6

8.5K 309 5
                                    

"ESOK kau cuti dan masuk kerja pada hari isnin." Ujar Tuan Jefri semasa menghantar Hanna pulang.

Hanna menyandar di sofa dengan kepenatan berganda. Tuan Jefri itu ligat memperkenalkan dia dengan ramai VIP dan VVIP yang datang di majlsi Tengku Jaafar. Terpaksalah Hanna berpura-pura mengiyakan perbohongan yang sedang dilakukan oleh Tuan Jefri itu. Hanna risau kalau perbohongan ini mendatangkan masalah kepadanya suatu hari nanti. Tengoklah ketika Tuan Jefri berhadapan dengan Tan Sri Halim. Tan Sri Halim itu seperti orang yang kejam dengan memaksa Tuan Jefri ikut kemahuannya.

Hanna tidak mengenali Tan Sri Halim dengan lebih dekat. Pengerusi Keris Corperation itu jarang sekali datang atau tidak pernah datang ke syarikat. Segala urusan dibawah Tuan Jefri dan apapun keputusan, Tuan Jefri yang tentukan. Ketika Hanna pertama kali kerja di sini, Tuan Jefri sudah pun menjadi CEO. Baru setahun lebih dia bekerja bawah Tuan Jefri, selok-belok dalam dunia korperat semakin difahami Hanna dan malam inilah dia menyaksikan bagaimana orang korperat melakukan sesuatu untuk memastikan syarikat dan keinginan mereka untuk terus berjaya dalam industri yang mereka ceburi itu.

"Eh, bila masa kau balik?" muncul Suraya dengan muk berisi air milo di tangannya. Dia duduk bersebelahan Hanna. Remote dicapai dan rancangan kartun kegemarannya dibuka.

"Baru aje. Huh, penat gilalah." Luah Hanna.

"Tuan Jefri buat apa dekat kau?"

"Dia buat benda teruk."

"What? Dia rogol kau ke?" Suraya meletakkan muk dimeja dan menggoncangkan tubuh Hanna.

"Hesy, bukanlah. Dia tu bukan bernafsu pun dekat aku ni."

Suraya ambil semula muknya dan meneguk air milonya.

"Habis tu, apa?"

"Aku ingatkan dia nak memperkenalkan aku as girlfriend dia depan Tengku Jaafar aje, tapi dekat semua orang yang dia kenal tu. Aku takut akan jadi masalah nanti. Dahlah aku setiausaha dia. Pergi jumpa klien dia, mesti akan kata aku girlfriend dia sedangkan bukan. Aku yakin ofis kita tu akan ada persatuan makcik bawang hah."

"Alah, rilekslah. Ada sebablah tu kenapa Tuan Jefri buat macam tu."

"Yalah, dia ada sebab. Sebab tak nak berkahwinkan dengan Tengku Adurah. Tuan Jefri itu takut betul nak kahwin dengan Tengku Adurah. Macam Tengku Adurah tu ahli sihir pula."

'Sebab cinta itulah membunuh ibu aku. Kerana dia cintakan lelaki itu, dia abaikan aku dan akhirnya mengorbankan diri sendiri.'

Kata-kata Tuan Jefri itu membuatkan Hanna berfikir panjang. Salah satu sebab mengapa Tuan Jefri tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adurah dan tidak mahu bercinta kerana ibunya. Zaman silam Tuan Jefri mesti ada kaitan dengan hal ini.

Hanna tidak mahu masuk campur. Itu urusan Tuan Jefri.

"Fuhh, kalau berkahwin tanpa cinta, rumit tau."

"Hm, yalah. Macam kes aku dengan Abang Haniflah. Tok Pah beria-ia nak aku kahwin dengan Abang Hanif. Aku tak cintakan Abang Hanif, Su. Aku anggap dia macam abang kandung aku aje. Dahlah, tinggal beberapa hari aje masa ni. Calon pun tak ada lagi." Hanna mula kerisauan. Menghitung hari untuk bertemu dengan Tok Pah. Sesungguhnya dia betul-betul tidak mahu berkahwin dengan Abang Hanif itu.

"Jadinya, kau dah ada calon?"

"Tak ada." Hanna nak menangis.

"Apa susah, kau minta tolong aje dengan Tuan Jefri tu jadi teman lelaki kau." cadang Suraya.

"Hesy, taknaklah aku. Dia bukan sudi sangat pun nak bantu aku."

"Kalau dia suruh kau jadi teman wanita kau, takkanlah tak boleh kau minta tolong dengan dia. Fikir logiklah dan ini situasi win-win kan."

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now