MAK SENAH jatuh tangga!
Dia terduduk di atas lantai di dapur seorang diri dengan kesakitan di bahagian punggung. Tangannya pegang erat telefon kerana dia baru sahaja selesai berbual dengan Pak Mail yang sekarang ini berada di tanah suci mengerjakan umrah. Dalam kesakitan yang dialami, Mak Senah gagahkan jari-jemari mendail nombor Airin. Rumah Airin dengan rumahnya tidaklah jauh sangat. Boleh datang dengan berjalan kaki.
Tetapi waktu sudah malam. Dia berharap Airin tidak tidur pada masa begini. Panggilan bersambung.
"Assalamualaikum, mak." Airin memberi salam.
"Rin, mak jatuh tangga!" beritahu Mak Senah.
"Hah? Mak kat mana tu?" soal Airin cemas. Hanna disebelah pandang Airin.
"Mak jatuh kat tangga dapur ni. Sakit sangat ni, Rin. Tolong mak. Hantar mak ke hospital." Pinta Mak Senah.
"Ya, ya. Mak tunggu tau. Rin datang sekarang juga." Hati Airin berbuah kerisauan. Mak Senah sudahlah tinggal seorang diri sekarang. Dia pernah suruh Mak Senah tinggal di rumah pusaka ini untuk sementara waktu tetapi Mak Senah tidak mahu.
Panggilan dimatikan. Airin bingkas bangun.
"Hanna, kau boleh drive tak?" tanya Airin. Jefri dan Tengku Jaafar tiada di rumah kerana menghadiri jamuan makan di rumah salah seorang penduduk kampung bersama Encik Nasir. Lelaki yang ada di rumah sekarang hanya ada Haqeem. Airin tak nak minta tolong dengan Haqeem.
"Boleh. Kenapa? Mak Senah sakit ke?" soal Hanna.
"Haah. Sakit kerana jatuh tangga."
"Ya allah, macam mana boleh jadi macam tu?"
"Tak tahulah. Jomlah pergi ke rumah mak." ajak Airin sambil menarik tangan Hanna.
Hanna bangun setelah tangan ditarik.
"Kejap, aku ambil kunci kereta dalam bilik." Mujurlah ada kereta yang tidak digunakan. Jefri, Tengku Jaafar dan Encik Nasir menggunakan kereta Tengku Jaafar sebentar tadi. Hanna masuk bilik dan mengambil kunci kereta di atas meja. Dia keluar dari bilik dan bertembung dengan Haqeem yang datang dari dapur.
"Kau nak pergi mana ni?" tanya Haqeem setelah melihat Hanna tergesa-gesa.
"Mak angkat Airin jatuh tangga pula. Aku kena pergi ke rumah dia ni nak hantar ke hospital." Beritahu Hanna.
"Aku nak ikut, boleh?" pinta Haqeem. Tiba-tiba aje nak mengikut pula. Yalah. Bosan duduk di rumah tak ada benda nak buat. Tadi masa kat dapur, Puan Rahmah dan Puan Naurah mengajaknya buat kuih tart nenas. Huish. Tidak mahu le teman membuatnya. Itu kerja perempuan, bukan kerja dia sebagai lelaki.
"Hanna," Airin memanggil dari ruang tamu.
"Ikut ajelah."
Haqeem menuruti Hanna dari belakang ke ruang tamu. Terjenggul wajah Airin yang sedang resah itu. Dia masuk ke dalam kereta Hanna dan duduk di hadapan sebelah Hanna.
"Apasal abang kau ikut sekali ni?" soal Airin bila berada di dalam kereta.
"Saja." Jawab Haqeem.
"Awak keluar sekarang. Saya tak nak awak ikut saya." arah Airin. Time orang tengah kelam-kabut, ada hantu nak mengikut pula.
"Ini kereta adik saya, suka hati sayalah nak ikut ke tak." balas Haqeem membuatkan Airin naik geram.
"Keluarlah!" tegas Airin. Tidak suka Haqeem ikut.
"Tak nak!" Haqeem berdegil.
"Awak dah kenapa pula? Tak faham bahasa ke yang orang tak nak dia ikut?"
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...