1

22.8K 500 42
                                    

MELIHAT Tok Pah bersama Encik Nasir dan Puan Rahmah menaiki kereta pergi ke tanah perkuburan, Taufiq cepat-cepat masuk ke dalam bilik kakaknya, Hanna tanpa mengetuk pintu dahulu.

"Kak, aku ada benda nak beritahu kau ni." Taufiq tarik kerusi dan duduk di kerusi menghadap Hanna yang tengah berbaring membaca novel.

"Benda apa?"

"Pasal kau dengan Abang Hanif."

Hanna bangun dari pembaringan dan meletakkan novelnya di sebelah. Kalau sebut nama Abang Hanif, automatik dia rasa bersemangat. Dia memang rapat dengan Abang Hanif. Segala rahsia mengenai Abang Hanif, dia tahu kerana sejak dari kecil mereka membesar bersama-sama.

Tetapi apabila mereka mula jadi orang dewasa, keakraban antara mereka itu perlahan-lahan menjadi renggang. Hanna cuba menjadi rapat semula dengan Hanif namun timbul kejanggalan yang sukar untuk Hanna memperbaiki semula hubungan mereka. Akhirnya Hanif dengan Hanna tidak seperti dahulu. Jumpa saja, bertegur sapa dan tidak berbual dengan rancak.

"Hah kenapa? Abang Hanif ada masalah ke?" soalnya.

"Tok Pah nak kau kahwin dengan Abang Hanif."

"Cuba ulang semula apa kau cakap tu."

"Hesy kau ni kan, telinga pekak betul. Tok Pah nak kau kahwin dengan Abang Hanif!" ulang Taufiq membuatkan Hanna menyeringai terkejut. Suara terkejutnya itu bergema seluruh ruang rumah papan Tok Pah. Nasib baik tiada ahli keluarga yang lain. Semuanya pergi ke tanah perkuburan melawat pusara arwah Tok Mat. Tinggal Hanna dengan Taufiq di rumah memandangkan dua adik-beradik itu sudah pergi ke tanah perkuburan awal pagi tadi.

Taufiq secara tidak sengaja terdengar perbualan antara Tok Pah dengan ayahnya, Encik Nasir. Dalam perbualan itu, Tok Pah ingin Encik Nasir menjodohkan Hanna dengan Hanif atau lebih tepat lagi, kahwinkan Hanna dengan Hanif. Hanif adalah sepupu Taufiq dan Hanna serta cucu Tok Pah dari anak pertama Tok Pah iaitu, Pak Long Hassan.

"Kau jangan tipu, Fiq." Hanna tidak percaya.

"Aku tak tipulah. Aku sendiri dengar Tok Pah bercakap dengan ayah tadi."

"Tok Pah ni biar betul. Takkanlah nak suruh aku kahwin dengan sepupu sendiri kut." Hanna mula rungsing. Dia tak mahu berkahwin dengan Hanif, lelaki yang dia anggap sebagai abang sendiri itu. Hanna tidak suka mencari suami dalam keluarga sendiri termasuk Hanif. Memang dia tiada perasaan cinta atau suka lebih dari seorang abang pada Hanif itu.

"Sepupu sah kahwin tau."

"Tahulah tapi prinsip aku kalau nak cari suami, bukan dari keluarga iaitu sepupu ke, dua pupu ke, tiga pupu atau banyak pupu ke. A big no!"

"A big no konon. Kau bukan tak tahu Tok Pah tu macam mana. Kau beritahulah yang kau tak nak kahwin, Tok Pah tetap paksa kau kahwin juga." Tok Pah, apa-apa sahaja arahan yang keluar dari wanita berusia 70 tahun itu haruslah dipatuhi dan diikuti tanpa bantahan.

"Kenapa Abang Hanif? Kenapa bukan orang lain?" soal Hanna. Kenapa bukan jiran sebelah rumah ke atau jiran kampung sebelah ke? Kenapa dengan sepupu sendiri? Apa Tok Pah tengah fikirkan ni?

"Entah. Mungkin Tok Pah tak nak orang luar masuk dalam keluarga kita kut." Kata ayahnya, Tok Pah tidak begitu suka dengan kehadiran orang luar yang menjadi ahli keluarga mereka. Contohnya, perkahwinan anak-anak Pak Long Hassan dan Pak Ngah Kamil dengan orang luar menyebabkan Tok Pah marah berbulan-bulan lamanya. Sehingga sekarang Tok Pah masih mengungkit.

"Patut tak aku lari dari rumah supaya aku tak jadi kahwin dengan Abang Hanif?" cadang Hanna. Sekadar cadangan sahaja. Bukan nak buat betul pun. Lari diri dari rumah supaya tak berkahwin dengan pilihan Tok Pah. Tetapi itu adalah perkara bodoh yang boleh menjatuhkan maruah keluarga.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now