Hai, sorry guys lama gilee tak update Tuan Jefri. sibuk dengan kerja hm. apapun, saya sempat menaip juga. dan ini dia bab 27 untuk yang sabar menunggu.
KAK Lia datang ke tempat Hanna. Hanna tekun memeriksa fail yang diberikan oleh Jefri.
"Hanna," Kak Lia mengetuk meja memanggil Hanna yang begitu leka itu.
Hanna pandang Kak Lia.
"Ya, Kak Lia. Ada apa?" tanya Hanna yang kemudiannya fokus pada fail yang masih belum selesai disemaknya.
"Semalam Hanna lunch dengan Tuan Jefri ke?"
"Haah."
"Patutlah Tengku Adurah mengamuk sakan semalam. Habis semua staf dia marah."
Hanna berhenti menyemak. Dia pandang Kak Lia dengan kehairanan.
"Macam mana Kak Lia tahu Hanna pergi lunch dengan Tuan Jefri?" tanya Hanna.
"Tengku Adurah mengamuk dalam bilik dan menyebut nama Hanna dan Jefri. Kemudian dia marahkan staf tanpa sebab akibat amukan dia tu." Beritahu Kak Lia.
"Aduh, kak. Matilah Hanna selepas ni kalau bertembung dengan Tengku." Hanna buat muka takut padahal hatinya gembira bukan main lagi apabila Tengku Adurah mengamuk gara-gara tidak dapat keluar lunch bersama suaminya.
"Kenapa Hanna keluar dengan Tuan Jefri? Tuan Jefri itukan tunang Tengku Adurah. Dahlah Tengku Adurah tu kaki cemburu. Pantang nampak staf perempuan dekat sikit dengan Tuan Jefri, terus marah-marah."
"Hanna tak sengaja keluar dengan Tuan Jefri lah, kak. Sebenarnya Tengku Adurah batalkan perjumpaan dengan Datuk Malik tentang projek mega itu kerana nak keluar lunch dengan Tuan Jefri. Tuan Jefri marah sebab Tengku Adurah pentingkan hal peribadi dari kerja. Dan mood Tuan Jefri pun down. Lagipun kami semalam bukan pergi makan pun. Kami buat kerja di sebuah cafe kegemaran Tuan Jefri untuk selesaikan kerja yang tertangguh." Jelas Hanna dengan kebohongan yang dia cipta.
"Ohh, macam tu. Tapikan, akak kasihanlah dengan Tuan Jefri tu. Dia sanggup lepaskan jawatan dia di Keris Corperation semata-mata nak kerja dengan Tengku Adurah. Tengku Adurah sepatutnya beruntung dapat tunang yang baik macam Tuan Jefri tu."
"Itulah, kak. Hal kerja dengan hal peribadi tak boleh nak campur sekaligus. Kena asing-asing. Silap Tengku Adurahlah batalkan perjumpaan dengan Datuk Malik tu. Sekarang TJ Holding dah terlepas projek mega tu. Kalau dapat projek tu, syarikat untung berbillion ringgit tau. Gaji kita ni mungkin naik dua kali ganda." Ujar Hanna.
Kak Lia geleng kepala. Anak perempuan tunggal Tengku Jaafar itu memang macam tu. Walaupun efisyen dalam melakukan kerja, ada kelemahan dia.
"Tengku Adurah sejak bertunang ni, semakin pelik."
Hanna senyum.
"Pelik sebab cinta, kak." Ya. Sebab cinta, Tengku Adurah menjadi taksub terhadap Jefri.
"Hanna dah ada ke?" Tanya Kak Lia ingin tahu.
"Ada apa, kak?"
"Kekasih?"
"Dah ada hah." Bukan setakat ada kekasih, dah ada suami hah.
"Nasib baik Hanna dah ada kekasih. Kalau tak, timbul fitnah sana-sini kalau Hanna terus rapat dengan Tuan Jefri. Hanna kena tahu sini banyak mak cik bawang."
"Itulah, akak. Malang betul Hanna dapat kerja sini. Ini semua sebab Tuan Jefrilah. Dia tak nak 'lepaskan' Hanna. So Hanna pun bekerja semula dengan dia."
"Hanna jangan rapat sangat dengan Tuan Jefri kalau tak nak Tengku Adurah mengamuk, ya?"
"Yalah, kak. Hanna akan jarakkan sikit jarak kami berdua." Hanna senyum. Dekat pejabat, mereka menjarakkan hubungan tapi di rumah, mereka dekatkan hubungan.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...