"ABANG,"
"Hm,"
"Kalau kita berpisah, abang akan cari Hanna tak?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Entahlah."
Hanna cubit pipi Jefri. Geram.
"Sakitlah, Hanna." Jefri meraba-raba pipinya yang dicubit oleh Hanna itu.
"Abang ni jahatlah!" Hanna bingkas bangun. Tak jadi nak mandi sungai bersama Jefri.
Jefri turut bangun. Dia menghalang langkah Hanna.
"Merajuk?"
"Haah, merajuk."
"Kalau merajuk, abang tak nak cari Hanna."
"Abang jahat!" jerit Hanna.
"Syhh, janganlah jerit kuat-kuat. Nanti Tok Pah dengarkan." Mata Jefri memandang sekitarnya. Takut Tok Pah tiba-tiba muncul bersama rotan panjangnya itu.
"Abang kena janji dengan Hanna yang abang akan cari Hanna kalau kita berpisah."
"Yalah, abang janji."
"Tapi kenapa kena berpisah, eh?" tanya Hanna.
"Entah. Rasanya kita takkan berpisah kut."
"Hanna tak nak berpisah dengan abang. Tak ada abang, Hanna rasa puas."
Tok Pah datang bersama dengan rotan panjangnya. Puas dia mencari Hanna merata-rata tempat. Rupa-rupanya ada di sungai tengah bermain dengan budak tak guna itu. Sudah banyak kali dia berpesan pada Hanna jangan jumpa dengan Jefri, tapi Hanna degil. Nak juga tengok dia marah. Si Jefri itu sudah ditegah jangan berjumpa dengan Hanna. Degil juga. Perangai memang sama dengan Suraya itu.
"Hanna!" laung Tok Pah mengejut dua kanak-kanak itu.
"Kau jangan lari, Jefri. Duduk situ!" Tok Pah turun ke bawah dengan berhati-hati. Sampai sahaja dekat Jefri, rotan yang dibawanya dilibas ke atas atas badan Jefri bertalu-talu.
Jefri menahan sakit. Sikit pun dia tidak bersuara menandakan dia sedang sakit dirotan oleh nenek kandungnya sendiri.
"Tok, jangan rotan abang!" Hanna menghalang Tok Pah.
"Ke tepi kau, Hanna. Jangan halang aku." Tok Pah menolak tubuh Hanna. Dia sambung merontan Jefri.
Hanna berlari mendapatkan ayahnya.
Sebaik sahaja mendapatkan ayahnya, Hanna bawa ayahnya ke sungai.
"Mak, sudah-sudahlah tu rotan budak tu." muncul Encik Nasir.
Tok Pah berhenti merontan. Jefri rebah atas tanah dengan nafas tercungap-cunggapnya. Jefri sakit seluruh badan.
"Kau tak reti nak jaga anak ke, Nasir? Aku dah suruh kau jangan bawa Hanna jumpa dengan budak ni, tapi kau biarkan dia." marah Tok Pah pada Encik Nasir pula.
"Apa salahnya kalau saya bawa Hanna jumpa dengan sepupunya?" soal Encik Nasir.
"Sepupu? Budak ni bukan sepupu Hanna tapi dia orang asing dalam keluarga kita."
"Emak, sudah-sudahlah marahnya itu. Dah sepuluh tahun, budaknya dah besar. Mak lepaskan kemarahan dekat budak ni tanpa fikirkan perasaannya."
"Habis perasaan aku siapa nak fikirkan? Kau semua hanya fikir diri sendiri aje. Dahlah, Hanna ikut tok balik rumah."
"Hanna tak nak balik!"
"Jangan nak melawan. Ikut tok balik juga." Paksa Tok Pah.
"Tak nak!" Hanna berdegil.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...