"HAPPY BIRTHDAY, Jefri!" Tengku Adurah membuat kejutan untuk Jefri di restoran yang telah di tempah hari ini. Segala persiapan termasuk menempah restoran dan menjemput beberapa kenalan termasuk sahabat baik Jefri, Ashraf hadir ke majlis hari lahir Jefri ini. Tengku Jaafar dan Puan Naurah juga hadir.
Jefri pula tidaklah terkejut melihat kejutan yang dilakukan oleh Tengku Adurah. Sebenarnya Tengku Adurah beria-ia mahu menyambut hari lahirnya biarpun dia menegah yang dia tidak mahu menyambut kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kepentingan pun. Dan sekarang, Tengku Adurah sudahpun membuatnya. Jefri hanya memberikan senyuman kepada Tengku Adurah sebagai tanda terima kasih.
Kek dua tingkat yang besar dihidangkan di atas meja. Tengku Adurah membelah kek itu dan menghidangkannya untuk Jefri. Kek keladi kegemaran Jefri.
"Kek ni I yang buat." Beritahu Tengku Adurah. Dia sanggup ambil cuti selama tiga hari untuk belajar membuat kek sehingga menjadi. Mujurlah Puan Naurah sudi mengajarnya walaupun dia hampir berputus asa kerana tidak mendapatkan hasil yang dia inginkan pada awalnya.
"Thanks, Adurah. You tak perlu susahkan diri buat semua ni untuk I." Ujar Jefri. Tidak selesa sebenarnya dengan kejutan yang diberikan oleh Tengku Adurah ini.
"Anything for you, Jefri. I nak you sentiasa happy aje."
"Tapi ini dah keterlaluan."
"Keterlaluan apanya? I cuma celebrate birthday you aje. Membazir ke? Tak ada kan? I tempah makanan mengikut jumlah tetamu yang I jemput aje. And... restoran ni pula kebetulan cuti so I tempahnya. Apa yang keterlaluannya, Jefri?"
"Okey, fine. Apapun, Thanks sudi buat majlis hari lahir I." Jefri mengalah. Malas hendak bertekak dengan Tengku Adurah hanya disebabkan hal kecil aje. Tengku Adurah yang nak buat, terima ajelah. Lagipun sudah agak lama dia tidak menyambut hari lahirnya atau lebih tepat lagi, dia tidak pernah menyambut hari lahir dan hari ini mungkin hari yang paling bermakna baginya.
Lagi bermakna jika ada Hanna sekali.
Sebut tentang Hanna. Sudah beberapa minggu dia tidak menghubungi Hanna. Hanna pun sama. Agaknya Hanna merajuk kerana dia sibukkan diri melaksanakan rancangannya. Selepas ini, dia akan balik ke kampung untuk bertemu dengan Hanna kerana ada perkara yang dia mahu lakukan. Dia tidak boleh menunggu lagi. Perkara itu harus segera dilaksanakan.
Mereka yang hadir menikmati juadah yang dihidangkan di restoran itu. Gelak ketawa memenuhi segenap ruang restoran itu. Jefri dan Ashraf dapat bertemu dengan kenalan lama mereka semasa zaman belajar dahulu. Tengku Jaafar pula sibuk bermain gitar untuk menghiburkan Puan Naurah. Tengku Adurah memanggil Jefri yang tengah berbual itu. Dia menarik tangan Jefri pergi ke hujung restoran.
"Jef, I harap one day kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia. I tahu you terpaksa bertunang dengan I sebab papa tapi I tak nak paksa you terima I cuma I ada satu keinginan. I nak kahwin dengan you. I betul-betul nak kahwin dengan you sebab I sangat mencintai you sejak zaman kita belajar lagi. I berjanji dengan you yang I akan berusaha membuatkan you jatuh cinta dengan I. I mungkin terpaksa ambil masa yang lama untuk buat semua itu tetapi I nak you sentiasa ada di sisi I." Ujar Tengku Adurah. Dia tidak mahukan apa-apa kecuali Jefri. Jefri adalah pujaan hatinya sejak dari dulu lagi. Dia tahu Jefri tidak mencintainya dan pertunangan yang telah berlangsung dahulu bukan atas keinginan Jefri. Namun kerana cintanya pada Jefri sangat mendalam, dia mahukan Jefri menerimanya dalam hidupnya. Cinta itu dia tidak mahu paksa Jefri dan memberikan ruang untuk Jefri menerimanya.
"Ada satu sebab kenapa I tak boleh terima cinta you."
"Sebab apa?"
"Sebab cinta itu boleh memusnahkan diri sendiri. I nak mengaku depan you yang I sangat membenci cinta dan I cuba sedaya upaya I untuk mengelakkan diri I dari jatuh cinta dengan mana-mana perempuan termasuk you. Its so hard to me untuk menerima cinta itu."
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...