33

3.9K 166 2
                                    

INSPEKTOR RAZLAN bersama dua buah kereta polis sampai di perkarangan rumah agam milik Tan Sri Halim. Sudah tiba harinya untuk menahan pembunuh yang berjaya berleluasa selama sepuluh tahun. Segala bukti yang dia dan Jefri selama sepuluh tahun ini sudah cukup. Bukan dakwaan pembunuhan saja dikenakan kepada pembunuh itu, malah ia juga ada kaitan dengan SPRM. Itu juga akan menguatkan lagi kes ini dan Tan Sri Halim tidak mempunyai peluang untuk membela diri atau menang.

Demi Ibu Suraya dan Jefri, Inspektor Razlan mengambil pekerjaan ini walaupun ia agak berbahaya namun demi mendapatkan pembelaan, dia harus melakukannya.

Inspektor Razlan keluar dari kereta polis bersama anggota polis lain. Pistolnya masih bersarung disisnya untuk menunggu melepaskan peluru seandainya suspek yang mahu ditahannya itu bersenjata. Matanya memerhati sekeliling rumah agam itu. Rumah besar itu bakal tiada penghuni kerana dia akan memastikan seluruh keturunan pembunuh mendapat kesusahan dari kesilapan yang dilakukan pembunuh itu.

Muncul pembantu rumah Tan Sri Halim, Mak Enom. Mak Enom terkejut melihat anggota polis di hadapannya. Perlahan-lahan Mak Enom menghampiri Inspektor Razlan. Entah kenapa pihak polis datang ke sini.

"Ada apa, encik?" tanya Mak Enom.

Inspektor Razlan menanggalkan cermin mata hitamnya. Matanya tajam memandang Mak Enom.

"Tan Sri Halim ada di dalam?" soal Inspektor Razlan.

"Ada."

"Mana dia?"

"Di atas. Dalam bilik."

"Okey semua, bergerak naik atas." arah Inspektor Razlan kepada anggota bawahannya.

Seramai tujuh orang anggota termasuk Inspektor Razlan masuk ke dalam ruang tamu rumah agam itu tanpa dipelawa. Raqeem yang baru keluar dari bilik air terkejut melihat pihak polis masuk ke dalam rumahnya.

"Hei, apahal ni masuk rumah sesuka hati ni?" soal Raqeem.

"Kau siapa?" soal Inspektor Razlan.

"Aku anak tuan rumah ni." Balas Raqeem dengan angkuh.

Inspektor Razlan senyum sinis.

"Patutlah muka ada iras dengan pembunuh tu, anak dia rupanya. Perangai angkuh pun sebijik dengan ayahnya. Agak-agaknya, kau pun terlibat sama dalam perbuatan ayah kau." ujar Inspektor Razlan tetapi tiada bukti mengaitkan Raqeem dengan aktiviti haram yang dilakukan Tan Sri Halim. Yang ada adalah Haqeem.

"Apa kau merepek ni hah?" Raqeem tidak faham.

"Tak apalah. Kau jangan ganggu aku buat kerja. Stay kat sini sampai ayah kau kena tangkap." Inspektor Razlan dan anggotanya yang lain naik ke atas.

Mereka mencari Tan Sri Halim dari satu bilik ke bilik yang lain. Tetapi Tan Sri Halim tiada. Kemudian mereka turun ke bawah. Mencari diserata tempat di ruang tamu hatta di dapur pun. Juga tiada. Inspektor Razlan ketap bibir. Matanya mencerlung ke arah Raqeem. Lantas dia mendapatkan raqeem dan menggari Raqeem.

"Woi, lepaskan akulah!" jerit Raqeem. Tiba-tiba aje garinya. Raqeem meronta-ronta minta dilepaskan dek kedua-dua tangannya digari.

"Mana ayah kau?!" soal Inspektor Razlan kasar.

"Papa keluar." Ujar Raqeem. Tan Sri Halim tergesa-gesa keluar tadi semasa dia hendak masuk bilik air melalui pintu belakang.

"Dari arah mana dia keluar?"

"Dari pintu belakang."

"Kau semua, pergi periksa." Arah Inspektor Razlan.

Beberapa orang anggota polis bergegas ke pintu belakang yang terletak di dapur. Mereka melihat Tan Sri Halim mahu panjat pagar.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now