JEFRI dan Hanna menziarahi Mak Senah. Sakit Mak Senah sudah beransur pulih. Doktor pesan Mak Senah jangan banyak bergerak.
"Mak Senah rindu Pak Mail lah tu sampai tergolek jatuh." Ujar Jefri.
"Rindu sampai terlupa kaki ada jejak tangga. Tergolek teruslah. Mujurlah tak bergegar kampung kita ni dek kejatuhan Mak Senah kat dapur ni." Mak Senah ketawa.
"Eish, Mak Senah ni. Sakit tu jatuh." Tiba-tiba bontotnya rasa ngilu.
"Tak apalah, Jefri. Nak buat macam mana. Benda dah nak jadi."
Jefri sengih. Matanya meliar mencari Airin. Airin tiada di rumah Mak Senah. Entah kenapa minah tu pergi.
"Mak Senah tak dengar apa-apa ke semalam?" tanya Jefri. Hanna disebelah pasang telinga.
"Dengar apa?" tanya Mak Senah.
"Semalam kan Haqeem ada kat rumah ni. Mak Senah tak ada ke dengar Haqeem dengan Airin bergaduh ke?" Jefri rasa mereka berdua bergaduh. Jumpa saja, terus bergaduh.
"Tak dengarlah pula Mak Senah dengar apa-apa semalam. Rasa macam tak ada bergaduh."
"Alhamdulilah. Tak lama lagi Mak Senah terima menantulah jawabnya."
Terkebil-kebil Mak Senah memandang Jefri.
"Airin dengan Haqeem bercinta ke?" Mak Senah tak faham.
"Lah, Mak Senah tak tahu ke?"
"Manalah Mak Senah tahu. Airin jarang balik kat sini."
Jefri duduk merapati Mak Senah. Gayanya seperti mak cik bawang nak sampaikan gosip.
"Anak dara Mak Senah tu sukakan Haqeem tapi buat jual mahal pula. Haqeem pula tergila-gila sangat-sangatlah dekat Airin tu sampai sanggup ketepikan ego lelaki dia tu sebab nak jadikan Airin sebagai isteri. Haqeem cuba lepas tu cuba dan hampir nak mengalah tau. Anak Mak Senah tu degil. Sama degil dengan Mak Senah tau."
Mak Senah tepuk papan. Terkejut Jefri dan Hanna.
"Aduh, Mak Senah ni. Terkejut saya ha." Jefri urut dadanya. Mujur tak ada penyakit jantung. Hanna sudah tergelak.
"Lepas tu, apa jadi?" Mak Senah menyuruh Jefri menyambung.
"Degil Airin tak payah nak cakaplah, Mak Senah. Saya dengan Hanna puas pujuk dah. Sakit kepala nak satukan mereka berdua tu. Apa yang saya boleh harapkan, Haqeem berjayalah buat Airin terima Haqeem. Kesian saya tengok Haqeem tu."
"Rumit juga ya? Airin tu sepatutnya bersyukur Haqeem yang kacak nak dekat dia. Kalau Mak Senah ni janda, Mak Senah rela rampas Haqeem tu."
"Amboi Mak Senah, gatal rupanya."
"Tak gatal apanya, Haqeem tu memang kacak. Airin pula cantik orangnya. Sama padan kalau disatukan."
"Itulah. Hm, kita berdoa ajelah mereka berdua bersatu."
"Mak Senah, abang... Mereka berdua tu penuh dengan ego. Masing-masing tak nak mengalah. Ada aje benda nak digaduhkan." Celah Hanna.
"Macam kita dulukan sayang?" Jefri kenyit mata.
Hanna menepuk peha Jefri. Jefri mengaduh kesakitan. Mak Senah geleng kepala melihat Hanna dan jefri.
Bunyi kereta kedengaran di luar rumah.
Hanna, Jefri dan Mak Senah menjenguk ke luar.
"Siapa yang datang tu?" tanya Jefri setelah melihat kereta Proton Saga Wira berwarna merah di hadapan rumah Mak Senah.
Mak Senah mengecilkan mata melihat plat kereta.
"Itu macam kereta Linda, anak saudara Mak Senah ni." Mak Senah cam kereta itu. Itu Linda dan Kamal, anak saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...