Orang ketiga

347 39 75
                                    

"Abah, ni baju kot abah ya? Biar orang basuhkan."

"Eh rajin betul anak abah ni. Pelik." Ayah ku menggaru janggut sendiri.

Aku hanya tersengih sambil tangan mencapai baju kotnya yang tersangkut di paku dinding.

"Abah, boboiboy kuasa.."

"Tiga. Oyeahh."

Kami dua beranak tergelak sakan. Alah, ayah aku sporting. Tak ada masalah kalau nak gurau manja dengan dia.

Aku ke dapur. Kelihatan ibu ku sedang memotong daging. Aku memeluk pinggang ibu. Eleh, aku terpaksa. Ketagih selepas baca babak ni dalam fanfiction. Aku belum cukup umur untuk bersuami jadi pinggang ibulah yang jadi mangsa. Tak lama lagi Jimin pula huhu.

"Jauh- jauh sikit. Nanti terkena pisau."

"Ibu, oh ibu."

"Apa? Nak duit. Ambil dalam almari."

"Bukan tu.. Nak pinjam penyapu boleh."

Ibu ku mengambil penyapunya dan menyerahkan penyapu tersebut kepada aku.

"Jarang ibu tengok mimi rajin nak sapu sampah."

"Hari ni kan hari Jumaat.kena ambil berkat buat benda elok."

Lepas dah dapat penyapu, aku terus berlari masuk bilik. Aku tutup pintu. Aku kunci siap dengan mangga lagi. Langsir aku turunkan. Semua lubang aku tutup.

Now is the time....

"Tae, baby datang sayang. Jung kook ambik gigi palsu abah aku ni dulu. Gi main jauh-jauh uyarkkkkk..."

Aku terus memegang penyapu dalam keadaan berus penyapu menghadap aku. Baju kot ayah yang berwarna coklat aku sangkutkan di atas penyapu. Seluar hitam aku ikatkan di batang penyapu. Poster Tae Hyung aku tampal pada bahagian atas penyapu.

Sebelah tangan ku masukkan ke dalam baju kot..

Singularity begin..

"Tae janganlah tepis tangan baby, baby bukan nak raba Tae, ada telur kutu kat lengan Tae.. Ala..

Tae, jangan pejam mata macam tu lah , Gila! Baby, bukan sengaja nak sentuh mulut Tae, mulut Tae busuk sangat.. Alololo dia merajuk pula. Kiss kan, ha.. "

Aku terus menari dengan Tae Hyung versi penyapu. Korang nak kata aku gila? Apa bezanya aku dengan Tae Hyung. Dia menari dengan penyangkut kot tak apa pula.

Lagipun macam lagu surat cinta untuk Starla bukan ke ada balasan lagu tu. Jadi hari ni aku cuma jalankan tanggungjawab aku untuk balas lagu singularity.

Nak kecam? Aku gigit pipi korang.

Tok tok

Haish, pengganggu muncul dah.

"Tae, sayang. Baby kena jumpa orang kejap. Jangan takut, kejap lagi baby datang, tau?. Tae duduk sebelah Jung Kook ya, kejap lagi kita sambung dating.. YAH Kim Jung Kook letak gigi palsu tu. Datang peluk Tae kejap. Bye baby, baby, sekalian."

Aku cium 'dahi' Jung Kook dan 'dahi' Tae Hyung. Bukan dosa pun. Poster je pun.

"Ada apa ibu?"

"Buat apa kunci pintu? Tak panas ke? Lampu pun tak buka. Main apa kat dalam?"

Aku hanya tersenyum sumbing tanpa menjelaskan hal sebenar.

"Tolong ibu, boleh? Belikan gula. Dah habis dah."

Aku hanya mampu mengangguk. Yalah, kalau aku tak pergi, tak adalah makan malam untuk aku nanti.

Aku ke kedai runcit dengon motosikal. Sewaktu selesai membeli gula, aku ternampak dua orang yang amat aku kenali.

Jimin.

Dan Syahir.

"Kenapa Syahir ada sekali? Ni tak boleh dibiarkan. Aku perlu selamatkan Jimin dari cinta songsang si Syahir tu."

Belum sempat aku dekat, aku ternampak Syahir tengah ambil kesempatan ke atas Jimin.

"Jimin, rambut kau tak betul lah, mari aku betulkan." Ujar Syahir. Tangannya merayap di rambut Jimin.

"Eh, tak apalah, Syahir. Rambut aku selalu macam ni." Jimin menepis lembut tangan Syahir.

"Nah, ais krim. Aku belanja."

"Sedapnya, thanks." Jimin menyuakan ais krim tersebut ke mulutnya.

Hati aku menggelegak melihat Syahir asyik memerhati bibir Jimin yang comot akibat terkena ais krim. Tahulah, bibir dia seksi, aum gitu.

Dia tiba-tiba memegang bahu Jimin.

Jimin terkejut.

"Bibir kau.. Ada ais krim.. Jangan lap. Kotor. Aku ada cara lebih baik untuk lap benda tu.." Ujar Syahir.

Sah! Dia nak kiss Jimin macam dalam cerita Secret Garden

Aku tak boleh biarkan! Aku perlu bertindak.

Aku terus berlari ke arah mereka sambil menjerit.

"WOOOOOOOOI WOOF WOOF WOOF.."

Kedua-dua mereka terkejut.

Jimin lantas berdiri.

"Ada gay. Dia nak gigit anjing. Ada itik dia nak gigit semut. Woof, woof."

Aduh, apa yang aku merepek ni, sia?

"Tak faham. Ada apa? Ada orang ganggu kau ke, Syamimi?"

Aku hanya mengangguk. Maaf, papa. Mama terpaksa tipu sunat. Moga dosa mama pada papa tak buatkan mama ke neraka. Auchh.

"Siapa ni Jimin.?" Soal Syahir.

"Class--"

"Girlfriend Jimin." Aku sempat smirk.

Syahir terkedu. Ekspresi muka dia bertukar kelat. Sah dia cemburu. Padan muka. Ingat aku nak bagi pakwe aku kat kau? Nak dapat pun bukan main susah.

"Aku balik dulu."

"Eh, tadi kata nak datang lepak rumah aku?"

"Mak aku suruh beli ubat ketiak, bye."

Syahir berlalu dengan muka masamnya. Pergi, pergi balik sana. Tak tahukah kau gay tu dosa? Kaum luth dah kena laknat. Kau nak kena juga ke hah?

"Siapa ganggu kau, Syamimi?"

"Kucing liar hehe... Jimin, dia selalu lepak rumah kau ke?"

"Selalu juga."

"Habis tu kiranya dia pernah tidur sekatil dengan kau? Dua pernah peluk kau masa kau terlena? Dia pernah tenung muka kau masa kau bangun pagi? Dia pernah nampak kau pakai tuala saja kat pinggang? Dia pernah nampak kau tak ada baju? Ops..."

Malu bhai.

Aku tertanya soalan panas dan private.

Jimin mukanya naik merah.

Aku pun.

"Kenapa.."

"Jimin, dah nak azan Maghrib. Syaitan banyak kat luar."

Aku terus terkedek-kedek lari dari situ. Sumpah, memalukan betul. Serius, aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran Jimin sekarang.

Fgfgfgfgfgfgfgfhh malu.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now