43

4.4K 151 11
                                    

ESOK hari, Hanna bertembung dengan Tengku Adurah di dapur. Jefri yang mahu masuk ke dapur terserempak dengan Hanna dan Tengku Adurah tetapi dia bersembunyi kali kedua seperti semalam. Dia mahu melihat taring Tengku Adurah. Senang nanti dia gunakan apa yang dia lihat ini untuk melawan Tengku Adurah yang tergila-gilakan dia. Huh, rasa diri ni hotlah pula ada yang menggilainya seperti orang psiko.

Tengku Adurah itu memang gilakan dia tetapi dia gilakan Hanna. Dia tidak akan sesekali memilih Tengku Adurah sebagai isterinya walaupun menjadi isteri kedua. Setia dia pada Hanna tidak mungkin dia bahagikan pada perempuan lain termasuk Tengku Adurah.

Sudah dia jelaskan kepada Tengku Adurah yang hatinya hanya pada Hanna tetapi Tengku Adurah degil. Lagipun mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik tiri. Tengku Jaafar itu bapa tirinya. Puan Naurah pula ibu tiri Tengku Adurah.

Dia bukan kejam mahu mengetepikan cinta Tengku Adurah terhadapnya. Tetapi dia hanya mencintai isterinya, kekasih halalnya.

"Tengku nak masak ke?" tanya Hanna. Hati tiba-tiba rasa sakit sebab perkara semalam. Dia buat biasa bila menghadap Tengku Adurah pagi ini.

"Tak." balas Tengku Adurah.

"So buat apa kat dapur bukan tak nak memasak?" Hanna rasa malas pula nak memasak kalau ada Tengku Adurah.

"I nak cakap sesuatu dekat you."

"Apa dia?"

"I nak minta maaf dekat you."

Hanna kerut dahi.

Jefri pun sama.

"For what?" Hanna tidak faham.

"Sebab semalam. I dah buat you marah. I tak sepatutnya bertindak macam tu dekat you malah I hampir jadi pembunuh. I betul-betul minta maaf. Tapi you tahukan why I bertindak macam tu. Sebab I cintakan Jefri. I tak boleh hadap kenyataan yang Jefri pilih you berbanding I. I ada perasaan ingin rampas Jefri dari you sedangkan kalau I rampas dia pun, kami tak boleh berkahwin kerana kami adik-beradik tiri. Fakta yang amat memeritkan hati I. Namun I dah fikir masak-masak. Antara I dengan Jefri itu, tiada jodoh buat I. Jefri bukan jodoh I tapi dia adalah jodoh you, Hanna. You beruntung mempunyai suami yang sangat mencintai you dan you pula berhabis-habisan mempertahankan cinta you pada Jefri serta rumah tangga korang berdua.

Hanna, I minta maaf. I malu dengan diri I. I tak nak jadi perampas hak orang. Jika I buat juga, sama dengan I buat dosa. No, I tak nak cipta dosa dengan memusnahkan rumah tangga orang. Cukuplah. I nak bertaubat. I nak ubah diri I. Manalah tahukan akan hadir jodoh yang terbaik buat diri I kan. Sekali lagi, I minta maaf." Ucap Tengku Adurah panjang lebar bersama mimik muka yang sedih. Mengharapkan Hanna mempercayai apa yang dia tuturkan. Dia perlukan kepercayaan Hanna. Dengan kepercayaan ini akan memudahkan lagi rancangan dia menghapuskan Hanna dan mengambil Jefri untuk dijadikan hak abadinya tanpa diganggu oleh Hanna.

Hanna tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba rasa lembut untuk menerima permohonan maaf dari Tengku Adurah. Rasa sakit hati dan nak marah tadi telah hilang apabila mendengari permohonan maaf ini.

Setiap orang ada buat kesalahan dan mereka layak diberikan pengampunan serta peluang kedua. Tengku Adurah telah menurunkan egonya dengan meminta maaf pada Hanna jadi Hanna haruslah memaafkan Tengku Adurah.

"Hm, tak apa, Tengku. Saya faham. Saya maafkan Tengku. Tengku anak ibu juga dan saya tak nak hubungan Tengku dengan ibu berantakan kerana masalah ini."

"Alhamdulilah. Terima kasih, Hanna." Tengku Adurah segera memeluk Hanna.

Jefri muncul dan menepuk tangan.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now