45

11.3K 200 26
                                    

Hanna, ini Jas. Jas kena culik tapi Jas dapat melarikan diri. Tak sangka Halim bawa Jas ke kampung ni. Dan mujurlah Jas masih ingat jalan kampung ni tapi Jas dah lupa arah mana rumah Hanna. Hanna tolong ambil Jas di rumah buruk ni. Di rumah buruk ni, Jas bersembunyi dari Halim. Hanna datang seorang diri tau. Jangan bawa Jefri sebab Jas takut Halim terjumpa Jefri dan dia akan buat sesuatu yang buruk dekat Jefri. - Jaslina.

Hanna menerima SMS daripada Jaslina pada awal pagi lagi. SMS tersebut mengejutkan Hanna. Jaslina diculik oleh Tan Sri Halim dan mahu Hanna datang menyelamatkan dia di rumah buruk yang dinyatakan Jaslina tanpa pengetahuan Jefri.

Hanna intai di ruang tamu dari dapur. Kesemua ahli keluarganya berada di ruang tamu bersama Inspektor Razlan. Hanya dia berada di dapur. Hanna perlu selamatkan Jaslina tanpa memberitahu Jefri.

Rumah buruk itu berhampiran apa? - Hanna.

Hanna menghantar mesej untuk mendapatkan lokasi tepat. Dia sudah nekad. Dia mahu menyelamatkan Hanna dengan seorang diri. Jaslina sudah berpesan jangan bawa Jefri kerana Tan Sri Halim sekarang menyasarkan Jefri untuk dibunuh. Sudah tentu Hanna tidak mahu suaminya mati di tangan pembunuh itu.

Berdekatan dengan sungai. - Jaslina.

Okey. Hanna akan cari rumah buruk tu. Jas tunggu Hanna tau. - Hanna.

Hanna keluar melalui pintu dapur dengan segera tanpa meninggalkan bunyi. Mereka semua tidak perasan akan pemergian Hanna melalui pintu dapur itu kerana rancak berbincang tentang kes besar ini.

Hanna memulakan perjalanan dengan menjalan kaki. Dia meninggalkan rumah. Dia menarik nafas lega apabila beberapa anggota polis yang menjaga depan rumah itu tidak melihat dia pergi tadi. Hanna berjalan dan terus berjalan sehinggalah sampai di sungai. Matanya melilau mencari rumah buruk yang dinyatakan oleh Jaslina.

"Itu dia!" Hanna menjumpai rumah buruk yang berselindung dalam hutan di kawasan sungai itu. Hanna terus pergi mendekati rumah buruk itu.

Sampai di rumah buruk, dia membuka pintu yang sudah tercabut tombol pintunya.

"Jas?" Hanna memanggil.

"Hai, Hanna." Tengku Adurah muncul di hadapan Hanna.

Hanna terkejut dan berundur ke belakang tetapi kedua-dua bahunya dipegang oleh seorang lelaki. Dia menoleh ke belakang.

"Halim!" Hanna menjerit seraya terkejut besar melihat pembunuh berada di belakangnya.

"Kau cari Jaslina ke?" tanya Tengku Adurah yang tahu tujuan Hanna ke mari. Mesej yang Jaslina hantar kepada Hanna sebenarnya adalah rancangan dia. Dia yang menghantar mesej tersebut untuk mengumpan Hanna datang ke rumah buruk ni.

"Mana Jaslina? Dan kenapa kau ada kat sini? Pembunuh ni... apa kaitannya dengan kau?" soal Hanna.

"Jaslina tengah tidur dalam bilik. Dia sangat letih menunggu bantuan sampai, Hanna. Dan... Halim dengan aku, kami berpakat untuk hapuskan kau dan Jefri." Tengku Adurah ketawa menyeringai.

"Kau bersubahat dengan pembunuh ni? Apa kau fikirkan ha, Durah? Tindakan kau amat berbahaya. Pembunuh ni boleh bunuh kaulah!"

"Tak, Hanna. Dia tak bunuh aku. Dia baik dengan aku. Lagipun kami ada keinginan yang sama iaitu bunuh orang. Halim nak bunuh Jefri tapi aku tak naklah Jefri mati jadi target Halim adalah Suraya, ibu kandung Jefri. Aku nak Jefri hidup supaya aku boleh jadi perempuan dia tapi aku kena bunuh kau sebab kalau kau ada, peluang aku untuk miliki Jefri sangat terhad jadi kau kena mati supaya aku dapat Jefri." Perjelasan daripada Tengku Adurah membuatkan Hanna ingini lari tetapi Tan Sri Halim sudah pun genggam dua tangannya ke belakang, mengunci Hanna dari melarikan diri.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now