34

4K 165 1
                                    

LAMA Jaslina termenung di atas pangkin hadapan rumah. Dia memikirkan hala tuju hidupnya selepas ini. Dia berkira-kira mahu meninggalkan rumah ini esok hari. Sudah tidak perlu lagi dia berada di rumah ini. Namun dia dimaklumkan oleh Jefri yang Tan Sri Halim terlepas. Jaslina ketap bibir. Pasti pembunuh itu mahu mencari dia dan yang lain-lain kerana Jefri sudah mendedahkan dirinya. Jaslina perlu berhati-hati ketika berada di luar dan niat untuk pergi dari rumah ini perlu diteruskan. Jangan ditangguhkan. Jika lama-lama berada dalam rumah, rahsia terbesarnya akan terbongkar. Lagipun Danny sudah tahu keberadaannya.

Danny. Jaslina tidak tahu berapa kali hendak beritahu Danny akan alasannya yang tidak bermahu bersamanya. Sudah dijelaskan tetapi lelaki itu tetap berdegil. Sejak dari kecil sehingga dewasa, degil seorang Danny tidak pernah berubah. Bibir Jaslina menggulum senyuman. Degil itulah yang membuatkan dia tidak pernah rasa sunyi. Namun Jaslina harus menafikan segala bentuk cinta yang hadir.

Dia dan Danny tidak mempunyai dunia yang sama.

Dunia mereka sungguh berbeza sekali.

Danny punya dunia yang luas. Manakala dia, punya dunia yang sempit dan dipenuhi dengan pelbagai masalah. Dia tidak mahu menyusahkan Danny. Cukuplah dengan apa yang Danny rasai setelah kehilangan David dahulu, dia tidak mahu tambahkan lagi derita Danny.

Dan...

Dirinya juga sangat jijik. Dia tidak mahu Danny menyentuh dirinya yang terlalu kotor dengan dosa lalu ini. Sungguh dia tidak mahu menerima sentuhan itu. Dia ini sampah, Danny itu ibarat lelaki yang suci tanpa dosa sepertinya yang sudah tidak suci lagi.

Kebahagian mereka jika mereka bersama tidak akan kekal. Pasti akan ada masalah ditengahnya nanti. Dia sangat yakin dan dia malas hendak yakin yang mereka akan bahagia jika sudah berkahwin nanti. Bahagia yang mereka ingin nanti, bukanlah bahagia yang kekal. Ia sementara.

Sebab itulah, dia menolak untuk berjodohan dengan Danny selain mahu mencari keampunan dari Allah SWT.

"Jas, mari makan." Laung Puan Rahmah dari jendela.

Jaslina senyum pada Puan Rahmah.

"Kejap lagi Jas naik."

Sejak tinggal disini, dia dilayan dengan baik. Puan Rahmah sentiasa anggap dia anak perempuan malah Encik Nasir juga begitu. Hati Jaslina sentiasa bimbang seandainya kebenaran diketahui kelak. Ia sangat pahit untuk diketahui. Dosa lepas sentiasa menghantuinya. Dirinya selalu mahu mencari keampunan.

Semalam dia mengikuti Hanna dan emaknya serta Encik Nasir pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Kebetulan selepas solat, ada ceramah agama mengenai taubat. Hati Jaslina tersentuh dengan ceramah itu kerana ia berkait rapat dengan kehidupan lalunya.

"Maksud taubat ialah rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut. Itulah rukun taubat. Rasa bersalah. Minta ampun. Dan berazam tidak mahu mengulangi dosa.

Tetapi sejauh manakah keikhlasan dalam bertaubat? Boleh je kita doa:

Ya Allah , aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tidak lagi mengulangi dosa aku, Ya Allah.

Namun, hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar ucapan yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. Keikhlasan dalam bertaubat hanya diketahui oleh Allah dan diri kita sendiri. Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita.

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal itu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya upaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah di TAUBAT NASUHA.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now