36

4.2K 150 1
                                    

"PAPA, sihat? Sorry Durah lama tak bertanyakan khabar papa dan mama. Durah agak sibuk sekarang." Tengku Adurah menghubungi Tengku Jaafar selepas berjaya mengharungi kesibukan yang melampau. Dalam hati, dia masih sakit hati dengan apa yang papanya lakukan dengan Jefri. Masih terasa dan sukar untuk sembuhkan hatinya yang masih sakit ini.

"Alhamdulilah, sihat. Durah?"

"Macam biasa, papa. Masih rasa sakit hati lagi." terus terang Tengku Adurah katakan. Tiada nak sembunyikan apa-apa dari papanya.

Tengku Jaafar mengeluh seketika. Sukar nak buat anak perempuannya melupakan kisah yang terjadi. Salah dia juga kerana mempergunakan anak sendiri demi mencapai kepentingan diri sendiri.

"Syarikat bagaimana?"

"So far, alhamdulilah. Kita dapat dua projek besar di Dubai dan juga Qatar."

"Satu percapaian yang bagus. Teruskan usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat kita, Durah. Durah satu-satunya harapan papa untuk mengembangkan syarikat kita. Kamu pewaris papa." Segala harapan untuk syarikat, dia sandarkan pada Tengku Adurah kerana dia hanya mempunyai Tengku Adurah sahaja. Dia tiada pewaris lain lagi.

Tengku Lukman?

Tengku Lukman anak kepada Tengku Zabedah dan Tengku Yusuf. Tengku Yusuf adindanya namun Tengku Jaafar tidak menaruh kepercayaan pada adindanya itu. Akibat khianat yang dilakukan Tengku Yusuf suatu ketika dahulu, Tengku Jaafar menjauhkan diri dari adindanya. Namun air yang dicincang tidak akan putus. Dia masih menyayangi satu-satunya adindanya itu cuma dia tidak boleh percayakannya lagi. Jadi, pada Tengku Adurah sajalah dia menyandarkan kepercayaan dan harapan.

"Bagaimana dengan Jefri? Bukankah papa mengharapkan dia dalam syarikat kita?" Jefri yang menjadi harapan Tengku Jaafar. Dia hanyalah orang kedua yang menunggu masa untuk menggantikan orang pertama.

"Jefri tiada kena mengena lagi dengan syarikat kita, Durah."

"Yalah. Setelah dia dapat semua yang dia nakkan?"

"Durah," Tengku Jaafar mula mengesan sesuatu dari ayat Tengku Adurah.

"Durah tak nak bangkitkan isu itu lagi. Cuma Durah masih lagi rasa sakit hati. Sukar untuk Durah usir semua benda yang telah kamu berdua buat dekat Durah. Tapi papa jangan risau, lambat-laun, ia pasti akan hilang juga."

Tengku Jaafar berasa tenang mendengarinya.

"Baguslah kalau begitu. Papa tak nak isu itu menjejaskan kerja Durah."

"So mama bagaimana?"

"Alhamdulilah. Papa dah boleh melihat kegembiraan mama untuk sekian lamanya."

"Mama dah jumpa dengan anak kandungnya jadi pasti Durah akan diketepikan." Tengku Adurah amat menyayangi Puan Naurah biarpun tiada pertalian darah. Wanita itu sudi memberikan dia kasih sayang yang telah lama hilang.

"Tidak, sayang. Mama masih menyayangi kamu. Kamu tetap anak dia untuk selama-lamanya."

"Durah nak jumpa papa dan mama tapi buat masa sekarang Durah kena berulang-alik dari Malaysia ke Dubai dan Qatar. Insya-Allah kalau ada masa, Durah datang melawat."

"Papa tunggu Durah disini."

"Papa tak nak balik KL?"

"Hm, rasanya papa dah temui ketenangan di sini."

"Wow, papa akan jadi orang kampung yang kacak." Tengku Adurah ketawa.

"Yes, my princess. Jangan sampai Durah terkejut tengok perubahan papa. Sejak duduk sini, papa mula aktif ke sana sini di bawah cahaya matahari. Sudah gelap kulit papa."

TUAN JEFRITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang