TINGGAL seminggu saja lagi untuk Hanna mencari calon suaminya. Puas Hanna fikirkan siapa yang harus dia bawa berjumpa dengan Tok Pah. Namun dia menemui jalan buntu. Seboleh-bolehnya, Hanna tidak mahu berkahwin dengan Abang Hanif itu. Memang sudah menjadi prinsipnya yang dia tidak akan berkahwin dengan ahli keluarga sendiri.
Kerana perkara itulah yang membuatkan Hanna tertekan mencari calon suami dalam masa yang telah ditetapkan oleh Tok Pah itu. Dia malu sebenarnya mahu mencari lelaki hanya semata-mata untuk dijadikan calon suami atau calon cucu menantu untuk Tok Pah. Nak cari, kenalah kenal hati budi dahulu baru boleh dijadikan calon. Kan?
Ayahnya pula sudah menelefon menanyakan hal itu.
Stress oiii.
Lagi stress dari kena buli dengan Tuan Jefri itu.
Aduh pening kepala!
Hanna menyandar di kerusi. Sudahlah tertekan dengan masa yang kian menghampiri, tambah tertekan dengan lima buah fail yang tebal berada di mejanya. Hanna siap menyemak selama 20 minit. Fail-fail itu dia angkat dan dibawa masuk ke dalam bilik Tuan Jefri.
"Tuan, saya dah siap semak."
"Letak di meja."
"Baik."
Sedang Hanna mengatur langkah untuk keluar dari bilik Tuan Jefri, Tuan Jefri memanggil namanya.
"Ya, Tuan. Ada apa-apa lagi?"
"Awak dah ada boyfriend?" soal Tuan Jefri.
Berkerut dahi Hanna.
"Kenapa, tuan?" soalan berbalas soalan.
"Jawab ajelah soalan saya. Dah ada ke belum?"
"Belum ada."
"Serius?"
"Ya, saya serius."
"Kau duduk." Arah Tuan Jefri.
Hanna duduk menghadap Tuan Jefri.
Tuan Jefri menarik laci meja dan mengeluarkan sekeping kad berwarna keemasan. Dia letak kad itu di atas meja untuk Hanna baca.
"Itu jemputan ke majlis makan malam bersama Yang Mulia Tengku Jaafar. Tengku Jaafar nak kumpulkan ahli perniagaan dalam industri pembinaan termasuk aku. Kata Tan Sri Halim, dia nak kenalkan aku dengan anak Tengku Jaafar iaitu Tengku Adurah untuk merapatkan lagi hubungan kedua-dua syarikat. Kau tahukan Tengku Jaafar itu mempunyai pengaruh yang luas dalam bisnes dan Tan Sri Halim nak gunakan peluang ini untuk memastikan syarikat kita terus gah dalam industri pembinaan ini. Tapi aku tak nak. Aku tak ada keinginan untuk mengenali Tengku Adurah sebab aku dapat rasakan Tan Sri nak aku kahwin dengan perempuan itu demi kepentingan dia." jelas Tuan Jefri.
"Err, Tan Sri nak tuan kahwin dengan Tengku Adurah?" tanya Hanna untuk kepastian.
"Mungkin ya. Mungkin tidak tetapi cara Tengku Halim itu seperti mahu aku kahwin dengan anak Tengku Jaafar itu." Taktik Tan Sri Halim itu harus dia waspada. Dia tidak mahu menjadi alat Tan Sri Halim mendapat kepuasan diri sendiri. Dia menjadi CEO syarikat Tan Sri Halim sebab nak pastikan syarikat itu berdiri gah di persada industri pembinaan.
"Apa susah, kahwin ajelah."
"Perkahwinan tanpa cinta itu hanyalah sia-sia sahaja. Rumah tangga yang dibina tidak akan bertahan lama." Tuan Jefri tidak mahu berkahwin kerana bisnes. Dia perlukan cinta juga.
Hanna terdiam. Dia tersentap. Betul kata Tuan Jefri. Tanpa cinta, rumah tangga seperti kosong.
"Jadi apa rancangan Tuan?"
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...