JEFRI balik ke kampung halamannya. Sudah lama dia tidak balik. Rindu pada keluarganya itu semakin kuat terutamanya pada Hanna. Airin tidak dapat ikut sekali kerana sibuk bekerja. Kepulangan Jefri disambut oleh Encik Nasir.
"Bagaimana dengan rancangan kamu?" tanya Encik Nasir. Ketika ini mereka berdua berada di pangkin. Isteri dan anak Encik Nasir tiada di rumah kerana pergi melawat orang sakit di kampung sebelah.
Rancangan Jefri yang mahu melihat Tan Sri Halim itu sangat merungsingkan Encik Nasir. Hatinya tidak tenang memikirkannya tetapi Jefri sudah menyakinkan dia yang rancangan ini tidak melibatkan nyawa termasuk nyawa Jefri.
"Dah berjalan dengan lancar. Tan Sri Halim dah terima sikit demi sedikit balasan dari kesalahan yang dia buat." Semalam orang upahannya telah menikam Tan Sri Halim. Hari yang lain pula, dia akan menakut-nakutkan Tan Sri Halim pula dengan bayangan orang yang telah dia bunuh.
"Jangan biarkan dendam menguasai diri kamu, Jefri." Pesan Encik Nasir.
"Pak lang jangan risau. Dendam saya masih boleh dikawal."
"Bukan apa, pak lang takut kamu kehilangan Hanna disebabkan dendam ini."
"Maksud pak lang apa?"
"Maksud pak lang, kamu terlalu sibuk balas dendam sehinggakan kamu abaikan Hanna. Kamu patut tahu ada orang lain yang patut kamu risaukan iaitu Hanna. Dia setia menanti kamu, Jefri."
Jefri senyum.
"Saya juga setia menanti dia, pak lang. Saya dah janji dengan dia yang saya akan berkahwin dengan dia dalam masa yang terdekat ini."
"Kenapa tidak berkahwin sekarang? Kamu berdua saling mencintai, kan?"
"Saya takut Tan Sri Halim dapat tahu tentang Hanna dan menjadikan Hanna mangsa dalam rancangan saya untuk balas dendam terhadap dia." Lagipun wajah Hanna mirip dengan arwah ibunya.
"Apa kata kamu berkahwin dengan Hanna secara senyap-senyap. Kamu berkahwin di pejabat agama tanpa diketahui orang termasuk ahli keluarga kita. Hanya pak lang, mak lang dan kamu berdua aje tahu pasal perkahwinan ini. Pak lang takut kamu dan Hanna terpisah disebabkan pembunuh itu. Biar perkahwinan ini yang mengikat kamu supaya kamu tidak berpisah. Bolehkan, Jefri?" cadang Encik Nasir. Dia mahu melihat Jefri dan Hanna bersatu.
"Kahwin free boleh?"
"Boleh sangat."
Jefri bersorak. Pak lang dah bagi lampu hijau.
#
"KAHWIN?" Hanna pandang Encik Nasir dan Jefri bersilih ganti.
"Kenapa? Hanna tak suka ke?" tanya Encik Nasir.
"Bukan macam tu."
"Habis tu macam mana, Hanna?" tanya Jefri pula.
"Kenapa cepat sangat nak kahwin?" Memang dia beria-ia nak berkahwin dengan Jefri tetapi takkanlah begitu cepat?
"Sebab abang tak nak Hanna jatuh ke tangan orang lain dan abang mencintai Hanna seorang saja. Abang juga nak menjadikan Hanna sebagai suri hati abang dan penghuni di hati abang."
Hanna tersipu malu saat Jefri melontarkan ayat sebegitu depannya.
"Malu-malu tu tanda setujulah ya?" celah Puan Rahmah.
"Hesy, mak ni. Hanna belum kata setuju lagilah."
"Kamu ni, orang datang nak berkahwin dengan kamu, kamu setuju ajelah. Ke kamu nak jadi anak dara tak laku dulu baru nak berkahwin?" marah Puan Rahmah.
"Makkkk... apa ni. Bukan macam tulah."
"Jangan banyak alasan Hanna. Mak dan ayah dah bersetuju kamu berdua berkahwin. Kamu pun kena bersetuju juga." Tegas Puan Rahmah.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...