MUSIN CUTI SEKOLAH. Jefri duduk terperap dalam rumah menjaga adiknya yang tengah deman. Ibunya pergi menoreh getah. Bapanya pula pergi berjudi dari semalam tidak balik. Segala kerja rumah dan kerja sekolah sudah pun Jefri siapkan. Bolehlah dia fokus pada adiknya, Airin ini. Airin sudah deman sejak tiga hari yang lalu. Pak Lang Nasir sudah membawa Airin ke klinik dan doktor kata deman Airin tidak teruk kerana segera dibawa untuk mendapatkan rawatan.
"Assalamualaikum..." Hanna memberi salam.
Jefri bangun apabila terdengar suara Hanna di luar. Dia membuka pintu. Seorang budak perempuan tercegat di hadapan Jefri.
"Eh, Hanna."
"Jawablah salam Hanna tu."
"Waalaikumussalam. Hanna datang seorang je? Mana pak lang?"
"Ayah menebas kat ladang nenas dengan mak. Hanna bawa makanan untuk abang." Hanna menghulurkan bekas berisi gulai kari ayam dan daging gulai kicap.
"Hanna tak takut ke datang sini? Rumah abang dengan rumah Hanna jauh tau." Jefri dan Hanna masuk. Jefri mencedok nasi ke dua pinggan lalu diberikan kepada Hanna. Mereka berdua bersila dan menikmati juadah yang dibawa oleh Hanna.
"Ayah hantar Hanna tadi."
"Jangan datang sini seorang diri tau. Bahaya." Pesan Jefri. Hanna yang berusia lima tahun ini selalu datang ke rumah buruknya. Jefri pula tidak berani pergi ke rumah Tok Pah itu. Tok Pah garang dan tidak sukakan dia datang ke rumah tu.
"Ya, Hanna tahu."
Usai makan, Jefri membasuh pinggan dan bekas milik Hanna. Hanna mengeluarkan buku mewarna bersama pensel warna yang dibawanya. Airin yang sebaya dengan Hanna pula sedang tidur selepas makan ubat.
"Abang, kenapa abang tak datang rumah Tok Pah semalam? Semalam Tok Pah buat ayam bakar tau. Sedap ayam bakar Tok Pah."
Jefri menelan air liur. Sudah lama dia tidak makan ayam bakar. Ibunya selalu tidak ada duit untuk membeli seekor ayam kerana wang yang ada selalu dikebas oleh bapanya untuk berjudi.
"Sedapnya Hanna."
"Haah, memang sedap. Rugi abang tak datang."
"Hm, macam mana abang nak pergi kalau Tok Pah tak sukakan abang."
"Hanna boleh pujuk Tok Pah supaya benarkan abang datang."
"Tak payahlah."
Dalam keluarganya, Jefri hanya rapat dengan Hanna dan Pak Lang Nasir sahaja. Yang lain semuanya menjauhkan diri darinya. Kata ibunya, mereka bencikan ibu dan bapanya. Puncanya Jefri tidak tahu kenapa.
#
"KENAPA pak lang tengok tangan saya macam nak makan aje?" tegur Jefri bila anak mata Encik Nasir fokus pada lengan kanannya. Pasti Encik Nasir sudah tahu siapa dirinya. Dengan tanda kelahiran ini dapat membuktikan siapa dirinya pada Encik Nasir.
"Kenapa kamu tak balik sini, Jef?" soal Encik Nasir. Kenapa anak muda itu tidak pulang ke kampung setelah bertahun-tahun lamanya?
"Macam mana saya nak balik sini selepas saya kena halau dari rumah tu ketika meminta bantuan dari Tok Pah? Tok Pah suruh saya jangan jejak kaki di kampung ini." kerana kata-kata itu membuatkan Jefri bersumpah tidak mahu menjejaki rumah dan tanah kampung ini lagi.
"Ya Allah, Jefri. Kamu tahu tak berapa tahun pak lang cari kamu? Merata-rata pak lang cari kamu." Encik Nasir seperti orang gila mencari Suraya dan Jefri. Dia mahu membawa pulang dua anak beranak itu ke kampung ini. Setelah gagal mencari Suraya dan Jefri di Kuala Lumpur, Encik Nasir pulang ke kampung dengan kehampaan.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...