JEFRI meluru masuk ke dalam pejabat Tengku Jaafar. Hatinya benar-benar panas saat melihat wajah yang membuatkan orang dia sayang berada dalam bahaya. Tengku Jaafar perlu bertanggung dalam hal ini. Apakah dia fikir dengan rancangan ini memang boleh membuatkan Tan Sri Halim mengaku? Tidak. Langsung tidak malah ia bakal membawa kepada masalah yang lebih besar lagi.
"Tengku Jaafar!" panggil Jefri dengan air muka yang sudah tidak boleh menahan sabar. Jika ikutkan kemarahan yang sedang memuncak itu, dia mahu melayangkan penumbuk ke muka Tengku Jaafar.
Tengku Jaafar yang sedang menyemak angkat muka melihat Jefri.
"Ya, Jefri. Ada apa?"
"You tahu tak rancangan you untuk menakutkan orang tua dah buat Hanna dalam bahaya?"
"Maksud you?" Tengku Jaafar tidak faham.
Jefri mendengus kasar.
"Tan Sri Halim menyangka ibu I masih hidup dan sekarang dia tengah mencari ibu I yang mana dia menyasarkan Hanna sebab menyangka Hanna ibu I. Hanna juga mirip dengan ibu I. Rancangan bodoh you buat orang I sayang dalam bahaya! You tak fikir ke kesannya hah?" Jefri menyalahkan Tengku Jaafar.
"Jefri, bawa bersabar." Tengku Jaafar terkejut sebenarnya. Dia tidak menyangka rancangan itu memberi kesan. Aduh, kenapalah dia tidak fikir kesannya.
"Nak bersabar apa lagi kalau orang tua tu dah mula mencari Hanna? Hei, you kena bertanggungjawab atas semua ni, Tengku. Menyesal I ikut rancangan you. Menyesal!" luah Jefri.
Tengku Jaafar bangun.
"I boleh perbetulkannya."
"Nak perbetulkan apa? Nak beritahu Tan Sri Halim perempuan yang dia jumpa tu bukan ibu I? Lepas tu habis pecah rahsia siapa I sebenarnya? Jangan jadi bodoh, Tengku."
Okey. Tengku Jaafar menjadi binggung sekarang.
"I tak tahu ia akan terjadi, Jefri. I ingatkan ia berjalan dengan lancar."
"Memang you dan I fikir macam tu tapi kita kena tahu dia lagi bijak dari kita. Dia boleh kesan semua yang kita rancang nanti. Bukan Hanna aje yang jadi sasaran, you, I dan mungkin anak you juga jadi sasaran. Masa tu, mangsa dia bertambah dan dia akan terus berleluasa."
Tengku Jaafar mengertak meja.
Semakin susah rancangan mereka sekarang. Tan Sri Halim itu memang bijak orangnya. Dan... rahsia dia dengan Puan Naurah juga bakal terbongkar. Ikutkan apa yang dia rancangkan, dia mahu Puan Naurah muncul setelah Tan Sri Halim ditangkap. Nampak gayanya, Puan Naurah perlu 'disimpan' untuk tempoh yang lama selagi kes Tan Sri Halim belum selesai.
"Sekarang ni macam mana? Apa yang I perlu lakukan? I dah buntu, Tengku." Jefri rasa nak menangis. Nyawa orang yang dia sayang dalam bahaya.
"You dah serahkan bukti pada polis?" tanya Tengku Jaafar.
"I dah lama serahkannya cuma I minta pihak polis tangguhkan dahulu sebab kita masih ada bukti untuk kuatkan lagi dakwaan kita pada dia."
"Baik. Kita serahkannya sekarang. I tak nak ia jadi semakin parah lagi."
"You nak terus mendakwa dia?" soal Jefri.
"Takkan kita nak tangguh lagi? Nak biarkan nyawa you pula hilang?" soal Tengku Jaafar membuatkan Jefri berfikir sejenak. Tengku Jaafar tidak mahu Puan Naurah kehilangan Jefri. Jefri amat penting bagi Puan Naurah. Sedaya upaya Tengku Jaafar melindungi Jefri.
"Aku dah suruh kau buat benda ni dari dulu lagi tapi kau yang tangguhkan. Cuba kau buat dulu, pasti takkan jadi macam ni. Ini semua salah kau. Kau dah susahkan hidup aku!" hambur Jefri. Semakin tidak tahan.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...