MASUK kali ini, sudah tiga kali Hanna tersilap menaip laporan mengenai projek di Sandakan. Kepala Hanna asyik memikirkan tempoh dua bulan yang diberikan oleh Tok Pah. Awalnya dia fikir mudah dengan mendapatkan calon yang sesuai tetapi calonnya tiada. Hanna tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. Kawan lelaki pun tiada kecuali kawan satu universiti dulu tetapi dia tidak rapat. Tok Pah asyik bertanya mengenai calon cucu menantunya. Yalah. Tingga sebulan dua puluh hari lagi masa yang diberikan oleh Tok Pah.
Ahhh, serabutnya! Kenapalah dia boleh bersetuju dengan cadangan Tok Pah itu. Kan senang aje setuju berkahwin dengan Abang Hanif itu. Masalahnya dia punya prinsip tidak mahu berkahwin dengan ahli keluarga sendiri.
Aduh, hendak cari dekat mana calon suami ini.
"Hanna,"
Tuan Jefri, CEO Keris Corperation Sdn Bhd berdiri di depan meja Hanna. Melihat Hanna tidak menyahut apatah lagi tidak perasan dia sedang berdiri di hadapan, Tuan Jefri memanggil lagi. Tetapi tidak menyahut. Mata Hanna sedang fokus melihat skrin komputer. Ke Hanna sedang mengelamun?
"Nur Hanna binti Nasir!" jerkah Tuan Jefri. Dia paling pantang pekerjanya mengelamun tak tentu pasal ketika dalam waktu bekerja. Nak mengelamun, tunggu habis waktu bekerja.
"Ohh mak kau!" Hanna terperanjat. Mujur tidak terkena serangan jantung. Dia mengurut dadanya yang terkejut itu.
"Kau ni telinga dah memang pekak ke? Aku panggil kau banyak kali tak dengar. Ke kau nak aku panggil doktor bedah telinga kau dan ganti dengan telinga lembu? Eh, lebih baik kau jadi lembu ajelah, Hanna. Lembu tak pekak macam kau." Hambur Tuan Jefri. Memang pantang nenek moyangnya kalau ada pekerja seperti Hanna. Tidak boleh dibiarkan begitu, nanti syarikat ini terjejas gara-gara ada pekerja yang suka mengelamun.
"Maafkan saya, tuan. Saya tak perasan tuan ada depan saya." Hanna bingkas bangun.
"Mana kau tak perasan kalau asyik mengelamun aje?"
"Maafkan saya, tuan." Hanna tunduk. Tidak mahu memandang wajah serius Tuan Jefri. Wajah itu sangat menakutkan. Bagai singa mahu memakan mangsanya.
"Pandang aku, Hanna bila sedang bercakap." Arah Tuan Jefri. Hanna pandang Tuan Jefri.
"Tuan nak apa?" terketar-ketar Hanna menanya. Kalau Tuan Jefri datang ke tempatnya, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Hanna mula ligat memikirkan benda apa yang membuatkan Tuan Jefri mencarinya.
"Mana laporan yang aku suruh kau siapkan tu?"
Alamak!
"Err, belum siap lagi."
"Apa?! Belum siap?"
Perlahan-lahan Hanna angguk. Matanya turun ke bawah memandang lantai. Tidak mampu bertentangan mata dengan mata tajam Tuan Jefri.
"Saya..." belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, Tuan Jefri memintas.
"Aku dah bagi masa dekat kau selama dua hari untuk menyiapkan laporan tu, Hanna. Sepatutnya hari ni kau dah hantar sebab esok aku kena serahkan kepada Datuk Hamdi untuk projek akan datang. Kau buat apa dalam masa dua hari tu? Kau pergi bergatal dengan jantan mana sampai kerja aku bagi tak siap? Cakap, Hanna!" soal Tuan Jefri dengan keras.
"Saya minta maaf, tuan. Saya cuba siapkannya tetapi saya ada komitmen penting yang harus saya selesaikan dahulu." Hanna mencari alasan. Takkan nak beritahu yang dia sedang tertekan mencari calon suami pula.
"Hal syarikat lagi penting dari hal peribadi kau, Hanna. Aku tak suka pekerja aku campuradukkan hal peribadi dengan hal syarikat ni. Kalau kau rasa tak nak stay lama dalam syarikat, kemas barang kau dan keluar dari syarikat ni! Aku tak perlukan pekerja yang tak boleh buat kerja!" suara kuat Tuan Jefri menarik perhatian staf-staf yang lalu lalang.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...