SEMALAM hantu Suraya yang datang mencarinya semalam, pagi ini datang pula benda yang mengerikan di luar kondonya. Melisa menjerit sehingga mengejutkan Tan Sri Halim yang sedang tidur dengan lena itu. Lelaki itu bergegas mendapatkan isterinya. Sebaik sahaja sampai di tempat Melisa, Melisa menunjuk ke arah benda yang digantung di pintu gril.
Ayam yang sudah disembelihkan bersama nota yang diikat di kaki ayam. Tan Sri Halim mengambil kertas itu.
Hutang darah, dibalas dengan darah kau, Halim. Dari Suraya.
Tan Sri Halim ketap bibir.
Sah! Suraya masih hidup dan dia mahu membalas dendam terhadapnya. Misi membalas dendam Suraya sudah bermula. Tan Sri Halim harus berhati-hati sekarang. Silap haribulan apa yang dia lakukan pada Suraya dahulu, Suraya akan buat benda sama padanya. Suraya pasti tidak mahu melepaskannya.
"You, siapa punya kerja ni?" soal Melisa. Dia terkejut melihat ayam mati digantung di pintu gril sewaktu hendak keluar membuang sampah.
"Suraya." Nama itu terbit dari Tan Sri Halim. Nama yang sudah lama dia lupakan dan sekarang nama itu menjadi satu perhitungan antara dia dengan Suraya.
"Siapa Suraya?"
"Musuh I yang tak senang duduk melihat I senang." Tan Sri Halim mahu mencari Suraya. Dia mahu membuat perhitungan dengan perempuan itu.
"Musuh atau kekasih you?" soal Melisa lagi. Dia mula mengesyaki Tan Sri Halim.
"You jangan nak curiga dengan I, Lisa. I tahu apa yang you sedang fikirkan dan I nak betulkan pemikiran you. Suraya tu berbahaya. Dia boleh buat apa sahaja dekat I atau dekat you. I nak you stay dalam rumah ni dan jangan keluar pergi mana-mana. Faham?!" tegas Tan Sri Halim. Melisa juga harus berhati-hati. Manalah tahu kalau Suraya mahu menyasarkan Melisa juga.
Suraya, kenapa kau masih hidup? Apa yang kau nak dari aku? Nak balas dendam?
Tak. Aku akan halang misi membalas dendam kau. Aku akan buat kau mati tanpa hidup semula.
"Faham." Melisa akur. Siapa orang yang bernama Suraya ini? Melisa menyoal dirinya yang tiada jawapan. Yang hanya ada jawapan ialah suaminya namun suaminya mesti tidak mahu memberitahunya. Sudahnya, Melisa ikut saja kata-kata suaminya.
Tan Sri Halim masuk ke dalam bilik. Dia menukar pakaian tanpa mandi. Kunci kereta diambil dan turun ke bawah. Sampai di lobi, dia menghubungi seseorang yang sudah lama tidak berhubung itu sejak 10 tahun yang lalu.
Tan Sri Halim mendapatkan keretanya di tempat letak kereta. Dia memandu laju menuju ke gudang lama yang hangus terbakar yang kini telah dibangunkan tempat membaiki kereta. Sampai di situ, dia keluar dari kereta. Mencari kelibat seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya.
"Mana bos kau?" tanya Tan Sri Halim pada pemuda yang lalu. Pemuda itu pekerja di bengkel kereta ini.
"Ada di dalam." Jawab pemuda itu.
Tan Sri Halim berjalan menuju ke bilik yang menempatkan pemilik bengkel kereta. Tanpa mengetuk pintu, Tan Sri Halim terus masuk dan duduk menghadap Lim.
"Kau tak bunuh dia, Lim!" tuduh Tan Sri Halim tanpa pembuka bicara.
"Aku dah bunuh dia, Halim. Mayat dia dah rentung. Siap ada abunya sekali." Balas Lim. Lim bekas orang suruhan Tan Sri Halim selain David pada 10 tahun yang lalu. Lim juga orang yang bertanggungjawab membakar Suraya hidup-hidup dahulu bersama Tan Sri Halim dan David. Selepas kejadian itu, Lim bersara dari melakukan kerja itu. Dia memulakan perniagaan dengan duit upah yang dia dapat. Cuma dia tidak menyangka bengkel dia ini adalah tempat gudang lama yang membunuh Suraya.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...