jalan

250 38 2
                                    

"Done ulangkaji! Orang kata seminggu sebelum peperiksaan, kita kena maraton drama korea secukupnya. Huhu best betul ulangkaji drama. Dah la drama yang ni sama macam kisah aku dan jimin. Budak obes dan budak kacak.''

Hari ni dah habis dua cerita J-drama aku tonton. Petang dan malam nanti aku sambung lagi. Sekarang, aku ada hal penting untuk dibuat. Fighting!!

Aku nak mesej Jimin hahaha

"Jimin online lah! Sayang ku, kebodohan eh kejodohan apakah ini?". Kata ku sambil mula menaip mesej.

Salam.
Buat apa tu?

Waalaikumusalam.
Maaf sibuk.
Kita sembang lain
kali ea?

Jimin offline.

"Macam tu je? Eh, eh, ini jantan! Sibuk? Alah, alah... Benci betullah. Sibuk sangat ke sampai tak boleh nak layan aku kejap. Huh, benci, benci, benci."

Aku terus menghubungi Nisha. Bukan nak mengadu tapi bosan. Jadinya aku nak ajak dia keluar jalan-jalan. Nak buat macam mana, aku batak kasih sayang Jimin tapi Jimin buat tak layan.

"Nisha, Hello."

"Waalaikumussalam."

Aduh, sentap beb.

"Maaf. Lupa nak bagi salam. Hehe. Jom keluar? Bosanlah. Hari cuti macam ni takkan kau nak 'mereput' dalam bilik je."

"Dalam bilik ada Jhope. Kat luar mana ada. Wifi mak dah on. Malas ah nak keluar. Nak tengok cerita hantu. SOPENAFIK 2."

"Ala.. Takkan aku nak kena keluar seorang diri. Aku perempuan. Bahaya tahu tak?" Aku terus memujuk Nisha.

"Aku tak boleh. Jhope cakap duduk rumah, layan dia. Weh, I Miss him so lot kau tahu? Sejak dah World Tour, sekali pun kami tak pernah keluar date. Kali terakhir aku dapat kiss pun pada tahun 2015." Nisha meneruskan kemerapuannya yang menjijikkan itu.

"Ok Fine!! Aku bagi tahu dekat leader Mon yang kau sanggup abaikan kawan kau demi bapak Aeroplane pt 2 tu!!! Aku bagi tahu Bts yang kau palaukan aku huaaaaaaaa.."

"Ok, ok. Tak payah lah buat-buat menangis. Jijik tahu tak?! Cepat bersiap. Kita naik basikal ronda sekeliling taman. Aku nak pakai sweater yang ada tulis 'JHOPEISMINEYOUBETTERDRINKPOISON' kejap. So bye!"

Marah betul Nisha dekat aku sampai perkataan 'Bye' disebut dengan kuat. Ahh lantaklah! Janji dia dah setuju.

Skip

"Berapa jam kau nak lepak sini, Mimi?" Tanya Nisha sambil mengayuh basikal warna pink.

"Sejam je. Lepas tu kita baliklah."

"Baguslah. Aku tak kuat kalau lama-lama pisah dengan Jhope."

Sampai hati kau, Nisha. Jhope memang lagi penting dari aku kan? Yalah, yalah. Kalau Jhope minta tolong, senang-senang je kau bagi. Dia baru cakap suruh stream video Fake Love sekali, kau tengok sampai ke dalam jamban. Siap kejar budak-budak tadika lagi, paksa dorang tengok bts . Kalau tak tengok, kau ugut nak botakkan dorang. Tapi bila aku minta nak topup seringgit. Kau hanya tulis 'TOPUP RM1' atas sticker note lepas tu blah.

Ini ke kawan?

"Mengutuk aku ke?" Tegur Nisha. Mana dia tahu aku kutuk dia dalam hati? Bahaya betul minah ni.

"Mana ada. Kau dengan Jimin sama je kan? Dua-dua nak palau aku." Aku tarik muka. Merajuk lah apa lagi.

"Alololo.. Merajuk pula dia. Meh, unnie belanja ais krim. Nak?" Nisha cuit-cuit pipi aku.

"Aku lahir lagi awal daripada kaulah, Nisha." Aku menjeling.

"Ok. Nak ais krim apa? Cakap cepat. Aku nak pergi beli."

"Tak nak ais krim. Aku nak biskut."

"Apa Kook?" Soal Nisha.

"Biskut."

"Apa Kook?"

"Biskut~~~"

"Apa Kook?!"

"JEON JUNG KOOK!!!"

"Ok. Bye."

Bongok lah Nisha. Nak buat macam iklan raya pula dekat sinilah. Iklan yang ada sebut pasal burung Murai. Kalau-kalau korang ingat lagilah. Sekarang iklan tu dah basi. Iklan zaman sekarang bunyinya macam ni:

Beli Qu Puteh percuma Suga. Ha mari mari beli. Tak nak beli ha sila mati.

Aku melilau di sekitar kawasan taman. Nisha kalau dah ke kedai memang lambatlah jawabnya. Nisha cakap sambil membeli sambil skodeng anak teruna tuan kedai. Hadoi... Perempuan zaman sekarang memang tak pernah cukup kan? Dah ada tujuh suami tapi masih gatal  lagi nak cari lain.

"Baik aku rehat bawah pokok. Penatlah pula."

Aku turun dari basikal dan bersandar di atas bangku di bawah pokok di atas tanah di depan basikal di tepi tasik di sudut tepi tiang lampu dan di barat jalan keluar.

Ketika sedang sibuk mengelap peluh, aku ternampak satu adegan yang membuat jantung ku hampir meletup.

Aku nampak Jimin.

Dia tengah duduk berdua-duaan dengan perempuan di tepi tasik.
Aku tak nampak muka perempuan tu .

Jimin curang? Takkanlah. Aku tak percaya.

Fgfggfsdgghjjddfghh

Aku nampak Jimin lap wajah budak tu. Lepas tu dia lipat tudung perempuan tu. Bukan macam lipat kain tapi lipat dekat bahagian bawah pipi budak tu. Pandai-pandailah bayang sendiri. Lepas tu mereka berdua tergelak aku pula nak terberak.

Arghhhhhhh apakah semua ini.

Mereka berdua berdiri. Aku nampak Jimin letak tangan atas bahu budak perempuan tadi sambil tunduk tengok muka budak tu. Dia punya jarak dengan muka budak perempuan tu dah macam nak bercium. Lepas tu mereka terus berjalan pulang.

Aku betul-betul rasa nak menangis. Tadi dia kata sibuk tapi macam ni ke sibuk. Kalau macam ini dikatakan sibuk, aku sanggup panjat rumah Bts lepas tu serang sorang-sorang yang berani sebut perkataan 'Sibuk.'

Aku terus lari balik rumah sambil menangis. Nisha? Ahh lantak dia!

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now