PAGI yang hening. Ayam berkokok menyuruh penghuni rumah pusaka itu bangun dan solat Subuh jemaah. Usai solat, ada yang menyambung tidur dan ada yang melakukan kerja. Haqeem pula duduk berteleku di birai katil bersama senaskah alquran yang baru selesai dia baca seusai solat subuh. Dia tidak menyertai ahli keluarga yang lain solat berjemaah.Songkok ditanggalkan dan diletakkan di atas katil. Al-quran masih dipegangnya. Al-quran itu dia minta dari ayahnya untuk membaca beberapa surah yang dia fasih. Sudah lama dia tidak mengaji. Kali terakhir dia mengaji ketika dia bersama dengan Puan Sri Aisyah sebelum Puan Sri Aisyah jatuh sakit.
Hatinya berasa tenang.
Jiwanya tidak lagi berkecamuk dan resah.
Otaknya rasa ringan dan tidak lagi berat dengan masalah yang menimpa namun dia tidak boleh melupakan hal utama ini.
Mengheret Tan Sri Halim ke muka pengadilan. Pembunuh itu harus menerima hukuman diatas kesalahan yang telah dia lakukan!
Ibu kandungnya mati ditangan pembunuh itu. Pembunuh itu tidak layak diberikan keampuan di atas dosa yang telah dia ciptakan itu. Haqeem nekad mahu mencari pembunuh itu sehingga ke lubang cacing.
20 tahun lebih dia tinggal bersama pembunuh ibu kandungnya. Langsung dia tidak sedar akan semua ini. Allah mengujinya dengan pelbagai ujian ketika bersama dengan pembunuh ini. Kenapalah dia tidak diberitahu awal akan kenyataan ini? Jika tidak, dia boleh bunuh pembunuh ini dengan tangannya.
"Mama nak Haqeem. Boleh mama ikut Haqeem?"
Tiba-tiba dia teringatkan Puan Sri Aisyah, wanita yang tidak pernah merungut akan kehadirannya ke dalam keluarga Tan Sri Halim. Puan Sri Aisyah adalah wanita yang setia pada suaminya tetapi sayangnya suaminya tidak pernah menghargai dia.
Semalam dia pergi ke hospital, melawat Puan Sri Aisyah di sana. Puan Sri Aisyah dihantar ke wad psikitiari oleh Raqeem sendiri atas alasan Puan Sri Aisyah sudah teruk keadaannya. Haqeem mahu mengeluarkan Puan Sri Aisyah tetapi doktor tidak membenarkan kerana keadaannya benar-benar teruk.
Air mata mengalir. Dikala dia ketandusan kasih sayang seorang, wanita yang bernama Aisyah itu hadir memberikannya kasih yang tidak ternilai harganya. Dan, dia sekarang amat merindui kasih sayang seorang ibu kandung yang tidak mungkin akan kembali padanya. Wanita yang bernama Julia itu tidak akan pernah muncul di hadapannya lagi.
Pintu diketuk membuatkan dia terkejut. Dia kesat air matanya. Haqeem bangun membuka pintu.
"Kau nak join aku bersiar-siar tak?" ajak Jefri di muka pintu merenung mata redup Haqeem.
Hubungan mereka berdua sudah baik tetapi Jefri ada saja benda yang dia tidak puas hati dengan Haqeem sebab sudah begitu lama mereka menjadi musuh. Hendak buang permusuhan itu mungkin masa agak lama lagi-lagi mengetahui Haqeem menyukai dan mencintai adiknya, Airin.
"Tak nak. Aku nak duduk rumah aje." Tolak Haqeem. Tiba-tiba aja Jefri mengajak ni, lain pula rasanya. Tapi dia mahu duduk di rumah saja. Mahu menghirup udara segar di kampung.
"Airin ada dalam rumah ni. Kami semua nak keluar. Kau jangan buat benda tak senonoh dekat adik aku pula. Kalau tak, aku humban kau dalam sungai dalam kat kampung ni." Jefri memberi amaran. Biarpun dia merestui hubungan Haqeem dengan Airin, dia tak halalkan perbuatan tak senonoh Haqeem jika Haqeem bertindak diluar jangkaan terhadap satu-satunya adik perempuannya itu.
Haqeem kerut dahi.
"Dah tu, bawalah dia sekali kalau kau risau sangat."
"Dia tengah tidur. Aku malas nak ganggu dia. Okey. Ingat kata-kata aku tu." Jefri beredar.

YOU ARE READING
TUAN JEFRI
Любовные романыHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...