18

6.8K 278 11
                                    

ESOK paginya, Suraya datang menaiki teksi ke rumah Tuan Jefri. Terkejutnya menerima panggilan telefon daripada Hanna yang menyatakan Tok Pah sedang sakit dan Tuan Jefri pula masih  sakit tidak dapat memandu jauh. Akhirnya Suraya setuju menjadi pemandu Tuan Jefri dan Hanna.

Jefri memerhati gelagat Suraya dengan Hanna di garaj. Mereka berdua sedang memunggah beg pakaian ke dalam kereta. Mata Jefri terpaku pada Suraya. Adiknya itu sudah dewasa. Adakah dia patut memberitahu perkara sebenarnya pada Suraya? Jefri takut Suraya tidak dapat menerima kebenaran kerana apa yang terjadi pada dirinya merupakan kesilapan terbesar yang telah dilakukan oleh arwah ibu mereka. Tetapi ketika itu Suraya sedang sakit.

Satu keluhan terlepas.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk memberitahu perkara sebenar kepada Suraya. Dan bukakanlah pintu hati Suraya menerima kebenaran yang telah disimpan 20 tahun ini.

Jefri, Suraya dan Hanna sampai di rumah Tok Pah. Kepulangan mereka bertiga disambut oleh Encik Nasir yang telah lama menunggu anak dan anak saudaranya pulang. Jefri yang masih bertongkat memeluk Encik Nasir dengan erat. Kebenaran telah terungkai. Tok Pah sedang menanti di dalam bilik untuk bertemu dengan Jefri.

Dalam rumah itu, ada Encik Nasir, Puan Rahmah dan Tok Pah. Puan Rahmah dan Tok Pah berada di dalam bilik. Anak-anak Tok Pah yang lain masih dalam perjalanan pulang.

"Sebelum saya berjumpa dengan Tok Pah, saya ada sesuatu nak beritahu pak lang." Jefri sudah bersedia. Dia perlu memberitahu Suraya perkara yang sebenarnya. Berapa lama lagi dia hendak menyimpan rahsia ini? Selama-lamakah? Tidak, hari ini dia harus memberitahu. Suraya berhak tahu hal sebenarnya.

"Apa dia, Jefri?" tanya Encik Nasir.

Jefri pandang Suraya.

"Suraya." Panggil Jefri.

"Ya, tuan." Sahut Suraya.

"Nama awak Airin Suraya kan?"

"Haah."

"Atau nama penuh awak Airin Suraya Tan binti Alan Tan."

Itu nama penuh Suraya dan nama penuh adik Jefri.

"Kenapa dengan nama saya?" Suraya tidak faham.

"Nama saya Jefri Tan bin Alan Tan. Kalau awak perasan, nama ayah kita sama."

Suraya masih tidak faham.

Jefri mendekati Suraya.

"Awak tahu Pak Mail dan Mak Senah bukan ibu bapa kandung awak dan awak semestinya nak tahu siapa diri awak serta siapa ibu bapa awak." Jefri sudah berjumpa dengan Pak Mail dan Mak Senah. Pasangan suami isteri itu tidak tegar memberitahu siapa sebenarnya Suraya. Suraya sepatutnya dipanggil Airin tetapi Pak Mail mahu memanggil Airin, Suraya kerana Suraya ibu Airin dan Jefri telah memberikan sinar cahaya dalam keluarganya.

"Dah banyak kali saya tanya abah dan mak tapi mereka tak nak beritahu saya." Suraya amat kesal dengan jawapan yang diberikan oleh ibu bapa angkat kepadanya setiap kali dia bertanyakan asal-usulnya. Kata mereka, dia tidak patut tahu siapakah dirinya sebenarnya.

"Sebab mereka tak nak awak membenci saya dan ibu kandung awak."

"Maksud tuan apa?" Suraya tidak faham.

"Saya abang kandung awak. Tok Pah itu nenek kandung awak."

Suraya terkejut.

Hanna dan Encik Nasir turut terkejut dengan perdedahan Jefri.

"Tuan mesti bohongkan? Mustahillah tuan abang kandung saya." Suraya tidak percaya.

"Jefri tak berbohong. Su memang adik Jefri dan cucu Tok Pah." Pak Mail muncul bersama Mak Senah. Pasangan suami isteri itu diminta datang oleh Jefri untuk mendedahkan kebenaran.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now