16

7K 281 0
                                    

           

HANNA berpindah masuk ke rumah agam Jefri. Rumah agam yang besar itu mempunyai enam bilik. Dan Hanna telah memenuhi bilik yang ke empat. Bilik Hanna sangat luas dan besar berbanding dengan bilik di rumah sewanya. Biliknya lengkap dengan almari, meja, katil, bilik air serta komputer. Kata Tuan Jefri, disebalik kerjanya sebagai penjaga, Hanna juga kena melakukan kerja belakang tadbir syarikat iaitu setiausaha Tuan Jefri yang menguruskan jadual mesyuarat dan beberapa tugas untuk Tuan Jefri. Tuan Jefri tidak mahu mengambil setiausaha baru.

Hanna baring di atas katil yang empuk itu. Matanya memandang syiling putih. Rasa sejuk dari aircond membuatkan Hanna memeluk tubuhnya. Dia mula berfikir. Adakah betul keputusannya berpindah masuk di rumah Tuan Jefri ini hanya kerana dia mahu menjaga Tuan Jefri yang masih sakit itu? Tuan Jefri itu nampak saja kuat tetapi masih terasa kesan tikaman di bahagian belakangnya dan Tuan Jefri masih berkerusi roda.

Dia rasa bersalah terhadap Tuan Jefri kerana Tuan Jefri melindunginya dari serangan Hanif gila itu. Jadi... Hanna akan tinggal dalam rumah agam ini sehingga Tuan Jefri sembuh. Selepas itu, dia akan keluar dan mencari kerja baru pula. Yalah. Dia sudah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha. Cuma dia kena lakukan kerja di belakang tadbir syarikat aje.

Cinta?

Kenapa dengan cinta?

Tuan Jefri cintakan kau, Hanna.

Mengarutlah.

Mustahil Tuan Jefri cintakan aku? Atas sebab apa dia cintakan aku? Nak jatuh cinta mesti kena ada sebabnya dan apa sebabnya?

Tuan Jefri itu sengaja mahu mempermainkannya. Dia tak mudah mempercayai kata-kata Tuan Jefri. Tapi... Tuan Jefri akan buat apa sahaja untuk pastikan kau jatuh cinta padanya. Heh. Buat ajelah. Dia memang takkan jatuh cinta padaTuan Jefri itu.

"Kau dah lupa agaknya apa janji kita masa kecil dahulu."

Janji?

Hanna bangun dari pembaringan.

Kata-kata Tuan Jefri berkenaan janji itu membuatkan Hanna berfikir sejenak. Kenapa Hanna rasa ada sesuatu tidak kena dengan janji itu?

Janji kita masa kecil.

Janji aku dengan Tuan Jefri masa kecil? Aku kenal Tuan Jefri dari kecil lagi ke? Aku baru aje kenal dia setahun lepas. Hesy, apa ni.

Adakah Tuan Jefri dengan dia pernah mengenali antara satu sama lain?

"Abang Jef, Hanna nak kahwin dengan Abang Jef bila Hanna besar nanti."

Hanna hanya pernah membuat janji dengan Abang Jef, bukan dengan Tuan Jefri. Dia berjanji dengan Abang Jef yang dia mahu menikahi Abang Jef. Tapi Abang Jef tiba-tiba menghilangkan diri dengan Mak Su Suraya membuatkan Hanna terpaksa membatalkan janji itu. Kata ayah, Abang Jef tak akan kembali lagi dan janji itu hanya tinggal janji saja.

Janji kita masa kecil.

Janji kita masa kecil? Apakah janji itu?

Nama penuh Abang Jef, Jefri. Nama Tuan Jefri, Jefri Tan. Jefri Tan dan Abang Jef...

Wajah mereka. Abang Jef ada iras orang Cina. Tuan Jefri pun sama dan mereka berdua ada satu persamaan. Senyuman.

Kenapa tiba-tiba aku rasa mereka berdua orang yang sama? Tapi mustahil. Tak mungkin mereka orang yang sama.

Hanna keluar dari bilik. Dia mahu mencari sesuatu dalam bilik Tuan Jefri. Pasti ada klu yang menyatakan Tuan Jefri itu adalah Abang Jef atau bukan. Gambar. Ya. Gambar yang boleh mengesahkan siapa Tuan Jefri itu. Hanna perlukan pengesahan kerana hatinya sekarang mahukan sebab mengapa dia asyik terfikirkan janji dan kata-kata cinta Tuan Jefri sejak akhir-akhir ini.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now