BUNYI azan maghrib bergema. Hanna dan Jefri terpisat-pisat tersedar. Mereka berdua masih di atas katil.
"Ini salah abanglah. Buat tak ingat dunia. Nasib baik sedar malam ni. Kalau sedar esok hari, entah apa orang kata bila nampak kita keluar dari bilik nanti." marah Hanna. Gara-gara Jefri yang inginkan sesuatu darinya, mereka sudah terlajak dari jam empat petang sehinggalah sudah masuk waktu maghrib.
"Banyak syaitan kena bunuh, sayang. Abang pun dah terlajak ha. Janganlah marah. Nanti tak baik untuk kesihatan Hanna tu. Kata nak anak cepat."
"Eh, yang nak anak cepat tu abang tau."
Jefri gelak.
"Nak sambung lagi ke?" tanya Jefri sambil kenyit mata.
"Abang!" Hanna separuh menjerit.
Jefri gelak sakan.
Hanna bangun. Dia pandang tubuhnya. Sudah tertanggal pakaiannya. Aduh. Malu nak turun dari katil dalam keadaan macam ni walaupun orang sebelahnya merupakan pasangan halalnya. Nanti bertambah perangai pelik suaminya kalau nampak dirinya ini.
"Abang..." panggil Hanna pada Jefri yang mahu tidur semula itu.
"Kenapa, yang?" Jefri turut bangun.
"Hanna nak mandi."
"So?"
"Ambilkan tuala. Boleh?"
"Ambillah sendiri. Bukan jauh pun tempat tuala tu."
Hanna ketap bibir.
Jefri, kalau tak fikirkan kau suami aku, aku dah lama cincang kau sebab tadi tau.
"Hanna dalam keadaan tak berpakaian ni. Kan Hanna bangun, abang kena bunuh syaitan pula." Hanna buat muka sebal. Sebal sungguh dengan suaminya.
Jefri senyum menyenget. Dia turut bangun. Tangannya cuba sentuh selimut yang menyelimuti tubuh badan Hanna.
Hanna segera menepis tangan Jefri.
"Abang!" marah Hanna. Kemarahannya sudah memuncak tinggi. Apasal suaminya jadi miang sangat ni? Hesy, tak sukalah macam ni. Dia nak Jefri yang dulu. Jefri yang romantik dan bersahaja. Bukan Jefri yang terlajak romantik dan terlajak sengal ni.
"Yalah-yalah. Orang nak buat sekali lagi, dia marah pula. Tak apa. Lepas ni, abang akan pastikan hari ni berulang kembali pada hari lain. Perut Hanna tu pasti akan buncit juga." Jefri merajuk.
Hanna senyum saja.
Biarlah dia melayan Jefri seperti ini dari memberikan Jefri anak yang tidak mungkin akan lahir dari rahimnya sendiri.
Usai mandi dan berpakaian lengkap untuk masuk dapur hari ini, Jefri bangun dan terus memeluk Hanna dari belakang.
"Abang tak boleh hidup tanpa Hanna. Hanna kekasih abadi abang." ucap Jefri.
Jantung Hanna seolah ditikam dengan pisau yang amat tajam.
"Abang, cintai Hanna dan sematkan kenangan bersama dalam ingatan abang. Insya-Allah, abang takkan rasa kehilangan Hanna."
Abang akan tetap kehilangan Hanna.
Maafkan Hanna.
#
DARI jauh, Tan Sri Halim memerhati rumah yang didiami Suraya dan Jefri. Dia duduk di dalam kereta yang mempunyai cermin gelap. Matanya mengecil apabila melihat Jefri dan Suraya turun dan duduk di pangkin. Mereka berdua kelihatan sangat gembira.
Tan Sri Halim ketap gigi. Hatinya sangat sakit melihat wajah gembira dua anak-beranak itu kerana dia yang duduk terseksa dan menjadi pelarian. Dia sentiasa rasa takut dengan keadaan sekeliling dan sentiasa berhati-hati agar penyamarannya tidak dikesan oleh sesiapa.
![](https://img.wattpad.com/cover/158246602-288-k473046.jpg)
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...