29

4.4K 172 2
                                    

"TAN SRI, ada orang bagi kotak ini kepada Tan Sri." Suara Mak Enom kedengaran di luar bilik kerja Tan Sri Halim. Tan Sri Halim membuka pintu. Dia mengambil kotak yang dihulurkan oleh Mak Enom.

"Siapa yang bagi?"

"Ada pemuda kasi dekat Mak Enom tadi. Katanya untuk Tan Sri."

"Hm, tak apalah."

Tan Sri Halim tutup pintu.

Kotak yang diterimanya dibuka. Matanya terbeliak melihat berpuluh-puluh kepingan gambarnya bersama Melisa dan juga Jaslina. Tetapi gambar Jaslina yang banyak. Gambar dia sedang bermesra dengan Jaslina! Ini pasti kerja Jaslina yang hantar gambar ini. Apa motif Jaslina hah?

Telefon Tan Sri Halim berdering. Segera dia angkat panggilan itu tanpa melihat nama di skrin.

"Hello!" kasar suara Tan Sri Halim.

"Hai, sayang." suara perempuan manja kedengaran.

"Siapa ni?" soal Tan Sri Halim. Macam kenal aje suara ini.

"Gambar yang aku hantar tu dah sampai?" suara lembut Jaslina menampar telinga Tan Sri Hali,

"Jaslina!" marah Tan Sri Halim taktala mengetahui Jaslina pengirim gambar yang diterimanya. Sudah dia agak Jaslina orangnya. Dasar pelacur tak sedar diri!

Jaslina ketawa.

"Kenapa sayang? Tak suka ke dengan gambar kita tu? Ke you suka bergambar dengan Melisa aje?"

Tan Sri Halim ketap bibir. Macam mana Jaslina tahu pasal Melisa? Siap ada gambar bagai ni.

"Sayang, kenapa diam?" tanya Jaslina.

"Macam mana kau tahu pasal Melisa?" soal Tan Sri Halim.

"Aku ada mata-mata yang sentiasa memerhati kau, Halim. Tapi tak sangkalah kau berkahwin dengan kekasih anak kau sendiri. Kesian Raqeem dan apa agaknya yang akan dia lakukan dekat kau jika dia tahu kekasihnya adalah ibu tirinya?"

"Kau jangan pecahkan rahsia ni, Jaslina!" Tan Sri Halim mula mengigil ketakutan. Bukan kerana dia takut Raqeem tahu tetapi rahsia ini akan menggoyahkan kerjayanya sebagai ahli perniagaan terkenal dan disegani orang. Susah payah dia menjadi orang terhormat dan bersikap baik di depan semua orang. Nanti rosak semuanya jika rahsia ini terbongkar.

Jaslina ketawa. Sungguh lawak orang tua yang miang ini. Tak cukup dengan seorang perempuan, dicari pula perempuan lain untuk melepaskan nafsu.

Melisa?

Siapa tidak kenal dengan model terkenal itu. Dan... Melisa itu kawan Jaslina ketika kecil. Mereka berdua membesar bersama-sama. Keadaan Melisa baik apabila ibunya dapat keluar dari kancah pelacuran dan mereka berdua tidak lagi bertemu selepas itu. Agaknya Melisa sudah melupakan Jaslina dan pasti Melisa takkan mengaku Jaslina kawan baiknya sejak dari kecil kerana Jaslina seorang pelacur. Cuma Jaslina tidak menyangka Melisa isteri kepada Tan Sri Halim, pembunuh ibunya

"Aku takkan pecahkan rahsia ni kalau kau mengaku kau bunuh mak aku."

Giliran Tan Sri Halim pula ketawa.

"Kau hantar gambar ni sebab nak ugut aku? Maaf, Jaslina. Aku tak termakan ugutan kau tu. Kau buatlah apa sahaja untuk paksa aku mengaku semua tu, ia takkan terjadilah."

"Kita tengok nanti, Halim. Ugutan aku ni mungkin pada kau biasa aje tetapi akan ada ugutan lagi hebat dari ini sampai kau jatuh tersungkur dan mengaku atas segala perbuatan kau."

"Oh, yeke? Apa ugutan tu ya? Jaslina, buang masa aje kau buat semua ni. Kau nak sabitkan aku atas kesalahan lepas memang takkan berjaya. Polis takkan mempercayai pelacur busuk macam kau ni. Kes tu dah lama berlaku dan sudah pun ditutup. Nak buka semula kes, memang buang masa aje." Tan Sri Halim yakin yang kes lama itu tidak akan dibuka semula. Jaslina hanya bermimpi sahaja mahu mengheret dia ke muka pengadilan.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now