9

8K 314 6
                                    

HANNA tidak tahu sihir apa yang dihantar oleh Tuan Jefri sehingga dia boleh bersetuju pergi dinner di rumah Tengku Jaafar. Tahu-tahu saja dia sudah berada di depan rumah Tengku Jaafar bersama Tuan Jefri. Ah, kenapa dia boleh bersetuju! Ini kali kedua dia bersubahat dengan Tuan Jefri untuk membuat dosa. Bosnya ini benar-benar syaitan yang menariknya masuk ke dalam neraka.

Pintu rumah Tengku Jaafar terbuka.

Mata Hanna terpukau melihat keindahan rumah agam milik kerabat diraja ini. Sangat cantik dalamannya yang dihiasi dengan perabot yang mahal dari luar negara ini. Hanna dan Jefri disambut oleh pembantu rumah Tengku Jaafar, Bibik Susanti. Bibik Susanti membawa Hanna dan Jefri ke meja makan. Meja makan dihiasi dengan pelbagai juadah makanan yang sedap-sedap. Hanna dan Jefri diminta duduk sementara menunggu Tengku Jaafar siap memasak.

"Hai, sorry buat kamu berdua tunggu lama." Muncul Tengku Jaafar dengan apron yang masih belum ditanggalkannya. Jefri bangun dan bersalaman dengan Tengku Jaafar.

"Tak apa. Kami baru aje sampai." Ujar Jefri.

Tengku Jaafar menanggalkan apron dan memberikan apron itu kepada pembantu rumah.

"Bik, bawa Puan Naurah ke mari. Tetamu dah sampai." Beritahu Tengku Jaafar.

Tengku Jaafar dan Jefri duduk. Tengku Jaafar duduk di kerusi utama manakala Jefri duduk menghadap Jefri.

"Tengku pandai memasak?" tanya Hanna.

Tengku Jaafar senyum.

"Saya baru aje belajar memasak. My wife dia nak makan air tangan saya sejak akhir-akhir ni. So, terpaksa saya korbankan kejantanan saya demi my wife."

Hanna ketawa perlahan.

"Untung isteri Tengku dapat suami yang pandai memasak."

"Jefri pandai memasak tak?" soalan daripada Tengku Jaafar membuatkan Hanna kaget.

"Tak." Jawapan jujur daripada Hanna.

Jefri menyepak kaki Hanna. Hanna terjerit kecil.

"Jangan nak suruh isteri aje yang memasak, Jefri. You kena pandai juga memasak. Nanti Hanna sakit, you yang kena bantu dia. Orang sakit ni dia nak makan suaminya yang buat aje tau." Pesan Tengku Jaafar membuatkan Jefri merah mukanya. Terasa panas sekejap badan Jefri.

Siaplah kau, Hanna.

Bibik Susanti membawa turun Puan Naurah dari lif. Dia membawa Puan Naurah ke ruang tamu. Dia kembali pada Tengku Jaafar.

"Sebelum kita menjamu selera, I nak bawa Hanna jumpa my wife."

Hanna terpinga-pinga. Apa maksud Tengku Jaafar?

"Sebenarnya, I bawa you ke sini sebab Puan Naurah teringin nak jumpa you." beritahu Jefri akan hal sebenar kepada Hanna.

"Hah?" Hanna tidak faham. Kenapa Puan Naurah mahu berjumpa dengannya.

"Pergilah jumpa dengan Puan Naurah." Arah Jefri.

"Hanna, isteri I terlibat dalam kemalangan sepuluh tahun yang lalu. Kemalangan tu bukan saja meragut kedua-dua belah kakinya malah senyumannya sekali. Selama tempoh itu, kami tidak melihat senyuman dan hilai tawanya lagi. Isteri saya i jarang bercakap tetapi ketika I mengadakan majlis bulan lepas, tiba-tiba dia bercakap dan mahu I bawa you jumpa dia sebab dia nampak you tapi I tak sempat jumpa you kerana you dan Jefri sudah pun pulang. Sejak dari itu, dia selalu cakap nak jumpa you. I harap dengan perjumpaan you dengan Naurah, you boleh pulangkan semula senyuman dan hilai tawanya." Jelas Tengku Jaafar. Rahsia yang disimpan oleh dia dan Puan Naurah menyebabkan Tengku Jaafar sanggup melakukan apa sahaja demi melihat Puan Naurah bahagia semula.

TUAN JEFRITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang