Ketahuan

350 54 53
                                    

"Aku suka kau..."

Serta-merta aku mendongak memandang muka Jimin bila dia sebut ayat gila tapi indah itu.

Ya Allah, adakah ini endingnya? Perasaan ku berbalas. Ya tuhan, Jimin kau suka aku rupanya.

uaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssss

"Itu ayat yang kau tulis dalam surat layang kan? Kau cakap kau suka aku, kan?"

WHAT THE HECK IS GOING ON??

Chimpazi betul lah! Aku ingat dia nak confess perasaan dia rupanya hanya ayat tergantung.

Ahhhhh ini yang buat aku rasa nak flip otot anak Jeon ni!

"Bila? Mana ada aku hantar atau tulis surat kat kau. Lagipun kau kan dengan Nisha. Kenapa nak libatkan aku?"

Pedih weh. Aku terpaksa berlakon macam ni. Kalau bukan kerana aku takut, aku dah beritahu Jimin segala-galanya.

"Jujur je lah Mimi. Selama ni kau yang jadi Fatty Ashik kan?."

Jimin makin memaksa. Senyuman dia dah mati. Yang ada hanya muka serius dan menakutkan. Aku hampir nak menangis bila dia pandang aku dah gaya macam nak marah aku.

"Aku dah cakap bukan aku. Pergilah tanya Nisha sendiri." Aku cuba lari dari situ tapi Jimin menghadang jalan ku.

Aku takut.

Jimin smirks. Serius, nampak seram.

"Kau tak boleh nak sorok lagi. Aku dah tahu lama kau orang yang chat dengan aku selama ni."

"Apa buktinya?"

"Buktinya? Kau ingat tak masa kuiz dulu? Aku kena tanda kertas Nisha dan masa tu Fauzan dapat kertas kau. Memang pada awalnya aku terkejut bila tengok tulisan Nisha, aku sangka Nisha orangnya tapi masa tu Fauzan tertunjuk kertas kau kat aku. Tulisan korang nampak sama dan aku jadi keliru dan tertanya-tanya yang mana satu yang sebenarnya."

Patutlah dulu dia senyum kat Nisha dan aku, rupa-rupanya masa tu dia dah syak sesuatu. Pasal si Fauzan tu aku yakin dia mesti tunjuk bahagian yang aku banyak typo kat Jimin.

Fauzan Jebon!!

"Tak cukup kuat. Memang tulisan kami sama tapi bukti tu tak cukup kuat."

Jimin senyum sinis lagi. Aku seram sia.

"Kau ingat tak masa kita jumpa kat taman?"

"Masa nak pulangkan baju hujan kau?"

Jimin mengangguk sebelum menyambung percakapan dia yang dah ala-ala Sinichi Kudo.

"Masa tu kan kucing kau muncul. Kau ingat tak dulu masa kita chat, kau kata kau jumpa kucing aku tapi aku tak percaya. Kau kirim gambar sebagai bukti. Tapi kau tak ingat agaknya dalam gambar tu, bukan kucing aku sahaja yang ada, gambar kucing kau pun ada sekali. Masa tu aku dah mula yakin kaulah Fatty Ashik sebenar."

Mampus, baru aku ingat. Kucing aku tak nak blah jadi aku terambil gambar dia sekali. Masa tu dia tengah gigit leher kucing Jimin.

Tapi kucing Jimin jantan. Kucing aku memang gatal! Puih. Ni semua salah dia, siap kau Meow, aku lipat ekor kau nanti!

"Tapi kucing semua nampak sama. Takkan sebab tu aje." Masih terus bersandiwara. Aku tak nak mengaku. Tak nak!!

"Ada bukti yang paling kukuh. Kau nak dengar?"

Dia smirk lagi. Ya tohan... Aku takut. Nak terkencing. Bukti apakah itu? Huaaaa..

"Beberapa hari yang lepas kau demam dan tak datang sekolah kan? Jadi aku cuba test kau. Aku saja hantar chat kat kau yang pasal cikgu Lee baik sebab tak bagi kita kuiz hari tu. Yang paling mengejutkan FattyAshik jawab ya. Sedangkan waktu tu Cikgu Lee tak masuk kelas. Isteri dia bersalin. Dalam kelas hanya kau sorang yang tak datang, jadi memang kaulah orangnya Mimi."

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now