TIBA hari yang paling mendebarkan buat Tan Sri Halim. Dia dan Raqeem awal lagi sudah tercegat di TJ Holding menanti Tengku Jaafar dan Jefri. Di bilik mesyuarat, setelah lebih kurang 30 minit menunggu gara-gara sampai awal, hadirnya Tengku Jaafar, Jefri, peguam TJ Holding dan Tengku Adurah. Turut hadir Haqeem yang sempat memecut laju ke TJ Holding dengan menaiki teksi. Airin hadir lewat sedikit kerana kesesakan lalu lintas.
Hari ini Tan Sri Halim akan menerima habuannya di atas kejayaannya menjodohkan Jefri dengan Tengku Adurah. Apa yang dia hajatkan selama ini sudah tercapai dan dia bakal memperolehinya hari ini.
"Semua dah ada?" tanya Tengku Jaafar.
"Ada. Semua ada." Ucap Tan Sri Halim ceria. Bukan main lebar lagi senyumannya itu.
Mereka yang hadir duduk. Peguam TJ Holding, Lokman membuka briefcase dan mengeluarkan sekeping kertas A4 lalu menyerahkannya kepada Tengku Jaafar.
Tengku Jaafar memulakan persidangan.
"Seperti yang kamu semua tahu hari ini merupakan hari paling bersejarah di mana saya akan melantik bakal menantu saya sebagai CEO baru TJ Holding bagi menggantikan TJ Holding. Oleh disebabkan Jefri Tan, iaitu CEO Keris Corperation telah meletakkan jawatannya secara rasmi pada hari ini, jawatan yang dipegangnya selama ini diserahkan kepada Ahmad Haqeem bin Halim, iaitu anak kepada Tan Sri Halim. Jefri juga telah menyerahkan kesemua saham yang dimilikinya di dalam Keris Corperation kepada Haqeem untuk membolehkan Haqeem melayakkan dirinya menjadi CEO syarikat.
Manakala jawatan CEO TJ Holding pula, Jefri secara rasmi dilantik sebagai CEO baru yang menggantikan Tengku Adurah berkuat-kuasa hari ini. Saya juga melantik Tan Sri Halim sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah TJ Holding dengan saham sebanyak 5%. Tan Sri Halim juga mempunyai hak dalam syarikat TJ Holding di mana beliau juga berperanan dalam memajukan syarikat."
Lokman menyerahkan surat penyerahan kuasa kepada Jefri sebagai CEO TJ Holding. Manakala Haqeem juga diberikan surat penyerahan kuasa sebagai CEO baru Keris Corperation. Tan Sri Halim pula diberikan surat perlantikan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.
Wajah Tan Sri Halim berseri-seri saat melihat namanya tertera bersama jawatan di atas sekeping kertas yang dipegangnya. Mulai hari ini dia adalah ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat terbesar dan terkenal di Malaysia serta di seluruh dunia. Dia ada peluang untuk mendapatkan sikit demi sedikit kuasa dalam syarikat besar ini. Dia tak boleh membiarkan Tengku Jaafar aje yang berkuasa dalam industri yang diceburi mereka. Dia mahukan seorang diri.
Tentang Jefri, Tan Sri Halim berasa lega yang Jefri tidak lagi berada di syarikat yang dia bina itu. Sudah tidak harus melihat lagi wajah paling dia benci itu. Dengan ketiadaan Jefri, dia bebas melakukan apa sahaja untuk merebut projek dan kontrak dengan cara kotor yang dilakukannya dahulu. Semenjak Jefri ambil alih dahulu, syarikat itu hampir muflis kerana ketiadaan projek dan kontrak tapi mujurlah Jefri ikhtiarkan sesuatu untuk membangunkan semula syarikat itu. Sekarang biar dia aje yang ikthiarkan apa sahaja cara untuk melihat syarikatnya itu kukuh dalam industri ini.
Tan Sri Halim menandatangani surat yang diberikan oleh Lokman tanpa membaca isi kandungan surat itu.
Haqeem seperti tidak percaya. Benarkah dia sudah menjadi CEO Keris Corperation? Jawatan yang dia kejar selama ini sudah menjadi miliknya? Dia benar-benar tidak percaya. Sukar sekali untuk dia percaya namun dia bersyukur yang dia diberikan peluang untuk menabur bakti di syarikat itu. Dia kini terpaksa bekerja bawah bapa kandungnya itu. Walaupun terpaksa, dia kena pastikan syarikat itu maju seperti TJ Holding.
Jefri pandang Tengku Jaafar setelah melihat wajah Tan Sri Halim yang ceria dan gembira itu. Mereka berdua menyimpulkan satu senyuman sinis. Tan Sri Halim tidak tahu apakah yang akan terjadi padanya nanti. Kesalahan dan kesilapan lepas akan menghantui Tan Sri Halim.
![](https://img.wattpad.com/cover/158246602-288-k473046.jpg)
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...