HANNA membuka komputer riba. Dia google penyakit yang agak berisiko tinggi iaitu kanser otak. Dia menemui beberapa info penting dalam cariannya. Walaupun doktor sudah menjelaskannya secara terperinci, Hanna masih tidak puas hati dengan perjelasan doktor.
Dia ketap bibir saat mata membaca info yang diperolehinya. Dia menyandar di kerusi bersama keluhan berat. Tanda-tanda barah otak yang sedang dialaminya sekarang ialah dia sakit kepala yang amat kuat. Masih banyak tanda atau gejala kanser otak cuma dia hanya mengalami sakit kepala dahulu. Doktor menyarankan dia supaya menjalani kemoterapi memandangkan ia masih berada di tahap awal sebelum memasuki tahap akhir yang mungkin akan meragut nyawanya.
Hanna enggan melakukan kemoterapi walaupun dia masih ada peluang untuk hidup dengan syarat dia perlu melakukan rawatan sebelum melarat.
Dia tidak mahu menyusahkan Jefri. Dia juga tidak mahu Jefri tahu akan penyakitnya ini. Jefri sudah banyak menerima kesusahan dalam hidupnya. Dia tidak mahu menambahkan kesusahan baru dalam hidup Jefri dengan menjaga dirinya yang tengah sakit ini. Malah masalah Tan Sri Halim yang belum ditangkap itu juga membuatkan Jefri tidak tenang dan selalu resah.
Keluarganya juga tidak harus tahu mengenai rahsia yang dia sedang simpan ini. Sudah lama keluarganya tidak gembira seperti sekarang. Amat sukar untuk dia menghilangkan kegembiraan itu kerana penyakitnya. Jadi, biarlah dia merahsiakannya dahulu. Jika ia pecah rahsianya, Hanna sedia menerima segala-galanya. Cuma keadaan sekarang tidak membenarkan Hanna untuk memberitahu tentang penyakitnya ini.
"Awak masih ada harapan, Hanna."
Hanna pandang Doktor Jannah.
"Masih ada harapan walaupun ia sudah berada di tahap kedua?"
"Awak bukan di tahap akhir dan di tahap kedua, masih sempat untuk sembuh. Cuma awak kena jalani rawatan susulan." Doktor Jannah amat prihatin terhadap pesakitnya. Dia sentiasa mengambil berat dan akan terus memujuk pesakitnya yang sedih dengan dugaan ini termasuk Hanna.
"Saya tak nak." Hanna tetap dengan keputusan.
Hanna bukan degil tetapi dia merasakan masanya sudah tidak lama. Masa yang dimilikinya harus dia manfaatkan sebaik yang mungkin.
"Hanna," muncul Jefri di muka pintu.
Hanna tutup komputer riba dan menoleh ke belakang.
"Ya, abang."
"Ada nampak songkok abang tak?" dari tadi dia mencari satu-satunya songkok yang dia ada di merata tempat dalam rumah.
Hanna bangun. Dia mengambil songkok di dalam laci meja. Songkok itu dia baru beli tadi di pekan bersama Puan Rahmah. Dia mendapatkan Jefri di muka pintu dan menyarungkan songkok.
"Songkok lama abang, Hanna dah buang. Jadi Hanna belikan yang baru untuk abang."
"Abang jarang pakai songkok kalau nak pergi ke masjid tapi entah kenapa abang rasa nak pakai songkok. Rupanya isteri abang belikan songkok baru untuk abang. Terima kasih, sayang."
Hanna senyum.
"Abang simpanlah songkok ni. Jangan bagi hilang pula."
"Ya, sayang. Abang akan simpannya sebab ini adalah pemberian daripada isteri yang abang sayang dan cintai." Jefri cuba cium dahi Hanna tetapi Hanna tolak Jefri.
"Ehh, nak cium ni." Marah Jefri.
Hanna gelak.
"Nak cium tu boleh tapi Hanna takut abang terlebih pula."
"Alah, Hanna jangan fikir benda peliklah. Abang bukan nak buat something kut dekat Hanna tapi kitakan suami isteri, tak salah pun."
"Iya, tak salah tapi abang nak pergi ke masjid dengan ayah, papa dan Haqeem kan. Solat Isyak dah nak dekat ni. Kan lewat, kesian dekat mereka yang tunggu abang."
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...