44

4.9K 138 0
                                    

"MANA dia?" soal Haqeem.

"Tak tahu tapi Razlan dalam perjalan ke sini untuk mencari dia."

"Kau yakin Razlan akan jumpa dia?"

"Aku yakin."

"Tapi aku tak yakin dekat kawan kau tu sebab dialah punca Halim dapat melepaskan diri. Entah-entah dia rakan subahat Halim. Yalah. Orang tua macam Halim tu bukannya kuat pun tapi dapat juga dia melarikan diri dari pihak polis." Haqeem menuduh seraya tidak berpuas hati dengan cara kerja Inspektor Razlan. Ketika dia berada dalam tahanan, Inspektor Razlan melayannya dengan kasar. Tubuh dan mukanya selalu ditumbuk dengan penumbuk Inspektor Razlan. Itu yang membuatkan Haqeem rasa sakit hati dengan Inspektor Razlan.

"Percayalah pada Razlan. Dia dah berusaha sampai sekarang untuk pastikan pembunuh dapat meringkuk dalam penjara."

"Berusaha konon. Habis kau buat apa? Duduk kat rumah goyang kaki dan buat aku tengok drama entah apa-apa ni? Kau langsung tak rasa takut walaupun Halim sedang bebas dan sekarang dia berada kat kampung ini untuk bunuh kita."

"Aku bukan tak berusaha tapi aku..." belum sempat Jefri nak habiskan ayatnya, Haqeem memintas.

"Aku apa? Kau asyik sibuk nak jadi lelaki romantik dekat isteri kau tu. Setiap hari duduk kat rumah tanpa buat apa-apa. Langsung tak fikir apa-apa rancangan untuk mencari pembunuh tu."

"Aku dah buat rancangan cuma Razlan tidak bersetuju sebab ia akan membahayakan rancangan kita." Bukan dia tidak berusaha. Dia sudah berusaha cuma Inspektor Razlan berkeras tidak mahu Jefri masuk campur dalam kes berbahaya ini.

"Kau pentingkan diri sendiri, Jefri. Mentang-mentanglah ibu kau masih hidup, kau dah tak peduli dengan mak aku yang mati di tangan pembunuh tu."

"Tak, aku bukan pentingkan diri sendiri. Aku juga nak balas dendam atas kematian mak kau tapi kau kena faham situasi kita sekarang. Kalau antara kita berdua bertindak, habis semua orang dalam rumah ni dalam bahaya." Jelas Jefri.

"Kalau betul kau nak balas dendam, kau ikut aku. Kita berdua cari pembunuh dia. Aku memang tak yakin dengan kawan kau tu."

"Haqeem, kau jangan berperangai macam ni. Kau kena yakin yang Halim pasti akan ditahan juga. Kau tak perlu risau." Jefri menyakinkan Haqeem. Dia tahu Haqeem mahu Tan Sri Halim segera ditangkap. Dia juga mahu Tan Sri Halim ditangkap juga.

"Aku nak bunuh dia!" Dendam Haqeem telah kembali. Dendam untuk menjadikan dirinya sebagai pendendam yang mahu membalas dendam terhadap kematian ibunya.

"Haqeem, jangan bertindak terburu-buru." Jefri bangun.

"Dia dah bunuh mak aku, Jefri!"

"Ya aku tahu tapi kau nak bunuh dia tak membantu kau membalas dendam bagi pihak mak kau. Malah kau lebih kurang macam dia aje. Kau akan jadi pembunuh yang akhirnya meringkuk di dalam penjara atau menunggu hukuman mati. Biar pihak polis yang uruskan kes ni. Jangan bahayakan diri." Ujar Jefri menenangkan amarah Haqeem.

Haqeem mengenggam buku lima.

"Orang macam dia tu tak layak untuk hidup, Jefri. Dia patut mati!"

"Dia memang patut mati tapi bukan mati ditangan kau. Kau jangan sesekali kotorkan tangan kau bunuh dia."

"Aku tak peduli tangan aku kotor atau tidak, Jefri asalkan aku dapat bunuh lelaki yang dah bunuh mak aku."

"Tolonglah kasihankan kami semua. Kau lagi penting dari dia." rayu Jefri. Dia tidak mahu Haqeem masuk penjara kerana membunuh. Yang sepatutnya masuk penjara adalah Tan Sri Halim, bukan Haqeem.

"Pihak polis tak mampu nak tangkap dia. Biar aku yang tangkap dia. Aku akan bunuh dia sebagaimana dia bunuh mak aku." Haqeem tidak peduli apa hukuman yang akan dia dapat selepas ini. Dia tidak akan berpuas hati sekiranya Tan Sri Halim tidak mati di tangannya.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now