37

3.9K 159 16
                                    

AIRIN terkejut melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Bukan Airin saja yang terkejut, Tengku Jaafar juga terkejut. Mereka berdua tidak menyangka Haqeem datang ke sini. Bukankah Haqeem sedang berada di dalam penjara?

"Saya tahu apa kamu berdua sedang fikirkan. Saya telah dibebaskan oleh hakim dan tidak disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh ayah saya." Haqeem dapat membaca fikiran Airin dan Tengku Jaafar.

"Tapi awak tetap bersalah. Awak anak kepada pembunuh tu." Airin menyelar. Kesalahan Haqeem sukar dimaafkan kerana dia berdarah keturunan Tan Sri Halim, lelaki yang telah membunuh orang termasuk ibunya sendiri. Bertahun-tahun abang dan ibunya hidup dalam kegelapan gara-gara bapa kandung Haqeem ini.

"Saya minta maaf Airin kerana lahir menjadi anak kepada pembunuh tu." ujar Haqeem.

Matanya sayu memandang wajah cantik itu. Pada Airin, dia tetap membuat dosa. Dosa menjadi anak kepada si pembunuh. Buanglah apa saja yang melekat pada dirinya tetapi kenyataan dan fakta yang dia anak pembunuh itu tidak boleh dibuang. Airin memandangnya dalam kategori tidak mempercayai. Buat apa saja untuk menagih kepercayaan dalam diri Airin, dia takkan dapat. Tetapi dia tulus mencintai gadis itu dan dia tahu gadis itu turut mencintainya. Cuma Airin tidak mahu mengaku hal yang sebenarnya.

Lakonan Airin bukan sengaja dibuat tetapi itu benar cuma kerana rancangan dia buat dahulu menyebabkan Airin berlakon dan berpura-pura tidak mencintai Haqeem. Dia tahu semua itu. Airin tidak mungkin menghapuskan perasaan itu.

"Jadi apa awak buat kat sini? Awak nak bunuh kami semua?" tuduh Airin. Walaupun hati mencintai dia tetapi Airin harus tahu Haqeem berketurunan pembunuh.

"Airin, saya datang nak jumpa awak." Mata masih menatap wajah yang dicintai itu.

"Saya tak nak tengok muka awak. Pergi dari sini, Haqeem." Halau Airin. Dia menghalakan pandangan ke arah lain. Tidak mahu menatap wajah itu. Sakit di hati masih ada. Sukar hendak membuangnya.

"Kalau saya tak nak, apa awak nak buat?" Haqeem berkeras mahu bertemu dengan Airin.

"Pergi dari sini!" tegas Airin.

"Airin, tidak elok halau tetamu yang datang." Ujar Tengku Jaafar. Rasa kasihan melihat Haqeem yang menjadi mangsa Tan Sri Halim.

"Dia bukan tetamu kita, papa. Dia ni manusia yang tak layak jejak kaki ke rumah yang penuh dengan mangsa bapa dia." hambur Airin tanpa memikirkan perasaan Haqeem.

"Dia tak bersalah dalam hal ni. Yang bersalah bapa dia. Jangan letak kesalahan bapanya ke atas dia. Fikirkanlah perasaan dia, Airin." ujar Tengku Jaafar. Rasa ini bukan sebab Tan Sri Halim tetapi sebab cinta yang tersekat di tengah jalan.

"Pa, dia anak pembunuh ibu." Airin pandang ayah tirinya.

"Tapi dia tak bunuh ibu kan? Ibu selamat dari kena bunuh tetapi masih ada mangsa yang hilang nyawa di tangan Halim. Namun Haqeem tidak wajar dipersalahkan kerana memiliki darah keturunan bapanya." Tengku Jaafar membetulkan ayat Airin.

"Jadi papa nak benarkan lelaki ni jejak kakinya kat rumah kita? Kaki yang dah kotor akan mengotorkan lagi rumah kita yang tengah dalam kesusahan ni. Manalah tahu kedatangan dia ke sini ada muslihat lain. Bapa dia yang suruh dia datang sebab nak bunuh kita semua." Tuduh Airin.

"Airin. Saya dan papa tiada kaitan lagi. Hubungan kami dah lama renggang dan sewaktu papa melarikan diri semasa ditahan, saya tidak tahu akan hal tu." Haqeem tidak mahu dirinya terus dipersalahkan namun dia semakin membenci bapa kandungnya itu. Kesalahan bapa kandungnya dilepaskan ke bahunya.

"Kamu masuk ke dalam, Airin. Papa tak nak terjadi apa-apa pergaduhan kat sini." Tengku Jaafar mahu meredakan keadaan.

"Papa kena halau dia ni!" tegas Airin pada Tengku Jaafar.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now