26

5.4K 184 3
                                    

HANNA memulakan tugasnya sebagai setiausaha kepada Tuan Jefri. Sudah berbulan-bulan lamanya dia tidak bekerja dan akhirnya dia kembali ke posisi lamanya sebagai setiausaha CEO syarikat yang sama. Jefri sudah pesan yang mereka berdua mesti menjaga rahsia hubungan mereka sebenarnya. Jefri akan menjadi Tuan Jefri yang garang seperti di Keris Corperation. Ini adalah untuk mengelakkan orang mengesan rahsia yang mereka simpan ini.

Kini sudah dua minggu Hanna bekerja di syarikat berprestij tinggi ini.

Di TJ Holding, Hanna berkenalan dengan Kak Lia, pekerja yang berusia 45 tahun yang sudah 20 tahun berkhidmat untuk syarikat ini. Orangnya sopan santun dan amat baik. Hanna menjadi kawan Lia dan Hanna sebenarnya mempunyai masalah dengan staf lain yang memandangnya seperti tidak puas hati. Huh, sabar ajelah Hanna.

Namun Hanna terpaksa menahan kesakitan di hati yang mula membengkak kerana Tengku Adurah sebagai naib pengerusi juga satu syarikat dengan Jefri dan menjadi tunang kepada Jefri. Bawa bersabar Hanna. Jefri hanya berpura-pura sahaja bertunang dengan Tengku Adurah itu. Lagipun, Jefri hanya setia dengan Hanna aje.

Hanna membetulkan cermin mata bulat yang tidak mempunyai power itu. Jefri yang menyuruhnya memakai cermin mata bulat itu demi mengelakkan Tan Sri Halim melihat wajahnya yang mirip dengan arwah Suraya. Sudahlah Hanna bertudung bawal, pakai pula cermin mata bulat ini semakin membulat wajahnya. Namun Hanna rasa pelik. Sebelum ini Tan Sri Halim sudah beberap kali bertemu dengannya, kenapa masa itu Tan Sri Halim tidak perasan? Mungkin ketika itu, Tan Sri Halim jarang berada di syarikat dan dia pula suka mengenakan make-up tebal. Hanna perlu berhati-hati dan memastikan penyamarannya kali ini tidak dikesan oleh Tan Sri Halim.

"Hanna, masuk bilik saya sekarang." arah Jefri melalui interkom.

Hanna mengambil buku nota dan pen.

"Pergi mana tu, Hanna?" tegur Kak Lia yang lalu di depan meja Hanna.

"Tuan Jefri panggil."

"Nanti lunch, kita lunch sekali eh."

"Okey, Kak Lia."

Kak Lia pergi. Hanna masuk ke dalam pejabat Jefri.

"Ya, Tuan Jefri. Ada apa?"

Jefri bangun dan mengunci pintu. Dia kemudian memeluk Hanna dengan erat.

"Kalaulah kita tak perlu buat macam nikan, hari-hari abang nak peluk Hanna tanpa perlu kunci pintu. Biar semua orang nampak betapa dalamnya cinta abang dekat Hanna."

Hanna menolak tubuh Jefri.

"Syhhh, abang jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar."

"Bukan kuat pun. Tapi kalau abang buat macam ni," Jefri mencium dahi Hanna. "Tak berbunyi kan?"

Hanna senyum.

"Nanti dekat rumah, abang boleh peluk Hanna puas-puas tanpa gangguan."

"Hm, masih ada gangguan."

"Gangguan apa?"

"Jazli dan Mak Teh tu."

"Alah, mereka bukan skondeng pun."

"Memang tak skondeng tapi abang malu kalau mereka berdua tiba-tiba menyerbu time kita berpeluk. Nanti apa mereka fikirkan. Kita berpeluk aje pun. Bukan buat benda lain."

Hanna ketawa kecil.

"Kita boleh kunci pintukan?"

Terangkat kening Jefri.

"Sayang fikir kuning ke?"

Hanna cubit pipi Jefri.

"Eeee, tak kuasalah nak fikir kuning. Orang fikir positif aje tau."

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now