5

10.4K 347 11
                                        

Part ni bagi saya amat panjang dan saya mengambil masa dua hari untuk siapkannya sebab saya tetiba aje blank untuk menyiapkan jalan ceritanya. Harap korang tidak pening membacanya. Now tengah siapkan bab 6. Apapun, Selamat Hari AidilAdha.

MAJLIS makan malam yang dianjurkan oleh Tengku Jaafar berlangsung dengan meriah. Kehadiran VIP dan VVIP memenuhi dewan hotel milik Tengku Jaafar. Tujuan Tengku Jaafar menganjurkan majlis makan malam dengan menjemput ahli perniagaan dalam industri pembinaan ini kerana dia mahu berkongsi pandangan dan mahu melahirkan persaingan sihat antara mereka semua.

Tengku Jaafar melayani tetamu yang hadir. Dia sangat berpuas hati dengan kehadiran tetamu. Ini bermakna apa yang dia rancangkan menjadi. Selepas ini, bolehlah dia menggunakan perdekatan ini untuk industri yang sedang berkembang maju ini.

Persaingan dalam bisnes itu ada dan tidak pernah tidak ada kerana masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Persaingan ini juga mempunyai musuh dan dia mempunyai musuh dari belakang mahpun depan.

Tan Sri Halim bersama isterinya, Puan Sri Aisyah serta anak lelaki keduanya, Haqeem tiba di majlis.

"I tercari-cari CEO you, Tan Sri. Mana dia?" tanya Tengku Jaafar.

Dari tadi Tengku Jaafar mencari kelibat CEO berkaliber itu. CEO berkaliber yang dimaksudkannya ialah Jefri atau Tuan Jefri. Kehebatan Jefri dalam industri pembinaan ini telah menarik perhatian Tengku Jaafar. Anak muda berusia 30 tahun itu juga telah berjaya melintasinya dengan merampas projek besar yang bernilai satu billion ringgit ketika di Australia dua tahun yang lalu. Dia yang mempunyai banyak pengalaman boleh ditewaskan dengan anak muda yang baru setahun jagung dalam industri ini. Kerana itulah, Tengku Jaafar ingin mengenali anak muda itu dengan lebih rapat. Sekadar mahu menjalinkan hubungan kerjasama atau... dia boleh memancing Jefri untuk menyertainya dalam TJ Holding. Mungkin Jefri boleh menjadi CEO baru syarikat kepunyaannya.

"Dia belum sampai lagi, Tengku." ujar Tan Sri Halim. Puas dia menghubungi Jefri. Agaknya, Jefri sengaja tidak mahu menghubunginya kerana protes dengan arahannya. Tan Sri Halim ketap gigi. Ini tidak boleh jadi. Nanti musnah apa yang dia sedang rancangkan.

"Halim, I dengar prestasi syarikat you semakin maju ke hadapan. Pasti Jefri yang membawa syarikat you terus maju. Mungkin syarikat I akan jatuh kedudukannya dan syarikat you menjadi nombor satu dalam industri ini."

Tan Sri Halim senyum.

"Mungkin apa yang Tengku katakan itu menjadi kenyataan." sememang itulah yang dia mahu. Membuat hubungan dengan Tengku Jaafar memudahkan urusannya. Perlahan-lahan dia boleh gunakan peluang itu untuk singkirkan Jefri dari jawatan CEO itu. Semakin lama, semakin dia tidak suka dengan Jefri. Jefri sudah membuat syarikat itu miliknya dan Tan Sri Halim pula tidak mempunyai kuasa untuk digunakan. Perkara itu seperti menidakkan dia sebagai pemilik syarikat itu.

"Ini anak you?" tanya Tengku Jaafar.

"Haqeem." Haqeem menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kerabat diraja ini. Mereka berjabat salam.

"Kacak." Puji Tengku Jaafar.

"Dia mewarisi ketampanan I masa muda dulu." Tan Sri Halim mencelah.

Mereka berdua ketawa. Haqeem hanya senyum saja.

"I dengar berlaku persaingan sengit untuk jadi CEO Keris Corperation antara Haqeem dengan Jefri. Tapi nasib berpihak pada Jefri and you Haqeem, selepas kena tendang dari syarikat bapa you sendiri, you buat apa?"

Kata-kata Tengku Jaafar itu membuatkan hati Haqeem panas seketika. Lelaki di depannya ini tidak pandai mengatur kata-kata yang elok. Dia bukan kena tendang tetapi dia yang membuat keputusan untuk keluar dari syarikat itu.

TUAN JEFRITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang