KECOH satu rumah apabila Hanna menerima mesej daripada Jaslina. Jefri juga menerima mesej dari Jaslina. Mereka berdua menghubungi Jaslina beberapa kali tetapi tidak diangkat. Semua pakaian Jaslina sudah tiada. Sahihlah Jaslina sudah meninggalkan rumah entah masa bila. Sedar-sedar sahaja mereka berdua menerima mesej dari Jaslina melalui aplikasi WhatsApp.
Rungsing Jefri dan Hanna memikirkan keberadaan Jaslina kerana Jaslina pergi seorang diri tanpa berteman namun Jefri tidak perlu risau kerana sejak dari dahulu lagi Jaslina sudah pandai berdikari. Ke mana sahaja Jaslina pergi, doanya untuk keselamatan Jaslina sentiasa dia titipkan.
"Kenapa Jas pergi, bang?" soal Hanna pada Jefri. Dia duduk di sofa. Kepalanya berdenyut pening sejak dari tadi. Sudah telan panadol tetapi masih lagi pening.
Jefri garu kepala. Dia memandang pada Puan Naurah. Serba salah hendak memberitahu tujuan sebenar Jaslina pergi. Jaslina pergi kerana ia mempunyai kaitan dengan diri Jaslina.
"Abang," panggil Hanna setelah Jefri diam.
"Hm, abang tak tahulah Hanna kenapa. Mungkin Jas nak cari pekerjaan kat luar dan tak nak susahkan kita." Jefri mencipta alasan mengapa Jaslina pergi.
"Betul ke?" Hanna tak percaya.
"Jefri, beritahu aje perkara sebenar pada Hanna." Puan Naurah bersuara. Usah simpan lagi rahsia. Hanna perlu tahu akan kebenarannya.
"Tapi ibu," Jefri serba salah. Menceritakan hal sebenar umpama menceritakan sesuatu yang buruk tentang diri Jaslina. Jefri tidak mahu nama Jaslina dipandang rendah dek masa lalu yang melibatkan urusan diri Jaslina.
"Sampai bila nak merahsiakannya. Lambat-laun akan tahu juga."
Hanna pandang suaminya. Rahsia apa yang suami dan ibunya tahu?
"Hanna, abang nak beritahu Hanna sesuatu. Sesuatu yang ada kaitan dengan Jaslina dan ia melibatkan siapa Jaslina pada masa lalu. Ia juga menjadi punca mengapa Jaslina pergi dari kita."
"Apa dia, abang?" Hanna pandang Jefri. Menanti suaminya memberitahu sesuatu.
Jefri membuka cerita. Dia menceritakan segala-galanya pada Hanna tentang siapa Jaslina sebenarnya dan apa pekerjaan terdahulu Jaslina. Sebab mengapa Jaslina pergi, ada kaitan dengan masa lalunya. Jaslina mahu mencari keampunan dari Yang Maha Esa. Sebab itulah Jaslina tidak rasa selesa berada dengan mereka semua.
"Hanna tak pandang siapa dia pada masa dahulu. Hanna dah anggap dia macam kakak Hanna sendiri." Jaslina tua dua tahun darinya. Ketika berada dekat dengan Jaslina, dia dapat merasai aura Jaslina sebagai seorang kakak.
"Tapi dia tidak anggap begitu. Dia mempunyai pemikiran yang berbeza dari kita." Jaslina yang suka bergerak bersendirian dan tidak mahu menyusahkan orang lain.
"Abang tahu mana dia pergi?"
"Jas tak beritahu."
"Walau dimana Jas pergi, Hanna doakan Jas dapat apa yang dia inginkan."
Jefri senyum. Dia juga berharap begitu.
Puan Rahmah dan Encik Nasir baru pulang dari kebun. Mereka membawa setandan pisang dibawa balik. Malam ini Puan Rahmah mahu membuat pisang goreng untuk mereka sekeluarga.
"Mana Jas?" soal Encik Nasir. Dari pagi tadi dia tidak nampak Jaslina.
"Dia dah pergi, ayah." beritahu Hanna.
"Hah, bila dia pergi?" Encik Nasir terkejut. Terus dia pandang anak sulungnya.
"Pagi tadi."
"Tak sempat ayah nak kenal dengan lebih rapat dengan dia." ujar Encik Nasir. Berada dekat dengan Jaslina seperti ada pertalian dengan anak dara itu dan ia mengingatkan Encik Nasir akan seseorang yang telah lama dia tinggalkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/158246602-288-k473046.jpg)
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...