15

7.7K 257 13
                                    

           

TIDUR Tan Sri Halim terganggu dek mimpi yang sering menganggu tidurnya sejak sepuluh tahun yang lalu. Dalam mimpi itu, ada api sedang marak membakar keseluruhan gudang lama. Terdengar jeritan seorang perempuan yang meronta-ronta untuk melepaskan diri dari gudang yang terbakar itu. Jeritan seorang perempuan dan kebakaran itu berselang-seli membuatkan Tan Sri Halim rasa panas dan berpeluh setiap malam walaupun biliknya mempunyai aircond yang dipasang setiap hari. Kerana itulah, tidur Tan Sri Halim asyik terganggu.

Pelbagai cara sudah Tan Sri Halim lakukan bagi membolehkan dia dapat tidur dengan lena, tetapi tidak berjaya. Dari cara alternatif, bomoh, perubatan moden dan perubatan islam... semuanya tidak jadi. Mimpi itu menyerangnya juga.

Tan Sri Halim bangun dari pembaringan.

Perempuan itu sudah mati. Sudah dia hancurkan semua bukti yang ada. Tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini dia mula rasa tidak senang? Dan ia lebih teruk dari sebelum ini? Apakah dosa yang dia cipta sepuluh tahun yang lalu mahukan dia mengaku salah di depan semua orang akan kesalahan yang telah dia buat dahulu?

Tidak.

Dia tidak boleh mengaku salah. Perempuan itu mustahil dapat hidup semula. Dia sudah hancur berkecai dan menjadi abu dalam kebakaran itu. Gudang itu juga telah hangus terbakar. Apa lagi yang mahu memaksa dia mengaku salah jika tiada bukti yang boleh mengaitkan dia dengan pembunuhan itu?

Tetapi...

Puan Naurah, isteri Tengku Jaafar.

Mengapa wajah Puan Naurah itu mengingatkan dia pada perempuan itu? Saat dia pandang wajah Puan Naurah, dengan serta merta wajah perempuan yang dia bunuh dulu kembali menganggunya. Tan Sri Halim mengesyaki Puan Naurah ada hubungan dengan perempuan itu kerana wajah mereka itu hampir sama. Mesti Puan Naurah itu adik atau kakak kepada perempuan dan dia mahu membalas dendam bagi pihak perempuan itu.

Tan Sri Halim ketap bibir.

Jika dendam mahu dibalas, dia yang akan masuk penjara. Habis semua empayar perniagaannya ditutup dek kesilapan lalunya. Dia tidak boleh membiarkan itu semua terjadi. Rahsia dia simpan dan pembunuhan yang dia lakukan harus disimpan dengan rapi supaya dia boleh hidup tanpa mengingati peristiwa lalu itu.

Dia turun dari katil menuju ke arah almari.

Tan Sri Halim menarik pintu almari dan mengambil sepasang baju. Dia menukar pakaian tidurnya kepada baju t-shirt dan seluar jeansnya. Lagaknya seperti orang muda apabila mengenakan pakaian orang muda. Dia pandang pada sekujur tubuh yang sedang lena tidur itu. Bibirnya mengukir senyuman. Malam ini giliran isteri keduanya, Melisa. Melisa merupakan bekas setiausahanya yang dinikahinya pada dua tahun yang lalu. Melisa yang masih muda dan bergetah menarik perhatian Tan Sri Halim. Perkahwinan keduanya ini tidak diketahui isteri pertama dan anak-anaknya. Lagipun Melisa ini kekasih Raqeem, anak sulungnya.

"Abang nak pergi mana tu?" Melisa terjaga. Dia bangun apabila melihat Tan Sri Halim seperti hendak keluar.

"Abang nak keluar sekejap."

Melisa tengok jam.

"Dah lewat ni, abang."

"Sekejap aje abang pergi."

"Abang jangan lupa balik sini tau. Jangan balik rumah bini pertama abang tu."

"Yalah." Buat apa dia mahu balik ke rumah itu jika isteri pertamanya tidak pandai melayannya lagi. Lebih baik duduk di rumah isteri nombor dua yang pandai melayan ini.

Tan Sri Halim memandu kereta menuju ke kelab malam yang menjadi tempat persinggahannya sejak dari zaman muda lagi. Kelab malam milik David menjadi tempat melepaskan tekanan kerja.

TUAN JEFRITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang