My Day

242 50 31
                                    

"Aduh, mana suis lampu ni?."

Klik

Lampu di ruang tamu terpasang.

"OHOOI OPOCOT!!!! SHARUKH KHAN DALAM PETI AKU!" Ibu aku melatah apabila ternampak aku yang tengah tersengih dalam gelap. Oh ya tadi je gelap sekarang dah cerah. Haha.

Ibu memandang ke arah jam di dinding sebelum pandang aku balik.

"La, baru pukul 5:30 pagi takkan dah nak pergi kelas. Kejap, berapa botol minyak wangi yang Mimi pakai ni.. Jauh sikit. Pening kepala ibu." Ujar ibu ku sambil menutup hidung.

Aku hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Bukan apa ibu. Kalau terlambat naik bas, tak ada tempat duduk pula. Lenguh kalau berdiri lama-lama."

Ibu ku hanya buat ekspresi muka malas nak layan dan masuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk aku dan abah.

"Haih lambat gila nak pukul 6.30 pagi. Aku dah la tak sabar ni." Lepas makan aku terus tunggu bas luar rumah.

Hari ni hari penting. Hari apa? Guys, stay tune kalau nak tahu. Jangan tukar siaran. Kalau tak aku cium Bang pd korang.

"Bas tak datang lagi?" Soal ibu.

"Tak bu. Ibu, ingat tak hari ni hari apa?"

"Hari apa?"

"Kan hari ni hari--" Bunyi bas menghentikan perbualan kami.

Aku ke sekolah akhirnya tapi ibu tak ingat hari ni hari apa. Sedih. Hurm. Tak apalah asalkan Nisha dengan Jimin ingat. Huhu. Diorang mesti ingat. Pasti!

Oklah. Biar aku jujur. Hari ni hari JADI AKU oh yeah. Tak nak wish birthday aku ke? Kalau setakat wish dengan tangan kosong baik tak payah. Aku tak layan ayat-ayat kosong. Ecece gurau je.

Aku sengaja datang awal sebab ini je lah waktu aku berdua-duaan dengan Jimin. Kalau datang lewat melepaslah nak dengar Jimin wish sebab takkanlah Jimin nak ucap depan rakan sekelas. Nanti meroyanlah satu kelas sebab terkejut. Kami kan bercinta senyap-senyap.

Satu lagi, telefon aku rosak kelmarin. Jadi aku dah hantar kedai. Padahal niat aku nak berbual dengan Jimin sampai pagi di malam hari jadi aku. Rugi kan?

"Ha tak sabarnya. Mesti dia akan cakap macam ni, oh Mimi my baby, terima kasih kerana dilahirkan ke dunia. Jimin janji akan jaga Mimi seumur hidup Jimin. Stay with me dear. Forever oh yeah haha.."

Ada budak pandang aku. Kisah apa aku!. Aku nak gembira, biarlah. Tunggu aku, abe Jimin hihihi abe Jimin.... Asal aku rasa geli-geli gitu. Ahaha, ABE JIMIN.

"Assalamua--"

Hampir tersembur air liur aku bila aku terpandang orang dalam kelas aku sendiri.

ADA JIMIN.

Tapi, tapi, tapi,

ADA IMANI sekali. Ya Allah penolong ketua kelas perlukah kau datang seawal ini?. Padahal sebelum ni kau asyik lambat. Ya Allah, takdir memang tengah mainkan aku ke apa? Spoil la!!!

Musnah harapan aku weh.

Aku duduk di tempat aku dengan sedihnya. Sempat juga aku pandang Jimin yang sibuk bersembang dengan Imani. Tak ada mood aku nak belajar. Dah la esok lusa dah nak exam. Bagilah aku nikmat ini sebelum bertarung di medan peperiksaan nanti. Ala.

Akhirnya masa terus berlalu dan berlalu. Tiada tanda-tanda Jimin nak datang wish dan kau tahu tak apa yang lebih menyedihkan dari itu?

NISHA TAK DATANG SEKOLAH

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now