21

6.4K 207 14
                                    

Bab 22 tengah taip. hehe.

#

JEFRI dibenarkan keluar dari hospital. Dia meminta Airin menghantarnya pulang ke rumah. Dua hari dia menerima rawatan di hospital sampai dia naik bosan. Selama dua hari itu juga tunangnya menjaganya. Tak. Bukan menjaga tetapi sibuk dengan telefon.

Tak sibuk dengan telefon, Tengku Adurah mengajaknya berbual-bual tetapi Jefri malas hendak melayan. Dia mengiyakan sahaja apa yang keluar dari mulut Tengku Adurah. Tengku Adurah itu bekas juara pidato, memang telinga Jefri kena gorenglah kalau berbual-bual dengan Tengku Adurah.

Apabila menyentuh isu pertunangan dia dengan Tengku Adurah, Jefri mula risau. Dia takut Hanna mengetahui berita ini dan pasti kecewa dengan apa yang telah dia buat ini. Dia tidak boleh memberitahu Hanna mengenai rancangan yang telah dia rancang bersama Tengku Jaafar demi keselamatan Hanna dan juga keselamatan Airin. Kedua-dua mereka ini amat penting bagi Jefri.

Hilang Hanna dan Airin,

Hilanglah seseorang yang bernama Jefri Tan di atas dunia ini.

"Tak beritahu Tengku Adurah yang abang dah keluar hospital?" Airin menyediakan bubur nasi untuk Jefri. Muka Jefri masih pucat kerana sakitnya masih terasa. Airin menyuapkan bubur nasi ke mulut Jefri.

Awal pagi lagi Airin datang ke rumah abangnya untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan. Mak Teh bercuti hari ini dan Jazli pula cuti sekolah.

"Abang dah tak boleh dengar mulut dia bercakap tanpa henti tu. Sungguh membingitkan telinga abang." Privasi Jefri untuk bertenang di dalam hospital dicerobohi Tengku Adurah selama 48 jam tanpa henti. Tengok Tengku Jaafar tak adalah macam Tengku Adurah perangainya.

Airin ketawa.

"Yang abang melayan kenapa? Kan dah stress." Itulah, nak sangat bertunang dengan mulut murai itu.

"Abang bukan layan pun dia. Dia yang dok pot-pet tak berhenti." Rasa sebal bila berdua-duaan dengan Tengku Adurah sepanjang hari.

"Nampak gayanya dia memang sukakan abang."

"Sejak dari zaman universiti lagi dia sukakan abang." Jefri masih ingat. Dia menerima sejambak bunga yang diletakkan di dalam lokernya. Ada sekeping kad tertera nama Tengku Adurah. Keesokan harinya, dia menyerahkan kembali bunga yang diberikan oleh Tengku Adurah.

"Aku tak akan jatuh cinta pada kau dan aku benci kau."

Ayat itu yang dia ucapkan kepada Tengku Adurah. Dia meranapkan perasaan Tengku Adurah tanpa berfikir panjang. Dahulunya Jefri pematah cinta perempuan yang mahu mendekatinya. Jefri dianggap bad guy tetapi itulah Jefri. Seorang lelaki yang membenci cinta. Sekarang Jefri adalah pencinta kerana Hanna telah mengubah dirinya. Kemunculan Hanna setelah 20 tahun berpisah menghilangkan rasa benci Jefri pada cinta. Dan dia mula faham mengapa ibunya mengagungkan cinta namun keagungan cinta ibu pada pembunuh itu adalah satu kesalahan.

Airin meletakkan mangkuk yang masih berisi bubur itu di atas meja bersebelahan katil Jefri.

"Abang tak balas cinta dia?" tanya Airin.

"Tak. Abang tolak cinta dia."

"Wow, tapi dia seperti berusaha untuk mendapatkan abang. Airin dapat rasakan dia betul-betul sukakan abang dan... cintakan abang."

Jefri ketawa.

"Abang tak cintakan dia. Abang terpaksa mempergunakan dia."

"Abang tak ada rasa bersalah dalam diri abang sebab mempergunakan dia?"

"Hm, ada tapi abang kena tepiskannya. Abang kena lakukannya."

"Tengku Adurah tu... Airin tak benci dia tapi Airin harap dia tak rasa dirinya ditipu oleh kita sebab kita gunakan dia untuk membalas dendam." Airin juga rasa kasihan dengan Tengku Adurah. Jelas terpancar sikap Tengku Adurah yang bersungguh-sungguh dalam mendapatkan cinta Jefri.

TUAN JEFRITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang