8

7.3K 305 5
                                    

"KAU okey?" tegur Suraya pada Hanna di pantri. Sejak pulang dari kampung, Hanna diam saja. Wajahnya muram dan tidak mahu bercakap.

"Kau rasa?" Hanna mengeluh kecil. Dia meletakkan gelas yang dipegangnya ke dalam sinki. Kepalanya mula berdenyut. Pening namun terpaksa bertahan agar tidak rebah.

"Kau tak okey." Suraya tak perlu agak. Dia sudah sedia maklum dengan masalah Hanna. Masalah Hanna sebenarnya kecil sahaja tetapi part kena kahwin paksa dengan sepupu sendiri itu membuatkan Hanna tertekan. Kalau dia berada dalam situasi Hanna, dia sendiri akan mengalaminya seperti Hanna rasai sekarang.

"Hm," Hanna menguman.

"Ceritalah dekat aku apa masalahnya."

"Su, aku tertekanlah dengan Tok Pah dan Abang Hanif tu sedangkan mak dan ayah tak adalah nak paksa aku. Tapi dua orang tu, hesy. Geram pun ada. Abang Hanif tu nampak aje dia tak kisah pasal kahwin ni tapi dari segi perlakuan dan percakapannya itu membuatkan aku rasa dia betul-betul nak berkahwin dengan aku. Aku dah jelaskan pada dia banyak kali tapi dia tak nak dengar! Tok Pah pula tak habis-habis nak samakan aku dengan mak su tu. Aku takkan buatlah perkara yang boleh jatuhkan maruah keluarga macam mak su buat tu. Aduh, Su. Stress gila ni!" luah Hanna. Rasa nak menangis dan peluk Suraya. Dengan Surayalah dia dapat melepaskan apa yang terbuku. Segala luahan berkaitan dengan masalah kena kahwin paksa ini, Surayalah yang sudi mendengar dan memberikan sokongan kepadanya.

"Aku nak suruh kau bersabar pun, kau dah lama bersabar tapi ada baiknya kalau kau ikut kata aku." Suraya dan Hanna kembali ke meja Hanna. Waktu sekarang, waktu makan tengahari.

"Apa dia?"

"Minta tolong dengan Tuan Jefri jadi teman lelaki kau." Cadangan itu tidaklah pelik tetapi ia boleh menyelamatkan Hanna dari berkahwin dengan Hanif itu. Tuan Jefri sudah meminta Hanna menjadi kekasihnya dan apa salahnya Hanna meminta Tuan Jefri membalas jasa Hanna dengan menjadi kekasihnya? Bukan jadi kekasih betul, hanya berbohong depan Tok Pah saja.

"Tak naklah aku!" tingkah Hanna. Gila ke apa nak buat macam tu?

"Hanna, kau kira tinggal beberapa hari aje lagi tempoh yang Tok Pah berikan dekat kau. Ada dua hari aje lagi. Mana sempat kau nak cari calon suami kau tu."

"Kau tak ada ke kenalan lelaki yang tengah mencari isteri?"

"Tak ada tapi aku ada kenal gigolo ni. Kau nak?"

"Gila kau!"

Suraya ketawa.

"Alah, minta ajelah pertolongan dari Tuan Jefri itu. Aku yakin dia boleh bantu kaulah."

"Aku tak naklah. Tuan Jefri tu..." belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, Tuan Jefri muncul.

"Tuan Jefri apa?"

Suraya berpaling 360 darjah ke belakang. Dia bingkas bangun berdiri apabila Tuan Jefri entah bila masa berada di belakangnya. Terkejut bukan main lagi dengan kehadiran tanpa bunyi tapak kaki ini.

"Err, tak ada apa-apa." jawab Suraya.

"Hanna, kau masuk." Arah Tuan Jefri. Tuan Jefri masuk ke dalam.

"Huh, apa agaknya eh tuan suruh aku masuk ni?" Hanna mula mempamerkan wajah pucat. Tiba-tiba aje rasa tak sedap hati.

"Agaknya dia nak makan kau tak."

"Agak-agaklah."

"Manalah aku tahu. Kau masuk ajelah. Aku pergi dulu. Bye!" Suraya segera meninggalkan Hanna.

Hanna masuk ke dalam pejabat Tuan Jefri.

"Tengku Jaafar mengajak kita makan malam di rumahnya pada malam ni." Jefri baru sahaja mendapat panggilan daripada Tengku Jaafar yang menginginkan dia dan Hanna makan malam bersama. Jefri pada mulanya hendak menolak tetapi Tengku Jaafar seperti beria-ia mahu dia dan Hanna datang.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now