20

6.4K 244 11
                                    

TAN SRI HALIM memanggil Haqeem ke rumah agamnya. Sejurus Haqeem sampai, satu tamparan kuat mengena pipi Haqeem di hadapan Raqeem. Hatinya sangat panas dengan berita yang disampaikan kepadanya. Haqeem menyebabkan Jefri masuk hospital! Tindakan Haqeem itu boleh menyebabkan Jefri berubah fikiran. Nanti apa yang dia harapkan daripada Jefri, musnah begitu sahaja disebabkan Haqeem ini.

"Bodoh!" hambur Tan Sri Halim pada Haqeem.

Haqeem meraba pipinya.

Raqeem pula tersenyum puas melihat adik tirinya ditampar oleh Tan Sri Halim.

"Saya minta maaf." ucap Haqeem.

"Kesalahan kau tak boleh dimaafkan! Kau dah buat Tengku Jaafar berikan amaran kepada aku."

"Ya saya tahu. Salah saya tumbuk tunang anak Tengku Jaafar itu tapi dia dah naikkan kemarahan saya."

"Benda apa dia buat dekat kau sampai kau nak marah sangat?"

"Dia tak berikan syarikat tu dekat saya."

"Bodoh! Nak suruh dia serahkan syarikat dekat kau, bukan dengan pergi tumbuk dia! Gunalah akal panjang kau tu, Haqeem. Kenapalah kau tak berguna sangat hah?" marah Tan SriHalim.

"Along dah kata, budak ni tak berguna tapi papa tetap nak guna budak ni untuk capai matlamat papa." Raqeem bersuara. Dia sebenarnya tidak berpuas hati dengan Tan Sri Halim kerana papanya memilih anak luar nikah itu memengang jawatan CEO sedangkan Haqeem langsung tiada pegangan saham dalam syarikat keluarga mereka.

"Kau nak jelaskan apa dekat aku, Haqeem? Dah cukup kau hancurkan semua yang aku rancang dan sekarang kau nak buat syarikat kita jatuh sepenuhnya ke tangan orang luar tu?" soal Tan Sri Halim. Dirinya cukup tertekan dengan apa yang telah terjadi ditambah pula dengan Haqeem ayng membuat onar secara tiba-tiba.

"Saya tak ada nak jelaskan apa-apa." Jawab Haqeem. Dia menguncikan mulut untuk melontarkan ketidakpuas hatinya pada Tan Sri Halim.

Tan Sri Halim menjanjikan Keris Corperation untuk dia. Dia yang akan mewarisi syarikat besar itu suatu hari nanti tetapi Jefri datang merampas. Dia pula beria-ia mahu menuntut haknya dengan Jefri tetapi lain yang jadinya. Memang dia tamak. Dia sangat tamak dan mahukan Keris Corperation itu.

Dia mahu buktikan kepada papanya yang dirinya juga berguna. Dia anak Tan Sri Halim walaupun statusnya sebagai anak luar nikah. Tan Sri Halim selalu memandang rendah padanya. Dia dijatuhkan maruah dan dipijak maruah oleh ayah kandungnya sendiri. Dia bangkit untuk menepiskan apa yang telah dipijakkan itu. Apabila Tan Sri Halim mahu dia mendapatkan semula syarikat keluarga itu, Haqeem menjadi semangat dan mahu membuktikan apa yang telah dia ukirkan. Namun ia tidak semudah yang disangkakan. Jefri itu sangat licik dan susah untuk dijatuhkan.

Jefri.

Sakit hatinya bila Jefri menghinanya. Seolah dirinya tidak layak untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dia juga seorang manusia. Seorang manusia biasa yang mempunyai status yang tidak suci. Dirinya sangat hina disebabkan kelahirannya ke dunia ini. Kelahiran yang paling dibencikan oleh semua orang. Jefri tidak faham akan dirinya dan orang itu mempunyai hati yang cukup hitam.

"Kau kena jelaskan juga pada aku." Tegas Tan Sri Halim.

"Rasanya tak salah saya tumbuk muka perampas tukan? Sebab itu yang kita nak. Jefri muka tak tahu malu. Dia rampas hak kepunyaan kita dan dia sombong dan angkuh apabila kita minta hak kita dikembalikan."

"Tak salah kau cakap? Hei, kalau tak salah, aku tak kena warning. Ini dah salah sebab kau tu bodoh sangat. Kenapa kau beria-ia sangat nak tumbuk Si Jefri tu?" soal Tan Sri Halim. Berita Jefri dimasukkan hospital merupakan kes tergempar dalam industri pembinaan. Tengku Jaafar telah memberikan amaran kepadanya agar tidak menyentuh Jefri lagi. Ini semua berpunca daripada Haqeem.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now