke padang sekolah. Dah lah jauh. Aku pula datang lambat. Habis berpeluh badan aku. Tapi takpe, Rexona dalam poket.

Dan tiba-tiba langkah ku terhenti.

JIMIN???

Jimin weh. Dia kat depan aku. Aku nampak dia tengah ikat tali kasut. Wahhh side figure dia memang lawa. Jawline dia, ok aku stop. Kalau cerita lebih-lebih ada yang tersuka dia karang, mati aku.

Patut ke aku percepatkan langkah supaya aku boleh jalan tepi dia. Atau aku patut ucap hai. Atau cukup aku terbangkan aku punya ciuman dan biarkan ia menyelinap masuk dalam rambut Jimin, menggantikan kutu durjana?. Apa? Apa?

Tiba-tiba Jimin menoleh.

Hshshshshshshshshs

Mata dia mengarah kat arah aku. Aku terkejut. Spontan aku pandang ke arah lain. Malu sia. Takkan nak main mata dengan dia, bapak mustahil.

Lepas kira dua sampai lima, aku angkat balik kepala aku.

Fgfggfgghhghhgggh

DIA PANDANG LAGI

Huaaaaa gila, jantung non stop berdegup. Aku rasa wajah aku berubah lain macam. Muka tergamam aku memang agak hodoh wei. Harap korang tak bayangkan nanti masuk dalam mimpi.

Jimin senyum.

Huaaaaa dia senyum. Gila. Betulkah yini? Guys, nak buat apa ni? Senyum balik ke? Tapi aku malu. Aaaaaa

Dan aku pun bagaikan dipukau turut tersenyum. Huhu

"Abang Jimin!." Seseorang melintasi aku dari belakang.

WHAT???? Tadi Jimin senyum sebab dia nampak adik dia belakang aku? Sebab tu ke?

Dan aku, aku, tadi aku, huaaaaaaa malu gila malu. Aku pergi senyum kat dia tanpa sebab. Aaaaa aku malu. Macam mana ni? Mesti dia gelakkan aku dalam hati ni. Malunya.

Malu punya pasal, aku percepatkan langkah. Jimin dan adiknya Jia sembang apa pun aku dah tak dengar. Aku maluuuu.

Bila line clear, aku menggelupur atas rumput. Malu weh aku malu. Tak boleh lupa momen tadi.

"Mimi, kau pehal menggelupur dalam rumput wei, jangan cakap kau tengah kutip makan pacat, kat kafe tu berlambak lagi makanan. Alahai member aku tersayang ni." ujar Nisha.

Kurang asam punya Nisha, mentang-mentang aku obes dia kutuk aku kaki makan huhu ada aku kisah?  sebab dia pun gemuk juga walaupun tak obes. Senasib kita, kawan ku.

Dengan bersungguh-sungguh aku menceritakan apa yang berlaku tadi kepada Nisha. Nisha yang hanya membayangkan saja pun dah rasa malu inikan pula aku. Pipi aku terasa panas sangat sekarang ni.

"Relaks, la. Kau anggap je ni sebagai batu loncatan." kata Nisha. Bahu ku ditepuk lembut.

"Kenapa batu loncatan?" Aku buat muka blur.

"Aku ada sebut ek? Tak ingat pula masa bila aku sebut." Nisha menggaru kepala sendiri.

NYAH ANDA DARI MUKA BUMI!!

Tanpa berdrama lagi, kami terus berkumpul di padang. Aku curi-curi pandang ke arah Jimin. Biasalah dia kena duduk barisan depan. Ketua keluargalah katakan. Opsss.

"Cepat beratur. Laki dua barisan perempuan tiga barisan." Arah cikgu Azam, guru PJ kami. Hensem. Muka sebijik sama macam watak doktor dalam drama My Girlfriend is Gumiho.

"Eh, perempuan empat barisan lah. Macam ramai sangat."

Disebabkan aku paling belakang, aku yang kena gerak dulu dan perlu berada di paling depan. Dan yang paling gila, dekat sebelah aku ada JIMIN.

Dada terasa dup dap. Sakit tubuh aku kena cover. Bukan apa, kalau gerak lebih-lebih nanti Jimin syak bukan-bukan, naya aku dibuatnya. Kepala pun rasa payah nak digerakkan. Tak bebas la duduk sebelah crush. Semua benda kena jaga. Huh.

Cikgu Azam memulakan pengajarannya. Macam biasalah, setiap kali ada subjek PJ, dia akan ajar pelajar 15 minit sebelum pelajar dibenarkan bermain.

Kedengaran lagu  D.N.A. semua pelajar terkejut.

Budak mana lah bawa handphone ke sekolah. Siap set lagu bts lagi ni. Fanatik bebenor. Padahal aku pun sama huhuhu.

"Maaf, cikgu nak jawab call. Isteri telefon. Hello, sayang. Pampers anak? Mana abang tahu. Opss tak ingat korang ada depan cikgu, cikgu jawab kat belakang ya."

Ada-ada je lah cikgu Azam ku cayang. Army rupanya. Nak tanya, siapa bias cikgu huhu.

Selepas cikgu Azam berlalu, semua pakat buat bising. Biasalah budak sekolah. Macam tak biasa pula.

Aku pun nak bising juga tapi Nisha dan aku terpisah. Kesian, aku kesepian. Malu juga. Terasa disisihkan. Dah lah tepi crush.

"Eh, aku nak tanya sikit." Jimin tiba-tiba berbual dengan perempuan kat belakang aku. Dia penolong kami, namanya Imani.

Kenapa sembang belakang aku? Akward la aku. Haduyai.

"Kenapa, Jimin?"

"Kau kenal tak mana-mana budak perempuan yang alamat emelnya fattyashik.gmail.com?"

Terkejut beruk aku. Terasa badan ku sedikit menggigil. Emel aku tu. Aku ingatkan dia dah benci kat minah fattyashik tu tapi ternyata dia masih nak cari. Baik aku pasang telinga. Curi-curi dengar perbualan mereka.

"Tak kenal. Kenapa Jimin? Ada perempuan kacau ek hehe."

"Macam tau-tau. Saja nak tengok muka jodoh."

WHAT THE.....

Muka jodoh? Aku dah la tengah berdebar, dia cakap macam tu lagi aku berdebar. Nak je aku confesskan segala-galanya pada dia sekarang.

Ok SABAR MIMI SABAR.

"Kau nak mengurat minah mana pula ni Jimin? " Zarul mencelah.

"Ada sorang ni. Aku syak budak kelas kita. Tak tahu prank ke apa, tapi aku nak cari juga sampai dapat."

MAMPUS AKU!

"Kalau dapat kau nak buat apa?"

Jimin diam sebentar. Jimin cepatlah beritahu? Kau nak buat apa kalau kau jumpa aku? Jangan buat aku rasa cemas.

"Maksud kau, kalau aku jumpa dia dalam kelas kita?"

"Ya, kau nak buat apa?"

"Aku nak...."

"Ok, jom sambung pembelajaran kita tadi." Cikgu Azam tiba-tiba muncul.

Harggghhhhhhhhh aku rasa nak dukung cikgu Azam dan ajak bersumo depan pengetua. Arghhhh geram. Nak mengajar pun tunggulah Jimin habis cakap dulu. Bencilah macam ni.

Sejarah berulang. Dulu aku pernah kena, ada part Bts main bongkah ke apa, aku tak tahu nama. Park jaemhin bts kalah. Dia kena denda kiss Suga. Dengan gagahnya dia menghampiri Suga dan tiba-tiba tbc. Aku dah terbalikkan meja geram punya pasal.

Apa akan jadi lepas ni?. Kalaulah aku tak jatuhkan surat atas kepala dia, mesti aku tak kena meroyan berterusan macam ini.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now