19

6.8K 230 4
                                    

"HANNA tak boleh ikut kita pergi KL." Ujar Jefri pada Airin. Tika ini mereka berada di bilik Jefri. Jefri keresahan dengan berita yang baru diterimanya sebentar tadi. Semakin rumit rancangannya selepas ini.

"Kenapa pula?" soal Airin.

"Abang tak nak bahayakan keselamatan Hanna bila berdepan dengan Tan Sri Halim." Keselamatan Hanna menjadi keutamaan Jefri sekarang. Kerisauan Jefri bertambah berganda apabila berlakukan pembunuhan lagi oleh Tan Sri Halim.

"Tapi Tan Sri Halim tak tahu siapa kita dan juga Hanna." Orang tua itu tidak tahu siapa Jefri. Dan Tan Sri Halim juga amat mempercayai Jefri.

"Kalau dia dapat tahu secara tiba-tiba, macam mana? Dia akan sasarkan Hanna dan juga kamu."

"Kita kena pastikan dia tak tahu."

"Dia sangat bijak, Airin. Dia mampu menewaskan abang dengan sekelip mata jika dia mahu cuma sekarang dia tak tunjukkan kehebatannya saja."

Jefri mendapat maklumat tentang pembunuhan seorang pemilik kelab malam daripada seseorang yang telah lama dia kenal. Pemilik kelab malam itu adalah bos kepada Suraya dulu dan pembunuhnya ialah Tan Sri Halim. Jefri mula bimbang akan Hanna dan juga adiknya. Seandainya rahsia siapa sebenarnya Jefri terbongkar, Hanna dan Airin akan menjadi mangsa seterusnya. Dan lebih parah lagi jika Tan Sri Halim tahu apa tujuan sebenar Jefri memasuki Keris Corperation.

Menurut kenalan lamanya itu, kematian David berpunca daripada arahan yang Tan Sri Halim berikan tetapi tidak dilaksanakan David menyebabkan Tan Sri Halim bertindak membunuhnya. Jefri kenal David. David bukanlah jahat seperti Tan Sri Halim. Orangnya baik sebenarnya cuma disebabkan dia mabuk dengan wang, dia sanggup melakukan apa sahaja dan tak sangka nyawa David hilang ditangan Tan Sri Halim.

"Habis tu macam mana?" soal Airin. Sakit kepalanya memikirkan hal yang berat ini. Dia harus membantu abangnya demi menuntut bela ke atas kematian ibu mereka.

"Satu syarikat tahu Hanna telah berhenti kerja tapi mereka tak tahu sebab apa Hanna berhenti kerja. Abang nak Airin beritahu staf yang Hanna berhenti sebab masalah peribadi. Kemudian abang akan teruskan rancangan abang dengan Tengku Jaafar dengan berpura-pura bertunang dengan Tengku Adurah." Jefri tidak boleh bersabar lagi. Dia perlu teruskan rancangannya.

"Abang tak rasa rancangan abang ni boleh membuatkan hati Hanna terguris?"

"Kenapa?"

"Abang bertunang dengan Tengku Adurah tu menampakkan abang mempermainkan hati Hanna." Airin tidak bersetuju dengan rancangan Jefri. Walaupun dengan berpura-pura bertunang dengan Tengku Adurah, tindakan itu boleh menyakitit perasaan Hanna. Lagipun Hanna tidak tahu mengenai pertunangan ini.

Tengku Adurah itu sebenarnya menyukai Jefri. Airin tahu daripada pekerja Tengku Adurah. Tengku Adurah sudah mula mencanang yang dia dan Jefri akan bertunang dalam terdekat. Sikap dan perangai Tengku Adurah itu membuatkan Airin tidak suka. Sikap keanak-anakan walaupun usia sudah 30 tahun. Nanti Hanna akan diserang Tengku Adurah pula.

"Abang cuma berpura-pura aje." Jefri hanya berpura-pura dan Tengku Jaafar sudahpun mengatur rancangan selebihnya.

"Haih, entahlah abang. Airin tak nak Hanna terasa dengan apa abang buat sekarang ni."

"Airin, tolonglah faham. Abang buat semua ni untuk kita berdua juga dan untuk ibu. Kematian ibu harus dibela." Jefri menatap anak mata Airin. Airin harus tahu sudah berapa lama dia membuat rancangan ini untuk memastikan Tan Sri Halim masuk penjara atas kesalahan yang telah dilakukannya.

"Ya, Airin faham tapi apapun yang abang buat nanti, abang tak boleh abaikan Hanna. Hanna sukakan abang malah dia mencintai abang. Rin nampak bagaimana dia melihat abang, begitulah pandangan seseorang yang mencintai orang yang dia cintai. Abang hancurkan hati dia, abang kehilangan orang yang layak untuk abang."

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now