"Syahir? Kau gay?" Soal kawan sekelasnya serentak.
Aku menekup mulut kerana terlalu terkejut. Kayu hoki yang dipegang oleh Syahir terlepas dari tangannya. Tanpa memberikan apa-apa jawapan Syahir terus lari dari situ.
Jimin juga turut meninggalkan tempat ini. Nisha segera menghampiri aku dan menenangkan aku yang menggeletar teruk.
"Mimi, jomlah kita masuk kelas dulu. Masa PJ dah tamat." Ajak Nisha sambil memegang bahu aku yang menggigil.
Aku hanya mengikut kerana otak aku sudah tidak dapat berfikir dengan betul sekarang. Sumpah aku cakap aku rasa macam dah tak betul dah sekarang.
Skip
"Nisha huaaaa... Macam mana ni?. Tolonglah aku. Aku rasa bersalah sangat-sangat sekarang ni huaaa.."
Aku menangis di tepi Nisha. Semua orang dah berlalu ke makmal komputer tapi aku je yang belum pergi lagi. Nisha pula terpaksa teman aku di sini.
Aku tak dapat kawal diri. Air mata dan hingus semua ikut keluar. Mana taknya, aku rasa bersalah. Aku dah malukan anak orang depan awam.
Apa akan jadi pada hidup Syahir selepas ni, ya Allah? Budak-budak zaman sekarang semua mulut macam longkang. Aku takut dia kena palau. Tengoklah macam Sajat habis kena kutuk. Aku takut nasib yang sama menimpa Syahir. Aku tak sampai hati.
Memang aku benci dia sebab nak rampas Jimin dari aku tapi aku bukannya jahat sangat sampai sanggup buka aib Syahir depan orang ramai. Dah la tadi ada kawan dia dekat dalam bilik stor. Mesti benda ni akan jadi gosip dan tersebar.
Macam mana pula dengan Jimin mesti dia sedih gila sebab dia kan sayang sangat dekat Syahir. Mesti mereka putus kawan... Allahu semua sebab aku.
"Nisha, macam mana ni huaaa." Aku menampar-nampar muka sendiri lepas tu lap hingus guna tudung Nisha.
"Aku tak tahu macam mana nak cakap. Sumpah aku cakap aku macam tak percaya yang Syahir macam tu. Aku rasa macam nak berdiri atas jalan raya biar kereta langgar aku sampai aku amnesia jadi tak payah ingat lagi pasal tadi." Sempat dia menolak hidung aku dari mendekati hujung tudungnya.
"Aku benci mulut aku tsk tsk tsk."
"Mi, kita ke makmal dulu. Aku takut cikgu marah pula kalau kita masuk lambat. Lepas ni kita sama-sama fikir nak selesai macam mana. Ok?" Pujuk Nisha.
"Ya." Aku lap air mata dan berjalan keluar dari kelas bersama Nisha dengan berat hati.
Di dalam kelas aku langsung tak boleh fokus. Cikgu cakap apa pun dah macam masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri tapi aku pakai anak tudung. Mungkin masuk pun tak boleh.
Aku pandang ke arah Jimin. Aku nampak dia senyap je. Biasanya riuh je dia nak jawab soalan cikgu tapi hari ni dia cuma fokus dan tak bersuara langsung.
Aku rasa makin bersalah. Mulalah mata nak keluar h20 la, taik mata la. Semua nak beranak pinak dekat situ. Hingus tak payah sembanglah, dia punya cair dah macam air banjir kilat.
"Syamimi, jawab soalan saya tadi."
Tiba-tiba cikgu aku soal aku. Dah la aku tengah termenung. Sikit pun aku tak tangkap soalan dia tadi. Aku pandang Nisha tapi Nisha tak berani nak angkat muka. Satu kelas tunggu jawapan aku tapi aku tak tahu apa-apa.
"Mimi, awak nak belajar ke tak nak hah? Saya pantang betul orang yang tak fokus masa saya mengajar. Kalau dah tak suka sangat, keluar. Pergi berdiri dekat luar. Sekarang!!"
Aku dihalau keluar sebab mengelamun dalam kelas. Terpaksalah aku duduk sendirian dekat luar. Keluar air mata aku sebab dah la serabut tambah pula malu sebab disuruh berdiri dekat luar.
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas