Hujan

320 48 44
                                    

"Nisha, kenapa kau gedik-gedik depan Jimin aku? Kau  batak perhatian ek?" Aku dah siap singsing lengan baju dah. Nasib tak ada lelaki pandang.

Ha, mari bertumbuk!!

"Maaf, beb. Aku dah berusaha tapi apa kan daya kehensemannya membunuh ku." Jawab Nisha sambil menghidupkan motornya.

"Apaaaaa??? Weh, serius ek? Kan aku dah cakap memang Jimin hencem. Hencem gila-gila kau tau tak? Part mana yang dia hencem?" Mata aku terasa bersinar-sinar, guys.

''Betul kata kau, hensem weh, mata dia, pipi dia, bibir dia, kyaaaaa.. Aku rasa nak ciu.."

KEPISSSHHHH

"Wei, Mimi kenapa kau tampar pipi aku? Sakit la budak hisk..hisk..hisk.." Nisha menggosok pipinya. Berair mata dia.

"Eh mana ada aku tampar kau. Itu hanyalah tindakan refleks apabila hormon adrenalin mengalir. Aku teruja sangat sebab crush aku kena puji. Kesan biologi je"

Aku pun terus menggosok pipi dia takut juga kalau dia menangis melalak lepas tu merempit sampai ke dalam tandas lelaki.

Vroom..Vroom..

Ha, sudah.. Takkan nisha betul-betul nak.. Baik aku ambil tindakan.

"Nisha, baik kau balik awal, hari dah nak hujan."

"Eh, aku lupa aku jemur kasut sukan dekat luar rumah. Aku balik dulu, bye.

Fuhh nasib baiklah Nisha dengar cakap aku. Korang tahu kan, kawan aku tu comel tapi mereng. Opss terkutuk.

Aku menghadiahkan flying kiss kepada Nisha. Nisha pun membalas dengan flyingkan tayar depan motor dia. Gila, sikit lagi nak terlanggar budak junior yang tengah ikat tali kasut. Sampai tercabut kasut budak tu nak mengelak punya pasal.

Confirm Nisha kena kutuk kaw kaw dengan budak tu. Memang patut pun.

Huh, such a dramatic moment!

Hari ni aku balik dengan basikal. Motor mak aku masih ada dekat bengkel. Nasib baiklah jiran aku sudi pinjamkan basikal dia kat aku.

Basikal tua guys, uhuk uhuk.. Malu aku. Nak buat macam mana dah jiran aku tu berusia 67 tahun. Ni je lah yang dia ada.

Oleh sebab itu, aku datang awal, balik lewat. Malu kalau bertembung budak kelas sendiri. Aku dah la tak lawa, naik pula kenderaan macam ni, kalau orang nampak confirm jadi topik viral.

Setelah diyakini selamat aku pun mulalah perjalanan balik ke rumah dengan basikal tua. Dah la penuh dengan stiker doraemon. Atuk tu fanatik dengan doraemon ke apa?

Aku patut intai rumah atuk tu, mana tahu satu rumah penuh dengan poster Doraemon. Dengar kata, ada orang pernah ternampak aksi dia masa tengah gigit patung doraemon sampai tembus dan paling menakutkan gigi dia bertaring. Ada mitos mengatakan dia drakula. Betul ke tak tu aku tak pasti.

"Mic Drop oh Mic Drop Suga shirt Drop MiMi eye drop." Aku menyanyikan lagu yang paling aku minat. Kali ni dah masuk seribu kali aku nyanyi lagu tu. Aku cuba tiru aksi Suga yang dalam mv tapi siap kena lempang dengan guru disiplin. Depan perhimpunan pula tu. Malang nasib ku.

Sreeet......

"Aduh.. Kenapa tak boleh gerak ni. Ada hantu ke kat belakang?. Allahuakbar."

Basikal aku berhenti dengan sendirinya. Nak gerak ke depan tapi serius tak boleh. Aku cuba pandang belakang sebab nak tahu apa jadi.

"Alahhh.. Macam mana ni. Kain aku masuk dan terlekat pada roda basikal." Aku tak tahu nak explain macam mana tapi yang pasti hujung kain aku dah masuk kat bahagian roda dan ia dah tak boleh berputar.

"Ya Allah macam mana ni? Aku nak gerak pun tak boleh."

Habislah aku. Nak potong kain, gunting tak bawa. Nak tanggal, aku dah lah tak ada kain alas atau tracksuit sebagai ganti. Nak jerit, ni jalan kampung yang paling sunyi. Aku rasa nak nangis sangat-sangat.

Dan akhirnya aku menangis.

"Nak b-balik ma ... Ma..." Aku menangis teresak-esak selepas 2o minit berdiri sorang-sorang kat situ.

Dum dum

Bunyi kilat. Dan lima minit kemudian hujan mula turun membasahi aku. Lagilah buat aku dah tak boleh tahan nangis. Aku nak balik huwaaaaaa...

Tiba-tiba seorang lelaki berhenti di hadapan ku. Topi keledar di kepalanya ditanggalkan dan orang itu adalah JIMIN!!!

"Kenapa ni?"

"Kain aku terle-le-kat dekat r-roda." Aku menangis teresak-esak bila aku nampak dia. Aku takut sangat tadi.

Dalam hujan yang semakin melebat, Jimin menanggalkan baju hujannya lalu menyerahkannya kepada ku.

"Pakai ni dulu."

Aku dengan tak dapat nak fikir apa-apa lagi terus menyarung baju hujan pemberiannya. Disebabkan aku, Jimin bermandi hujan. Seluruh badannya basah kuyup.

"Tak ada cara lain, kena potong juga kain kau ni. Boleh ke tak?" Soal Jimin, matanya dikecilkan kerana air hujan membasahi mukanya. Soalannya aku jawab dengan anggukan.

Jimin mengeluarkan gunting dari beg sandangnya. Dia kemudiannya membongkok dan memegang bahagian bawah kain ku.

Perlahan-lahan dia menggunting kain ku dan akhirnya dia berjaya  menyelesaikan masalah ku.

"T-terima kas-sih Jimin." Aku mengelap air mata. Sedih bila diuji macam ni.

"Dekat roda basikal masih ada lagi cebisan kain yang tersangkut jadi basikal ni belum boleh digerakkan lagi. Habis kau nak balik macam mana ni? Rumah kau jauh lagi tak?" Soal Jimin. Aku nampak muka dia macam risau.

"Jauh lagi. Tak apalah. Aku jalan kaki."

"Nak naik dengan aku tak? Jangan salah faham. Aku tak ada niat bukan-bukan cuma sekarang kan hujan tengah lebat gila." Terang Jimin.

"Erm aku jalan je kot. Maaf susah kan kau." Tak boleh guys, haram. Tuhan dah bagi pertolongan takkan aku nak buat dosa pula. Naik motor sekali mestilah badan kami akan bersentuhan.

"Mungkin kau tak selesa. Macam nilah. Ha, kau pergi tunggu dekat depan sana. Ada pondok. Nanti aku pergi rumah kau, suruh mak kau datang ambik. Aku nak guna public phone pun tak boleh sebab rosak."

"Tak payah lah. Susahkan kau pula. Dah lah sebab aku kau basah." Aku betul-betul rasa bersalah.

"Eh, tak apa. Aku dah memang basah. Kau tunggu je, nanti aku pergi beritahu mak kau."

"Tapi rumah aku kau kenal ke?"

"Bagi alamat kau."

Sebab kesiankan Jimin lama-lama dalam hujan, aku terus bagi tanpa banyak alasan.

Jimin pun memecut dalam hujan. Demi aku dia sanggup bersusah payah. Jiminnnnnn kenapa kau buat aku lagi sayang kat kau

hghghgghggghgghhgggg.....

(Sebulan yang lalu benda tu jadi kat saya. Bersyukur juga sebab terhenti depan pntu pgar universiti. Nasib guard perempuan ternampak, dia panggil pak cik2 guard datang membantu. Saya kehilangan kain saya huhu sedih)


Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now