Kubur

235 35 27
                                    

Hari ni hari Jumaat jadi kami sekeluarga pergi melawat kubur arwah nenek. Biasanya ibu ikut sekali tapi hari ni katanya dia ada mesyuarat pula.

"Ayah, ada payung tak?"

"Payung? Tu kat belakang Mimi."

"Opsss.. Tak nampak hehe."

"Ayah nak ambil wudhuk kejap. Tolong panaskan enjin kereta ayah boleh?"

Tanpa banyak cakap, aku terus ambil anak kunci kereta yang tersangkut key chain boboiboy api dari tangan ayah aku. Payung pun aku ambil sekali.

"Terimalah.. Hadiah dari Syamimi untuk baby Joon kesayangan oohhhwoooohuuhuuu forever rain~~~" Aku menyanyi sambil memayungi diri dan berlagak seolah-olah aku hidup dalam mv Forever Rain.

Semalam aku menangis guys lepas layan semua lagu dalam album Mono terutama masa lagu moonchild. Sedih aku bila hayati lirik dia. Namjoon, kesepiankah dikau??

Lepas aku layan fan made video lagilah keluar hingus. Mana taknya Namjoon yang kesepian dari mv forever rain berjalan dalam hujan lepas tu bertembung jin yang kesedihan dari epiphany yang basah dalam hujan dan mereka akhirnya disatukan hoho.

"Aih, kenapa aku tiba-tiba rasa rindu dekat Jimin. Korang pernah tak tiba-tiba rasa macam tu?" Soal aku dekat semut. Korang kalau jawab memang tak tahu malulah.

"Dah panaskan ke Mimi?" Ayah muncul tiba-tiba.

Allahu, lupa. Ni Namjoon punya pasal lah ni. Siap lah dia. Aku paksa baca fanfic byuntae Nisha. haha. Nisha punya fanfic memang daebak ah, aku tak baca cuma aku baca komen reader dia kat message board.

Akhirnya perjalanan kami berdua diteruskan juga walaupun aku punca ayah lambat bertolak.

Dalam kereta, aku paksa ayah pasang lagu Idol bts. Masa ada bahagian dalam Mv yang Suga tendang angin tu, aku terikut sama. Tertendang tempat duduk ayah aku. Melatah dia woi.

Kesian.

Masa bahagian korus yang ada oah oah oaah oaah aku nak bangun menari tapi lupa aku dalam kereta. Terhantuk pula kepala kat atap kereta. Bongok la, sakit tahu tak. Lepas tu ayah aku gelak atas muka aku. Sesi membalas dendam nampaknya.

Huh.

"Dah sampai. Nasib baik hujan dah berhenti." Ayah aku parkir kereta di luar pagar tapi sengaja cari tempat ada lopak air. Habis basah kasut aku.

"Ayah, basah kasut Mimi. Tengok ni."

"Suruh la abe apa tu kokok tukarkan. Kata suami tercinta." Perli ayah aku.

Benci.

"Bukan kokok ayah. Kook, Jung Kook atau kookie yang seksi,cute, hencem,manis,bunny, comel, gagah, lawa, sado, pakai singlet pink."

Ayah malas nak layan, dia terus je masuk dan tinggalkan aku dekat situ. Ayah aku dan mak aku sama je. Tak suka sangat bila aku nak berfantasi pasal kpop. Sabo jela. Nasib baik pakwe aku orang sekampung kalau Park Jaemin Bts yang lamar aku, alamaknya kena sunat, dengan aku sekali kena sunat, hadoi.

Lama juga kami baca yasin berdua dekat situ. Hari ni tak panas. Mendung. Memang sesuailah untuk duduk kat situ lama-lama.

Rindu arwah nenek. Dia orang yang pernah suapkan ubat batuk cap ibu dan anak kat aku sampai terkencing. Sedap sangat kot. Entah, aku tak ingat.

Dulu kalau ada dia, mesti dia selalu nasihat aku. Dia cakap Allah tak pandang rupa. Gemuk ke apa semua Allah sayang. Haih dia dengan Jimin sama je. Jenis yang takkan kutuk orang yang gemuk sesuka hati. Park Jaemin pun sama. Aku sayang diorang bertiga manyak-manyak.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now